LETIH aku menangis sampai separuh hari. Sembab mata aku dibuatnya. Aku tengok muka aku dekat biasan cermin.
Tiba-tiba pintu bilikku diketuk dari luar. "Abang Ayyim ni. Boleh ke Abang Ayyim masuk?"
"Hm..." Aku membalas perlahan. Suara pun serak dah. Abang Ayyim membuka dedaun pintu bilik dan kemudian dia menapak masuk ke dalam bilik.
"Ya Allah, sembab dah mata. Buruk dah Ayana." Dia mengusik sebelum melabuhkan punggungnya dibirai katilku.
Aku tak ada mood nak menjawab. Aku hanya duduk bersebelahannya.
Senyuman Abang Ayyim mati. Dia menghela nafas panjang. "Abang Ayyim tahu ni perkara yang susah Ayana nak terima..."
"Memang susah. Apa Abang Ayyim rasa kalau Abang Ayyim tiba-tiba nak kena kahwin dengan perempuan tua?"
"Abang Ayyim on je asalkan dia cantik. Tapi Abang Ayyim tak boleh sebab Abang Ayyim dah ada Medina," balasnya dengan senyuman.
Aku tarik tisu dan hembus hingus.
"Tak adil Ayana kena semua ni. Kenapa Abang Ayyim tak kahwin dulu?" Aku menggumam tak puas hati. Aku buang tisu kotor itu ke dalam tong sampah berdekatan aku.
"Sebab Abang Ayyim takkan kahwin selagi Ayana tak kahwin. Abang Ayyim takut tak ada orang yang boleh jaga Ayana."
"Ayana boleh jaga diri sendiri." Aku membalas dengan tegas. Abang Ayyim menggeleng kepalanya perlahan.
"Cuba Ayana beritahu Abang Ayyim bila waktunya Ayana jaga diri sendiri?" Soalan Abang Ayyim membuatkan aku terdiam. Aku kembali mengimbau momen-momen lepas.
Tak ada.
"Uncle Ralph yang jaga Ayana kan?"
Aku terdiam. Hilang kata sebenarnya apabila kembali teringat semua yang Uncle Ralph buat.
Abang Ayyim menyentuh lembut kepalaku. "Dia buat semua tu sebab dia peduli. Abang Ayyim percaya yang dia boleh jadi suami yang baik untuk Ayana. Why not Ayana terima je?" Tanya Abang Ayyim.
"Kahwin bukan perkara main-main, Abang Ayyim. Ayana nak kena hidup semati dengan dia kalau Ayana nikah dengan dia..."
Abang Ayyim mengangguk.
"Abang Ayyim faham. Tapi dari pandangan Abang Ayyim okey je. Ayana kahwin dengan dia, Ayana dapat kemewahan dia. Dia dapat jaga Ayana. Ayana akan selamat. It's win-win situation. Tak ada sesiapa yang akan rugi." Tutur Abang Ayyim dengan lembut.
"Ayana masih nak belajar..."
Abang Ayyim tersenyum. "Percayalah Uncle Ralph takkan pernah halang Ayana untuk mencapai cita-cita Ayana. Lagipun, kalau Ayana tak nak... Ayana rugi. Ayana tak tahu betapa ramai perempuan kat luar sana beratur padat nak jadi isteri Uncle Ralph tau. Tapi dia pandang Ayana je." Kata-kata Abang Ayyim membuatkan aku terdiam.
"Dia dah jaga Ayana dari dulu. Banyak-banyak lelaki dalam dunia ni Abang Ayyim percaya yang dia seorang je yang boleh diharap untuk jaga Ayana. Mana lelaki yang boleh tahan dengan perangai Ayana ni? Nakal dahlah suka test market kat mana-mana lelaki. Silap hari bulan dia orang lari tinggalkan Ayana tau. Tapi, Uncle Ralph tu nampak biasa je layan perangai Ayana. Hm, guess dia hadap perangai tak matang Ayana selalu jadi dia dah masak dengan Ayana."
Aku tolak bahu Abang Ayyim. Abang Ayyim tergelak.
"Jadi, apa pendapat Ayana? Yes or no?" Dia memandang wajahku.
"Ayana nak masa lebih lagi untuk berfikir. Ini masa depan Ayana." Kataku.
Abang Ayyim mengangguk.
"Abang Ayyim respect kehendak Ayana." Katanya seraya menyeluk tangannya ke dalam poket seluarnya sebelum dia mengeluarkan sekotak cincin yang dibawa Uncle Ralph tadi dan dia berikan kepadaku.
