TERMENUNG aku sendirian di atas kerusi sambil memandang pemandangan luar. Bukan aku tak perasan orang yang lalu lalang mencuri pandang ke arahku.
Figura seorang lelaki membuatkan aku teruja namun keterujaan aku bertukar muram apabila aku melihat seraut wajah miliknya.
Uncle Ralph.
"Mana boyfriend Ayana?" Tanyaku. Bila dengan Uncle Ralph ni aku dah tak boleh nak husnuzon. Kenapa? Sebabnya, dia ni banyak dah kacau hubungan percintaan aku.
Yelah, aku tahulah aku ni suka mengurat ramai lelaki and ada ramai pakwe tapi aku muda lagi kut. Baru 18 tahun. Memanglah aku nak merasa nikmat percintaan masalahnya teruna tua depan aku ni. Hish!
"Dia menangis dan minta putus." Mudah aje jawapan Uncle Ralph sambil menarik kerusi bertentangan denganku dan melabuhkan duduk. Dia mengangkat tangan ke arah seorang pelayan untuk mengambil pesanannya.
Aku mengurut pelipisku.
"Apa yang Uncle Ralph buat kali ni?" Soalku. Pening kepala aku dengan perangai dia ni.
"Uncle buat apa? Uncle tak buat apa-apa. I am innocent." Dia siap tayang muka suci sehabis baik.
"Banyaklah uncle punya innocent. Pakwe Ayana tu takkan menangis dan minta putus kalau uncle tak buat sesuatu pada dia." Aku mula rasa nak marah. Tapi Uncle Ralph tenang je.
Dia ni kawan papa dan mama aku. Aku membesar tengok muka dia je. Masalahnya bila aku dah dewasa ni dia punya protective tu buat aku rasa nak lempang aje muka dia.
"Dia buat salah. Uncle takkan marah kalau dia tak buat salah," balasnya tenang. Aku nak membalas tapi aku tahan sekejap bila aku nampak pelayan lelaki datang mengambil pesanan Uncle Ralph.
"Ayana nak makan apa?" Dia tanya aku.
Aku tak nak jawab dan pandang ke arah lain. Dia tergelak kecil. "And, strawberry crepe’s dua." Pelayan lelaki itu mengangguk sebelum berlalu pergi.
"Ayana marah?"
Eh, orang tua ni. Ingat comel ke buat muka macam tu? Aku nak bagi kaki adalah!
"Ada nampak Ayana happy ke?" Aku tanya Uncle Ralph semula. Sengaja nak perli dia.
"Uncle tak masuk campur hubungan Ayana saja-saja."
"Habis sebab apa? Sebab uncle suka Ayana?!" Aku mula marah dan main cakap saja. Kemudian aku terdiam sendiri apabila aku sedar aku tersasul.
Aku pandang muka Uncle Ralph. Dia menyimpulkan senyuman.
"Mhm. Uncle suka Ayana. Tapi, lelaki tu no good. Uncle tahu dia gunakan Ayana je. Belakang Ayana tu dia ada raaaamai sugar mommy tau. Takkan Ayana nak jadikan lelaki macam tu sebagai suami? Ayana tak takut ke kena AIDS? HIV?" Aku terdiam apabila mendengar bicara Uncle Ralph.
Uncle Ralph menghela nafas.
"Uncle tahu Ayana masih muda. Masih suka nak meneroka dunia dan menikmati zaman muda. Tapi... Terlalu mudah terpedaya dengan kata-kata manis lelaki bahaya. Tambah-tambah lagi Ayana tu comel. Nanti orang culik bawak pergi jual kat Thailand macam mana?" Dia berseloroh.
"Mana ada! Ayana ni bukannya budak nak kena culik!" Aku membentak tapi tetap perlahankan suara aku. Masih beringat bahawa kami berdua berada di kedai. Aku tak mahu malukan diri aku dan juga Uncle Ralph.
Uncle Ralph tergelak melihat reaksi aku. "Uncle tak kata Ayana budak. Ayana ingat budak-budak je ke kena culik? Zaman sekarang ni, orang tua pun kena culik asalkan organ sihat. Tambah-tambah Ayana tu perempuan. Kalau orang culik tu tak ambil organ Ayana mungkin dia akan jual Ayana tau. Buat jadi hamba. Nak?"
Aku terdiam.
"Uncle peduli sebab tu uncle kacau semua lelaki yang ada hubungan dengan Ayana."
