AKU selamat pulang ke rumah dihantar oleh Uncle Ralph. Dia berbual kosong dengan papa dan kemudiannya dia pulang sebab katanya ada kerja.
Aku? Mandi dan solat maghrib. Seusai itu, barulah aku memijak setiap satu anak tangga menuju ke arah ruang tamu dimana abang aku dan adik-adik aku berada.
"Jumpa boyfriend ke tadi?" Sakat abang Ayyim dengan sengihan nakal sebab dia tahu kalau Uncle Ralph yang hantarkan aku balik mesti sebab aku kantoi keluar dengan lelaki.
"Dah tahu tanya lagi." Aku mencebik.
"Kak Ayana putus lagi ke?" Soalan polos Ayra mengundang ketawa kuat abang Ayyim. Aku mula tarik muka.
"Ayra jangan tanya macam tu sebab tu memang dah sah. Ayana mana ada luck dalam bercinta. Tak macam abang Ayyim. Setia yang satu pada Medina." Dia masih berbangga membuatkan aku menggulingkan bebola mata.
Menyampah!
"Kak Ayana ni muka comel tapi kalau tarik muka macam tu nampak buruk terus" teguran Ayien makin kuat Abang Ayyim gelakkan aku.
"Entahnya Kak Ayana ni. Manalah Uncle Ralph tak berkenan. Mungkin sebab dia nampak Kak Ayana sama baya dengan dia." Tokok Ayran. Mengekek Abang Ayyim ketawa sambil pegang perut dia.
"Eyy, Abang Ayyim!" Aku naik angin. Tapi Abang Ayyim tetaplah ketawakan aku macamlah aku ni bahan yang buat dia geli perut.
"Apa yang seronok sangat ni?" Soal papa sambil memegang lembut kepalaku. Aku mendongak memandang papa yang memandang ke arah kami lima beradik.
"Papa tengoklah dia orang ni mengusik Ayana tak habis-habis!" Aku mengadu dengan mula sayu. Tak suka tau kena jadi bahan usikan. Mulalah rasa nak menangis.
"Janganlah buli Ayana..." Mama menegur. Betul mama. Marah dia orang lagi. Suka je buli kakak sendiri. Ni semua salah Abang Ayyim.
"Kami tak buli Kak Ayana pun. Kak Ayana buat benda yang sama setiap tahun. Setiap bulan. Hampir setiap minggu." Kata Ayran sambil memandang ke arahku.
Ayien mengangguk.
"Benda yang sama Kak Ayana buat sampaikan kami dah hafal." Tokok Ayien.
"Pft..." Abang Ayyim mahu ketawa lagi.
"Ayyim..." Mama menegur. Dia pandang Abang Ayyim dan Abang Ayyim berhenti ketawa. Dia berdehem.
"Okey, fine. Ayyim stop."
Papa menggeleng dan menghela nafas perlahan. Dia pun dah masak dengan perangai anak-anak dia.
"Ayana ni berapa kali papa nak pesan jangan mudah percaya lelaki?" Tanya papa dengan lembut. Jari telunjuknya mencuit dahiku perlahan.
"Tapi papa-"
"No buts, Ayana. Tak semua lelaki baik, sayang. Papa bukan marah tapi papa peduli. Percaya lelaki terlalu tinggi akan buat Ayana dalam bahaya. Tak semua lelaki sayang Ayana macam papa, Ayyim, Ayran and Ayien sayang Ayana."
"Uncle Ralph tu suka masuk campur urusan Ayana." Aku mula mengadu. Tak puas hatilah sebab apa yang Uncle Ralph buat je semua nampak elok di mata papa dan mama. Malahan adik beradik aku pun suka sangat dengan Uncle Ralph.
"Dia buat macam tu sebab dia peduli. Ayana kan perempuan?" Tegur mama dengan lembut.
"Yelah tapi dia tetap lelaki. Orang luar." Tegasku. Aku tak nak satu hari nanti lelaki yang menjaga aku yang rosakkan aku.
+++
AKU bangun awal pagi sebab dibangunkan mama untuk membantunya di dapur kerana katanya Uncle Ralph datang meskipun mengantuk sebab aku tak boleh tidur malam tadi tetaplah aku gagahkan diri membantu mama.
