SUSAH payah aku angkut semua barang-barang aku selepas aku yakin Shanin dan Zafril berehat didalam bilik. Walau tak sebanyak mana namun dalam keadaan tubuh aku yang masih lemah akibat kekasaran Ashraff semalam, lelah juga aku memindahkan semuanya secara tergesa-gesa.
Tambah lagi aku perlu mengintai kalau-kalau Shanin atau Zafril tiba-tiba keluar lalu melihat aku yang sedang berulang alik dari bawah keatas. Apa aku nak jawab kalau mereka bertanya?
Nasib baik aku tak bertembung dengan sesiapa. Selesai mengikuti perintah Ashraff, aku berniat turun semula ke bawah. Tiba-tiba pintu terbuka dari luar, seketika seluruh badan aku berubah keras kejung bila figura Ashraff muncul didepan mata.
Aku tak harap dia pulang sekarang. Apatah lagi melihat aku berada dalam biliknya yang besar ini.
Bunyi pintu ditutup lalu derap kaki yang menapak membuat aku panik.
Ashraff berjalan tanpa melintasi aku. Dia buang jaket kulit hitam yang membalut tubuh, menampakkan t-shirt yang juga berwarna hitam didalamnya. Kemudian sorot matanya menyentuh wajah aku.
"Dah buat apa yang aku suruh?" Tanyanya datar.
Aku angguk. Ashraff liarkan pandangan kearah beg yang aku sandarkan pada sebuah kerusi.
"Itu je?"
Sekali lagi aku angguk.
"Susun dalam almari. Aku taknak tengok beg lusuh kau tu bersepah atas lantai. Menyakitkan mata!"
Mata aku melingas, mencari almari yang tak pernah aku nampak sejak pertama kali aku masuk kedalam bilik Ashraff. Menahan diri untuk bertanya tetapi ternyata tatapan tajam Ashraff tak betah untuk aku hadap lama-lama. Sepasang bola mata itu tak pernah lembut tika menatap aku.
"Mawar tak jumpa almari dalam ni." Kata aku jujur.
Bilik seluas ini aku tak yakin tak ada almari pakaian. Selama aku mencuci pakaian Ashraff, belum pernah sekalipun aku menata pakaian suami aku ini dalam almari. Selalunya selepas aku siap menyeterika, ada tempat khas untuk aku letakkan pakaian Ashraff. Selebihnya Ashraff sendiri akan mengambil pakaiannya untuk dibawa naik ketingkat atas.
Dia melarang aku masuk kedalam biliknya selepas malam kejadian aku disentuh olehnya. Melainkan hari ini. Beriya-iya Ashraff perintahkan aku masuk kesini. Sudah tentu aku tahu puncanya apa. Pasti kerana kedatangan Shanin dan Zafril yang mendadak kesini sehingga dia terpaksa merelakan aku berkongsi bilik dengannya.
Ashraff merengus. Dia berjalan, merapati dinding selepas menekan satu tombol kecil setinggi pinggang yang berada disebelah kiri. Tak lama dinding yang tadinya rapat jadi terbelah dua. Aku terlopong melihat kecanggihan yang belum pernah aku lihat dalam dunia nyata.
Terbentang satu pemandangan yang dipenuhi dengan deretan pakaian yang tergantung rapi. Ditengah-tengah terdapat sebuah meja bersegi empat ukuran sederhana yang terbuat dari cermin tembus lihat. Ada berpuluh-puluh.. Ah! Agaknya beratus-ratus jenis koleksi jam tangan dan tali leher didalamnya.
Tak termasuk almari yang mengelilingi meja, ada kot dan kemeja yang kebanyakannya berwarna putih dan hitam memenuhkan sebahagian ruang almari.
Aku terpaku memandangnya. Pakaian Ashraff lebih banyak dari aku yang perempuan ini. Aku yakin pakaian-pakaian dan aksesori yang ada didalam mahal-mahal belaka. Tak serupa pakaian dan beberapa aksesori yang aku miliki.
Pakaian aku dibeli dipasar malam. Murah tapi tetap ada kualiti. Aksesori aku bukan gelang atau rantai emas, sebaliknya aku lebih suka memakai rantai dan gelang perak sahaja. Kecuali cincin yang berada dijari manis aku. Ini pemberian Ashraff. Cincin ini cincin emas. Ada batu permata kecil ditengah-tengah. Unik dan cantik. Aku jarang melepas cincin ini jika tidak diperlukan untuk lepas. Risau kalau-kalau aku terlupa letak. Satu hal pula hilang cincin kahwin.
YOU ARE READING
Mawar yang terluka
RomanceDiusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bujangnya. Jika tidak, anak saudaranya yang sulung tidak dibenarkan untuk mengikat tali suci pernikaha...