"Kalau Ayana setuju pakai je cincin ni. Kalau tak pulangkan balik pada tuannya. Abang Ayyim keluar dulu." Katanya sebelum melangkah keluar dari bilikku. Dedaun pintu bilik aku ditutup rapat
Aku memandang kotak cincin yang berada di dalam tanganku.
Hmm...
Apa yang kau nak buat, Ayana?
+++
MALAM itu, selepas aku selesai menunaikan solat isyak, aku terima mesej daripada Uncle Ralph.
I'm sorry sebab buat Ayana menangis. Uncle tak ada niat nak paksa Ayana terima Uncle. It's okey to reject me asalkan Ayana happy. I just want to keep you safe. - Uncle Ralph.
Aku hanya baca saja tanpa membalas mesejnya. Aku letak telefon di atas meja belajar dan aku mengambil kotak cincin itu ke dalam genggamanku.
Aku baring sambil memandang cincin yang masih berada ditanganku.
Aku tak tahu betul ke keputusan yang aku buat. Takut untuk aku melangkah ke alam perkahwinan memandangkan diluar sana betapa ramainya pasangan bercerai berai disebabkan tidak sehaluan atau tidak setia. Itu yang aku takutkan sangat. Namun, aku juga tak sanggup nak melepaskan dia pergi. Aku tahu dia masih segak walaupun usianya baru mencecah 42 tahun. Tapi...
Ugh...
Aku tak bolehlah membayangkan hidup aku sebagai seorang isteri kepada lelaki tua.
Aku memeluk bantal pelukku. Tapi kalau aku lepaskan Uncle Ralph aku sendiri akan sakit hati andai kata suatu hari nanti dia pilih perempuan lain untuk dijadikan isterinya.
Ya Allah susahnya pilihan yang aku hadap ni...
Aku menggaru kepala. Argh, stress!
+++
SELEPAS solat subuh aku tidur semula dan sudahnya aku bangun pada pukul 11 pagi. Seusai mandi, aku keluar dari bilik menuju ke arah ruang tamu.
Adik-adik aku duduk di ruang tamu mereka menatap seraut wajahku.
"Kenapa tengok Kak Ayana macam tu?" Aku menyoal mereka. Ayien and Ayran berserta Ayra masing-masing menayangkan sengihan.
"Macam mana? Cincin tu diterima ke tak?" Soal Ayien.
Tak sempat aku bak buka mulut, Ayran mencelah. "Rugi tau kalau Kak Ayana tak mahu kat Uncle Ralph. Dia hensem, segak walaupun tua dia still lagi bujang dan dia kaya."
Ayra mengangguk. "Kalau Kak Ayana tolak mesti Kak Ayana menyesalkan? Sebab ramai yang nak kat Uncle Ralph tu," katanya pula.
Aku hanya menghela nafas.
"Tak tahulah. Sakit kepala Kak Ayana nak memikir. Aku bukannya tak suka. Adalah terminat sebab cara layanan dia tu memang baik. Tapi itulah. Dia tuaaaa!
Baya-baya papa dan mama aje. Nanti kalau dah kahwin orang tanya suami mana? Pastu kalau aku tunjuk Ralph mesti dia kata aku kahwin sebab nak harta dia je.
Argh!
"Kak Ayana fikirlah. Sebab yang nak kahwin tu Kak Ayana," tukas Ayien sambil menekan-nekan alat kawalan tv untuk menukar siaran.
Ayran dan Ayra mengangguk.
"Fikir baik-baik Kak Ayana. Tersalah pilih Kak Ayana yang rugi lagipun mana nak dapat lelaki yang baik macam tu?" Tokok Ayran.
"Setuju," sokong Ayra.
Aku meraup wajahku. "Nantilah Kak Ayana bagi jawapan. Buat masa ni Kak Ayana nak tenangkan diri dulu." Bicaraku membuatkan adik-adik aku tidak lagi bersuara.
Fikir Ayana, apa yang kau nak buat ni? Apa pilihan kau? Ini masa depan kau, Ayana.
YOU ARE READING
RALPH: His Bride
RomanceKATA Uncle Ralph... Lelaki sangat berbahaya kerana mereka seringkali cuba mengambil kesempatan ketika seorang perempuan terleka. Aku bercinta? Uncle Ralph kacau lelaki tu sampai aku putus. Aku kena ganggu? Uncle Ralph mengugut orang persis geng...