UNCLE Ralph datang bertandang ke rumah aku seminggu selepas aku bagi kata putus pada dia dan keluarga aku. Aku sedang membancuh air di dapur hanya pasang telinga mendengar perbualan mereka. Aku pun mestilah nak tahu apa yang mereka sedang katakan meskipun mereka akan beritahu aku semula. Tapi manalah tahu mereka ada sebut tentang aku ke? Kan?
“Kau bersungguh ke ni, Ralph? Kau tahu kan anak dara aku tu baru umur 18 tahun. Dia tak matang pun lagi. Aku tak pasti dia akan jadi isteri yang baik untuk kau,” papa mula bersuara. Aku dah kata mereka akan bercakap tentang aku. “Betul tu, Ralph. Kau pun faham kan perangai Ayana macam mana? Jenis membentak dan keras hati. Nasihat orang tak mahu dengar langsung. Aku takut kau hilang sabar dengan dia,” tokok mama.
Mama, papa. Kenapa Ayana rasa mama dan papa sedang memburukan Ayana depan lelaki yang nak jadi suami Ayana?
Aku dengar uncle Ralph ketawa kecil. Aku kenal sangat ketawa dia tu.
“Tak mampu aku nafikan Ayana jenis tak makan saman dan kuat membangkang. Tapi kau orang sendiri pun tahu aku dah masak sangat dengan perangai dia tu. Lagipun, aku niat nak halalkan Ayana sebab aku nak jaga keselamatan dia. Aku risau kalau dia jatuh di tangan lelaki yang salah,” balas uncle Ralph.
Aku malas nak curi-curi dengar jadi aku bawa satu jug air bersama-sama tiga cawan kaca berserta sepinggan biskut coklat dengan menggunakan sebuah dulang menuju ke arah mereka. Mereka bertiga memandang aku dan terdiam seketika mencari topik yang hendak ditukar.
Memandangkan aku hendak membuktikan aku seorang gadis yang matang jadi aku memilih untuk tidak menyampuk. Aku duduk gaya perempuan Melayu terakhir dan tuangkan air untuk setiap gelas dan aku hidangkan penuh tertib. Lalu, aku bersimpuh duduk di atas lantai berhadapan dengan meja menjadi perantara mereka bertiga.
“Affan, Aynaa.” Uncle Ralph menyebut nama papa dan mama membuatkan mereka berdua memandang wajah uncle Ralph. “Aku faham kau berdua sebenarnya rasa ragu-ragu nak serahkan Ayana pada aku memandangkan dia anak sulung perempuan kau berdua. Tapi percayalah yang aku akan berusaha sebaiknya untuk jaga Ayana. Andai kata aku lukakan Ayana secara fizikal atau mental aku rela kau berdua balas perkara yang sama. Aku akan pastikan ‘andai’ itu takkan berlaku. Aku janji pada kau berdua.” Bersungguh bicara uncle Ralph. Bila melihat dia serius sebegini bergetar pula peranakan aku.
“Buktikan dengan perbuatan, Ralph. Janji semua benda manis boleh ditabur. Tapi sukar sangat nak ditunaikan.” Tepat dan padat balasan papa membuatkan uncle Ralph mengangguk. Aku tak nafikan apa yang kau cakap tu betul. Aku faham hati kita Allah yang pegang jadi bila-bila aje boleh berbolak-balik. Cuma aku minta pada kau percayakan aku, Affan. Percayakan aku, Aynaa. Aku akan usahakan yang terbaik untuk Ayana,”
Hangat muka aku. Sukalah bila tengok uncle Ralph bersungguh-sungguh macam ni. Tak sabar rasa nak kahwin-
“Muka jangan gatal sangat. Papa nikahkan esok baru tahu.” Papa macam tahu-tahu aje yang bermain dalam minda aku. Aku pandang uncle Ralph yang sudah tahan gelak melihat aku. Ha, dia mengejeklah tu!
“Mana ada Ayana buat muka gatal.” Laju aku menafikan sambil menarik muka. Mama mencubit lembut pipiku. “Mama tahu Ayana pasti Ralph boleh jaga Ayana. Mama dan papa cuma risau perasaan Ayana tu akan berubah. Ayana masih muda. Belum matang dalam buat keputusan. Ayana pasti nak ikat kehidupan Ayana dengan Ralph?” Soalan mama membuatkan aku mendongak memandang uncle Ralph yang sedang duduk di atas kerusi. Dia membalas pandanganku sambil menjungkit kedua-dua belah keningnya.
“Tapi kalau Ayana tunggu Ayana cecah usia dewasa uncle makin tua. Lagilah Ayana geli nak kahwin.” Selamba aje aku menjawab mengundang ketawa kuat uncle Ralph dan papa. Mama juga menggeleng bersama-sama senyuman.
