MESEJ dihantar kepada Uncle Ralph untuk berjumpa dia. Aku duduk di atas kerusi batu dihadapan rumah sementara menunggu kehadirannya. Suasana pagi ini nampak meriah. Burung-burung berkicau sambil berterbangan dan hinggap di dahan pokok. Aku mengambil keputusan untuk bertemu dengan Uncle Ralph disini sementara keluarga aku masing-masing sibuk dengan urusan harian mereka.
Tidak sampai setengah jam pun, Uncle Ralph tiba. Dia parkir keretanya di luar halaman rumah aku dan dia melangkah mendekati aku. Aku hanya melihat dia dari jauh. Meskipun dia sudah mencecah 42 tahun tetapi air mukanya persis 30-an. Dia pandai berfesyen menjadi asbab utama dia nampak segak dan muda.
“Ada apa Ayana nak jumpa dengan uncle?” dia bertanya. Selamba aje dia duduk berhadapan denganku.
“Ayana nak bercakap tentang kita. Sejujurnya, Ayana terkejut sebab uncle datang meminang Ayana macam itu je. Ayana masih muda. Ayana nak belajar. Ayana nak meneroka dunia. Ayana tak sedia lagi nak bina keluarga,” kata-kata aku membuatkan uncle Ralph hanya berdiam diri. Sepatah pun dia tidak membantah sebaliknya dia hanya mendengar.
Aku menarik nafas dan menghembuskan dengan perlahan. “Tambahan lagi kahwin muda memang popular dalam kalangan masyarakat zaman sekarang. Tapi isu curang dan penceraian pun makin berleluasa. Dah macam norma. Curang, zina. Semuanya buat perkahwinan tu jadi menyeramkan. Lagi-lagi bila berkahwin je kuasa terletak di tangan suami.” Aku meluahkan segala yang terbuku di hati. Benar, isu inilah yang aku fikirkan. Bagaimana jika suatu hari nanti uncle Ralph berubah hati?
“Ayana tak nak bermadu. Ayana tak suka berkongsi,” tokok aku lagi. Uncle Ralph tersenyum. “Ayana.” Lembut suaranya menyeru namaku. “Jika dari dulu uncle ni gatal dan tak setia tak adanya uncle masih sibuk jaga Ayana. Uncle boleh aje buat pilihan dari dulu untuk berkahwin dengan mana-mana perempuan yang mahukan uncle. Tapi uncle tak buat.” Dia berhwnti seketika.
“Ya, uncle tahu memang akan ada rasa was-was dan curiga. Normal bagi perempuan untuk overthinking. Sebolehnya uncle nak Ayana percaya dan tahu uncle pandang Ayana Fareeha seorang aje.” Dia tersenyum memandangku. “Uncle faham kalau Ayana nak menolak pinangan uncle dan uncle takkan pernah marah. Uncle maaih akan jaga Ayana sehingga Ayana dapat jumpa dengan lelaki yang baik. Lelaki yang boleh jaga Ayana.”
Aku tak percaya langsung bila aku dengar dia cakap macam tu. Sepanjang aku bercinta dengan lelaki-lelaki yang aku jumpa. Tak pernah ada satu pun lelaki yang uncle Ralph pernah kategorikan sebagai ‘baik’. Semuanya nampak jahat di mata dia. Entah-entah kalau aku tak terima pinangannya sampai aku tua pun aku tak dapat kahwin.
Uncle Ralph menjungkit kening tatkala dia melihat seraut wajahku. “Kenapa Ayana pandang uncle macam tu?” dia bertanya kehairanan. “Betul ke uncle nak jaga Ayana walaupun Ayana reject uncle? Entah-entah nanti uncle takutkan atau gertak mana-mana lelaki yang ada hubungan dengan Ayana,” kata-kata aku itu mengundang ketawanya.
Aku tak tahu apa yang lawaknya dengan ayat aku tu.
“Ayana tak pernah bersangka baik dengan uncle. Uncle ni jahat sangat ke sampai Ayana fikir macam tu?” soalnya semula. “Ayana ada trust issue dengan uncle,” jawapan aku itu membuatkan dia ketawa. Mengekek! Sakit hati aku dengan dia ni.
“Uncle!” aku mula nak marah.
“Okey, okey. Sorry, Ayana. Jawapan Ayana tu lawak. Anyway, uncle akan cuba yang terbaik untuk jaga Ayana even Ayana tak terima pinangan uncle. Tapi Ayana jangan jealous kalau uncle kahwin.” Hati aku rasa pedih. Perut rasa memulas saat mendengar dia menyebut soal ‘kahwin’. Aku rasa okey saja jika membayangkan aku sebagai isterinya. Namun, hati aku terasa sakit saat aku membayangkan perempuan lain yang menjadi isterinya. Aku tahu betapa baiknya uncle Ralph dan aku pasti akan cemburu.
YOU ARE READING
RALPH: His Bride
RomanceKATA Uncle Ralph... Lelaki sangat berbahaya kerana mereka seringkali cuba mengambil kesempatan ketika seorang perempuan terleka. Aku bercinta? Uncle Ralph kacau lelaki tu sampai aku putus. Aku kena ganggu? Uncle Ralph mengugut orang persis geng...