"Uncle tu jealous." Aku perli dia tapi dia tak marah. Dia gelak aje.
"Mhm. Betul, uncle jealous sebab dulu Ayana janji nak kahwin dengan uncle," Katanya seraya ketawa kecil.
"Kalau uncle cakap kuat-kuat orang mesti akan ingat uncle ni pedophile." Kata-kataku mengundang ketawa Uncle Ralph.
"Is that so? Muka uncle ni nampak tua sangat ke, hmm?" Dia tanya aku sambil menompang dagu memandang wajahku sambil tersenyum.
Tak terlalu tua. Jika orang tak tahu umur sebenarnya mesti tak tahu dia dah cecah 40-an. Mesti orang akan ingat dia dalam 35 macam tu.
"Lagipun, Ayana tu dah 18 tahun ya."
"Hmph!" Aku tarik muka tapi Uncle Ralph gelak je. Ni aku tak suka bercakap dengan dia. Matang sangat tak seronok langsung nak bergaduh dengan dia.
Aku nampak pelayan bawa pesanan Uncle Ralph. Banyak pula orang tua ni pesan. Makan banyak tapi tak buncit pulak.
"Macam mana perut tak buncit?" Soalan aku seusai pelayan itu berlalu pergi membuatkan Uncle Ralph menjungkit keningnya.
"Pardon?"
"Uncle tu melantak mengalahkan bela saka tapi perut tak buncit."
"Oh, uncle bersenam sekali lepas makan. Nanti perut buncit tak handsome."
"Dah memang tak handsome pun." Aku mencebik membuatkan uncle tersenyum kecil.
"Buat la muka masam hari-hari nanti Ayana lagi nampak tua berbanding uncle."
"Ayana cantik lagi. Muda. Lambat lagi nak nampak tua."
Uncle Ralph tersengih.
"Ya, Ayana cantik dan comel. Ayana paling gojes. Jangan marah-marah okey? Nah strawberry crepes ni. Uncle order dua untuk Ayana," tutur Uncle Ralph seraya menghulurkan strawberry crepes itu kepadaku.
Aku terima saja dan mula makan.
Sementelah habis makan dan Uncle Ralph bayar kami berdua keluar dari restoran itu.
"So, where are you going next?" Dia bertanya.
"Cari boyfriend." Jawapan aku mengundang gelak Uncle Ralph.
"Ayana serious tau." Aku mula marah dia.
"Mhm. Uncle tahu Ayana serius. Tapi, Ayana nak cari kat mana?" Giliran dia pula bertanya sambil mengukirkan senyuman senget. Mengejek aku!
"A-Ayana cari je lah kat mana-mana yang Ayana jumpa." Aku mula mencari alasan.
"Ayana ingat cari boyfriend macam kutip anak kucing tepi jalan ke?" Soalannya membuatkan aku mencebik.
"Sama je." Bicara aku membuatkan Uncle Ralph mendekatkan wajahnya denganku. Aku terkedu seketika sebelum dia tersenyum kecil.
"Nope. A boyfriend suppose to be your husband in future. A bad boyfriend means a bad husband." Dia mula dah!
"Ayana bukannya nak kahwin terus!" Aku rasa nak tarik je rambut dia yang disisir kemas.
Uncle Ralph mengundurkan tubuhnya dariku.
"I know but no one in this world wanted to be alone without spouse right?"
"Uncle je fikir macam tu sebab uncle tu dah tua tapi tak nak kahwin lagi!"
"Yelah uncle tunggu Ayana sebab Ayana kata nak kahwin dengan uncle." Jawab Uncle Ralph dengan selamba.
Ya Allah, aku stress!
"So, baby girl let's head back okey? Or... Ayana nak uncle heret Ayana pergi pejabat agama then kahwin dengan sana?"
"Nonsense!" Aku mencebik marah dan menuju ke arah kereta miliknya. Aku hanya dengar Uncle Ralph gelak saja.
Sakit hati aku dengan teruna tua ni. Ish!
YOU ARE READING
RALPH: His Bride
RomanceKATA Uncle Ralph... Lelaki sangat berbahaya kerana mereka seringkali cuba mengambil kesempatan ketika seorang perempuan terleka. Aku bercinta? Uncle Ralph kacau lelaki tu sampai aku putus. Aku kena ganggu? Uncle Ralph mengugut orang persis geng...