JANTUNG aku masih lagi mengalunkan debar kencang. Peristiwa yang tak disangka tadi tak sudah-sudah menganggu ketenangan aku malam ini. Pipi aku masih terasa pijar dek panas yang membungkus sampai ke ubun-ubun kepala. Seperti mimpi tapi aku cukup sedar ini bukan lah mimpi.
Lebih-lebih lagi bila aku sedar entah dimana aku taruh sifat malu aku tadi. Begitu mudah aku hanyut. Begitu mudah aku merelakan semuanya terjadi.
Bibir dijamah berulang-ulang kali. Rasa hangatnya sentuhan Ashraff diatas kulit bibir aku bagaikan masih terasa-rasa sampai saat ini. Aku dibuat melayang sekejap lalu kesedaran itu kembali aku kutip bila aku yakin bahawa sentuhan bibir ke bibir tadi tiada ertinya dalam status perhubungan kami. Terutama pada Ashraff yang hanya menyambut godaan aku itu kerana merasa tercabar saja.
Aku yang menggoda, maka aku tidak salahkan Ashraff yang tertarik terhadap godaan yang aku sodorkan. Nama juga lelaki, semua lelaki normal memiliki nafsu dalam diri. Bermakna aku tahu Ashraff lelaki normal.
Tetapi kenapa awal-awal kahwin dulu Ashraff tak pernah tunjukkan reaksi seperti tadi kala berdua-duaan dengan aku?
Aku masih ingat, dulu aku pernah bergaya seksi didepannya selepas Shanin berleter supaya up to date depan suami. Aku turutkan kehendak Shanin sehingga aku laburkan beratus-ratus ringgit duit gaji aku untuk membeli beberapa helai lingerie yang seksi sampai buat aku gigit jari melihat tubuh sendiri.
Namun Ashraff hanya memandang aku sebelah mata. Tak nampak tertarik apatah lagi sampai berani menerkam seperti yang Shanin katakan pada aku. Beza pula dengan hari ini.
Apakah Ashraff sudah mula membuka diri untuk terima aku sebagai isterinya?
Tak mungkin..
Kalau benar Ashraff tertarik pada aku, kenapa perlu ada perjanjian hitam putih diatas kertas?
Tambahan lagi, enam bulan mendatang nak tak nak aku terpaksa angkat kaki dari sini. Pergi dari hidup Ashraff yang katanya akan menceraikan aku secara baik-baik.
Aku tak kata aku terima diceraikan. Enam bulan waktu yang panjang, banyak masa yang boleh aku gunakan untuk memanfaatkan keadaan.
Terus terang aku banyak belajar cara menggoda suami sendiri dari Shanin. Anak saudara aku itu selalu mengatakan aku kaku, nak melayan suami sendiri pun malu-malu kucing.
Tips-tips yang diberikan Shanin dulu mungkin boleh digunakan untuk memikat hati Ashraff. Nanti-nanti kalau Ashraff melekat pada aku, Shanin lah orang pertama yang akan menerima ucapan terima kasih.
Dalam sibuk melayan perasaan, tekak tiba-tiba terasa kering. Aku kerling jam yang terpampang diskrin telefon. Pukul dua belas suku pagi. Dah lewat dari yang biasa aku tidur.
Selalunya pukul sebelas malam aku sudah terlelap dibuai mimpi. Ini semua salah suami aku. Gara-gara ciuman pertama aku yang diragut olehnya, malam ini kelopak mata aku tak mahu terpejam. Boleh pula fikiran asyik melayang memikirkan hal yang berlaku tadi.
Aku pulas tombol pintu lantas ayunkan tapak kearah dapur. Dipertengahan jalan, belum pun sampai kebahagian dapur, nyaris jantung aku melompat keluar melihat satu susuk tubuh yang berada disalah satu kerusi berkaki panjang mini bar table.
Aku kenal belakang tubuh yang tertidur diatas table bar itu. Kepalanya miring kekanan dengan lengan berada dibawah sebagai tindihan. Makin mendekat makin tertanya-tanya aku melihat Ashraff dalam keadaan begini. Sudah elok ada bilik, dekat sini juga dia nak tidur. Mengantuk sangat agaknya.
Usai menyejukkan tekak dengan air suam, aku hampiri Ashraff. Tangan Ashraff yang menjulur disentuh. Baru saja nak goncang, tubuh itu sudah bergerak macam cacing kepanasan. Berdiri bulu roma aku bila kepala Ashraff terangkat. Meremang melihat tenungan Ashraff yang lain macam.
YOU ARE READING
Mawar yang terluka
RomanceDiusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bujangnya. Jika tidak, anak saudaranya yang sulung tidak dibenarkan untuk mengikat tali suci pernikaha...