“Mama takkan bangkang kalau itu pendapat Ayana. Apa yang mama nak Ayana faham kalau apa-apa masalah dalam hubungan suami isteri tolong berbincang jangan buat tindakan meluru,” pesanan mama dibalas dengan anggukan.
Mama tersenyum puas hati.
Seterusnya mereka menunggu Abang Ayyim pulang dari kerja sebelum berbincang lebih lanjut tentang perihal pernikahan aku dengan uncle Ralph.
+++
MALAM itu aku merebahkan tubuh di atas katil selepas aku selesai menunaikan solat isyak. Bibir mula tersenyum sendiri apabila mengenangkan kesungguhan dia mahu menikahi aku. Arghhh, mama cepatlah Ayana tak sabar nak kahwin!
Tapi... otak aku mula menerewang jauh. Postur tubuh ditukar menjadi mengiring. Keluarga uncle Ralph bukannya semua muslim memandangkan dia sendiri pun mualaf tetapi lama sudah memeluk islam semenjak dia berusia 25 tahun. Bukanlah aku nak fikir negetif tapi kalau uncle Ralph dah segak macam itu tak mustahil adik beradiknya juga segak-segak belaka. Nanti ipar-duai dia pun cantik macam mana? Kalau adik dia lelaki dia ke meninggal tiba-tiba lepas tu nak rampas uncle Ralph dari aku?
Aku tarik nafas dan hembus perlahan. Confident, Ayana! Kau cantik sebab tu kau ni playgirl terhandal!
Hm... cakap tentang playgirl. Nanti aku kena jadi isteri yang setialah kan lepas kahwin dengan uncle Ralph? Ugh, susahnya nak jadi devoted wife bak kata mat saleh. Elok aku nak melelapkan mata tiba-tiba aje pintu bilikku diketuk membuatkan aku bangkit menuju ke arah dedaun pintu dan dikuak perlahan.
Aku nampak Abang Ayyim tersengih lebar. Ha, ada idea dia ni nak khianat aku. Aku cuba nak tutup pintu semula tapi dia tahan. “Abang Ayyim nak bincang je. Janganlah halau lagi.” Laju dia mengemukan motifnya meskipun tak berapa jelas.
“Motif apa?” aku bertanya. Laju aje dia masuk dalam bilik aku dan melabuhkan punggungnya di atas katil aku. Tenggelam sebelah tilam katil aku. Beratlah Abang Ayyim ni!
“Abang Ayyim nak berbincang apa?” aku lupakan pintu. Aku memusingkan tubuh memandang seraut wajahnya sambil memeluk tubuhku. Sengaja aku menayangkan muka serius supaya dia cuak tapi dia ni mana nak pernah cuak dengan aku. Boleh lagi dia tersengih lebar.
“Ayana tahu kan majlis Ayana dalam tiga bulan lagi?”
“Ya.” Aku membalas. Saja buat-buat tak berminat dengan topik ni. Lain tak bukan adalah idea dia tu nak kenakan aku.
“Bila Ayana kahwin dengan uncle Ralph, Ayana tak boleh panggil dia Ralph. Ayana kena panggil dia abang.” Aku dah agak dah! Dia tak ada niat pun nak berbincang dengan aku. Dia nak menyakat aku aje.
“Ey, Abang Ayyim keluarlah!” muka aku rasa panas apabila aku membayangkan diri aku memanggil uncle Ralph sebagai ‘abang’. Perasaan itu akan bercampur baur. Cringe, geli, seram dan malu!
“Then, Abang Ayyim kena panggil nama dia je.” Seronok dia menyambung menyakat aku. Aku pulas kuat telinga Abang Ayyim membuat dia terbangun dan mengikut aku menuju ke arah dedaun pintu bilik aku.
“Hmph!” Aku jeling dia meskipun begitu dia tetap tersengih. Bum! Aku menghempas pintu dengan kuat. Betul-betul depan muka dia. Abang Ayyim gelak-gelak sambil dia ucapkan selamat malam sebelum melangkah pergi. Sayup-sayup aku dengar suara papa membebel padanya kerana membuli aku.
Aku merebahkan tubuh di atas katil. Disebabkan Abang Ayyim buatkan aku tiba-tiba memikirkan uncle Ralph. Tidur Ayana. Tidur!
YOU ARE READING
RALPH: His Bride
RomanceKATA Uncle Ralph... Lelaki sangat berbahaya kerana mereka seringkali cuba mengambil kesempatan ketika seorang perempuan terleka. Aku bercinta? Uncle Ralph kacau lelaki tu sampai aku putus. Aku kena ganggu? Uncle Ralph mengugut orang persis geng...