Aku membawa dulang yang berisi satu jug air, tiga cawan kaca dan juga biskut coklat ke ruang tamu dan dihidangkan di atas meja. Abang Ayyim ada juga dengan papa dan Uncle Ralph.
"Rajinnya anak dara ni..." Abang Ayyim mula mengusik membuatkan aku menjelingnya.
Dia tergelak saja melihat reaksiku.
"Ayyim, sudahlah tu mengusik Ayana." Papa menegur dengan lembut.
"Okey, papa." Abang Ayyim mengalah.
Aku menuangkan air teh panas ke dalam setiap cawan kaca. Aku tahu dan aku perasan Uncle Ralph memerhatikan aku.
Jangan tengok aku lama-lama. Aku takut! Tapi nak cakap kuat-kuat tak mampu. Aku hanya jerit dalam hati aje lah.
Baru aku nak bangun, mama datang dengan makanan lain. "Eh, susahkan kau je Aynaa." Kata Uncle Ralph.
"Mana ada susah. Suami aku ni yang buatkan. Aku tolong hidang je," balas mama sebelum dia menghidangkan makanan itu di atas meja dan melabuhkan punggung disebelah papa.
Aku nak bangun tapi papa tak bagi dia suruh aku duduk tepi abang Ayyim. Terpaksalah aku duduk juga. Papa dan mama tak tahu ke anak perempuan sulung dia orang ni tengah gemuruh?
Entah apa yang Uncle Ralph nak cakap sampaikan mama dan papa suruh aku ada di sini sekali. Selalunya dia datang tak ada pun kami nak berkumpul macam ni. Adakah Uncle Ralph nak mengadu semua kesalahan aku pada papa dan mama?
Aku baru nak buka mulut-
"Ralph, aku malas nak berbasi dengan kau sebab aku kenal kau pun dah lama. Kau sungguh ke niat kau datang ke sini?" Tanya papa dengan tegas.
Aku terkebil-kebil memandang mereka. N-niat apa ni?
Uncle Ralph mengangguk. "Aku serius Affan. Aku memang bersungguh nak ambil Ayana sebagai isteri aku." Masa tu jugak aku rasa semuanya sepi. Dunia aku rasa kosong. Aku terdiam.
"Kahwin ni bukan perkara yang main-main, Ralph. Kau pasti kau boleh jaga Ayana? Anak aku ni perangainya lain macam. Dia keras kepala." Mama menegur pula.
Uncle Ralph mengangguk.
"Aku tahu. Aku dah solat istikharah banyak kali, Aynaa. Minta petunjuk jawapan aku tetap Ayana. Aku janji aku akan bahagia kan dia..."
"A-Ayana tak nak..." Aku akhirnya bersuara juga dan mereka berempat memandang ke arahku. Tubir mataku rasa hangat.
"Ayana tak nak kahwin dengan uncle!" Aku menangis di situ juga. "Ayana tak nak kahwin dengan orang tua!" Aku meraung semahunya. Aku nak yang muda je. Sepupu aku ramai yang segak. Kawan-kawan abang Ayyim sendiri semua hensem. Kenapa aku tak dapat nak kahwin dengan dia orang?!
"Ayana..." Papa sentuh lembut kepala aku berlapik tudung sarung.
"Ayana tak nak kahwin dengan Uncle Ralph. Ayana tak nak..." Aku menangis sampai merah muka aku dan hidung aku.
Mama nak cakap apa pun dia serba salah. Abang Ayyim juga terdiam.
Uncle Ralph menghela nafas. "Ini cincin. Uncle Ralph tak paksa untuk Ayana terima terus. Fikirkan dulu. Affan, Aynaa aku pergi dulu." Uncle Ralph bangun. Abang Ayyim menyalam tangan Uncle Ralph. Papa dan Abang Ayyim menghantar Uncle Ralph ke pintu utama rumah kami.
Mama mendekatiku sebelum tubuhku dipeluk lembut.
"Ayana tak nak..." Aku mengumam sayu bersama-sama tangisan.
Aku tak nak kahwin dengan teruna tua!
YOU ARE READING
RALPH: His Bride
RomanceKATA Uncle Ralph... Lelaki sangat berbahaya kerana mereka seringkali cuba mengambil kesempatan ketika seorang perempuan terleka. Aku bercinta? Uncle Ralph kacau lelaki tu sampai aku putus. Aku kena ganggu? Uncle Ralph mengugut orang persis geng...