DULU sekali aku pernah berangan berkahwin dengan lelaki yang aku cinta. Lelaki yang dapat menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada dalam diri aku. Kami akan membina keluarga bahagia bersama lalu aku akan melahirkan anak-anak yang comel untuknya.
Rupanya angan-angan hanya menjadi angan-angan. Kekecewaan yang aku dapat dari cinta yang aku bina harus kandas ditengah jalan. Semenjak itu aku tak berani lagi bercinta. Bukan takut dikecewakan, aku lebih takut ditinggalkan.
Kali ini aku juga dihadapkan dengan hal yang sama. Nyatanya, ikatan yang sah saja tak menjamin aku tidak ditinggalkan. Kesepakatan yang dibuat Ashraff sudah berada dalam genggaman tangan aku.
Kuat aku mengenggam kertas nipis yang berjumlah dua helai itu. Usai membaca isi kandungan yang tertera, aku hanya diam membisu. Belum boleh mengeluarkan sepatah pun kata walhal aku sudah nampak tandatangan atas nama Ashraff dibawah sekali.
"Kalau kau rasa berat sebelah, kau boleh ajukan dua syarat yang aku biarkan kosong dekat bawah tu. Tapi make sure syarat yang kau letak nanti tak membebankan aku." Ashraff tolak sebatang pen kedepan aku.
Aku ketap bibir. Semula aku baca syarat-syarat yang diletakkan oleh Ashraff dalam hati. Dari lima syarat yang Ashraff ajukan, ada dua syarat yang membuatkan perasaan aku berbelah bahagi untuk menandatangani. Sedangkan aku hanya boleh mengajukan dua syarat saja. Sangat tidak adil bagi aku.
"Cepat sikit. Kejap lagi aku nak keluar."
Dalam diam aku merengus mendengar gesaan tak sabar dari Ashraff. Lambat-lambat aku capai pen atas meja.
"Mawar tak setuju dengan dua syarat yang ada dekat sini.." Nombor pensyaratan empat dan lima aku bulatkan. Kertas aku tolak depan Ashraff.
"Kenapa pula kau tak setuju dengan dua syarat ni? Syarat nombor empat, jangan berkawan dengan mana-mana lelaki selain daripada rakan sekerja untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku sekaligus boleh mencemarkan nama baik suami, namun syarat ini tak berlaku pada suami.." Ashraff berikan jeda. Muka aku dikerling.
"Tak ada yang salah pun dengan syarat yang aku bagi ni." Sambungnya. Pura-pura tidak sedar syarat yang dia kemukakan itu sungguh tak adil untuk aku.
"Mawar tak setuju sebab Mawar saja yang abang letakkan syarat macam ni, sebaliknya abang boleh sesuka hati berkawan dengan mana-mana perempuan. Adil ke macam tu?" Protes aku.
"Adil ke tak ini syarat yang aku ajukan. Dah baik aku bagi kau berkawan juga dengan rakan sekerja, kalau aku tak bagi kau berkawan langsung apa kau nak kata? Ingat, sekali kau melawan kata suami, bukan saja derhaka. Redha suami pun kau tak dapat."
Nak saja aku juling mata keatas. Bercakap macam dia tahu semua benda. Kenapa tak dikira sekali perasaan aku yang dia sakiti juga? Ditambah pengorbanan aku yang perlu bertahan selama enam bulan lagi dengannya.
"Syarat kelima, sekiranya isteri melanggar keempat-empat syarat diatas, maka isteri wajib menandatangani surat perceraian dalam tempoh yang akan ditetapkan oleh suami.." Baca Ashraff.
"Mana adil.." Perlahan saja aku mengumam.
"Letakkan syarat kau dan tandatangan atas kertas ni. Aku tak ada masa nak layan kau. Jangan sampai aku tambah lagi lima syarat atas kertas ni. Adil tak adil kau ingat aku peduli semua tu."
Kertas ditolak dengan kasar. Ashraff lipat tangan kedada sembari melihat kearah aku. Malas melayan aku yang banyak ragam agaknya.
Syarat pertama yang Ashraff ajukan pada aku masih boleh dipertimbangkan, pura-pura menjadi pasangan suami isteri yang mesra dihadapan keluarga dah dilakukan oleh aku sebelum ini.
Syarat kedua pula, dia ingin aku merahsiakan status hubungan kami dimata umum selain keluarga. Aku ikut kehendaknya kerana aku fikir dalam tempoh enam bulan ini aku akan banyak menghabiskan masa dirumah dan sekolah saja. Manakala syarat ketiga, ini sedikit berat walau akhirnya aku terpaksa berperang dengan hati untuk menerima.
YOU ARE READING
Mawar yang terluka
RomanceDiusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bujangnya. Jika tidak, anak saudaranya yang sulung tidak dibenarkan untuk mengikat tali suci pernikaha...