Prolog

435 26 1
                                    

SUASANA kelas riuh-rendah. Aku hanya hiraukan saja kerana aku lebih selesa dalam dunia aku sendiri. Tiba-tiba telefon aku vibrate menandakan bahawa ada seseorang mesej aku.

Two unopened image.

Aku tekan. Mata aku membulat nampak Uncle Ralph menghantar gambar dua orang lelaki lari lintang pukang.

Ting!

Mesej baru masuk.

It's no good untuk balik dengan lelaki yang tak kenal, Ayana - Uncle Ralph.

Aku mengetap bibir. Dia ni!

Dia nak hantar Ayana balik je! Bukannya nak buat bukan-bukan pun! - you.

Aku tekan butang send dan menunggu jawapan Uncle Ralph.

You never know what they are thinking. Ayana tahu ke lepas ni dia nak bawa Ayana ke mana? Tak semestinya dia nak hantar Ayana balik. Not all man have good intention. Never think all man will be good as me. It's dangerous - Uncle Ralph.

Terasa sejuk tangan aku apabila membaca mesejnya. Aku tahu bila dia tulis panjang macam ni maknanya dia marah.

What will you do if he bring you to strange place that you don't even know? What will you do? Hm? Cry? - Uncle Ralph.

Aku menghela nafas.

Aku tahu dia marah sebab aku tak sepatutnya buat begitu. Aku tak sepatutnya balik dengan lelaki yang aku tak kenal hanya sebab lelaki itu teman lelaki aku tak semestinya dia baik.

Fine, i'm sorry. Jangan marah. - you.

Teragak-agak aku menghantar mesej. Berdebar menunggu jawapannya.

Hm? Uncle tak marah. Lepas ni jangan buat dah okey? Uncle just risau. That's all - Uncle Ralph.

Ya, Ayana tahu Ayana salah. Jangan bagitahu papa dan mama - you.

Okey. I'm promise. Uncle tunggu Ayana balik. Belajar elok-elok - Uncle Ralph.

Aku tak balas mesej dia selepas itu. Aku menutup telefonku dan menghela nafas. Sakit kepala aku.

+++

WAKTU pulang sudah tiba. Aku mencapai beg galasku dan bergerak pulang dengan kawan sekelasku yang lain. Memandangkan kami pelajar tingkatan enam kami hanya memakai pakaian yang biasa misalnya baju kurung dan baju berkolar.

Bila kaki aku dekat dengan pagar aku dengar orang lain berbisik tentang seseorang lelaki menunggu di tepi pagar.

"Lelaki mana tu? Kaya..." Mereka berbisik.

"Handsome weh!"

Aku melangkah pantas keluar dari pagar. Aku nampak Uncle Ralph bersandar di tepi pintu kereta miliknya sambil bermain telefonnya. Dia pakai kaca mata hitam dengan baju kemeja miliknya. Kereta pun-

Aku melangkah menuju ke arahnya.

"Uncle!" Teguran aku membuatkan dia mengangkat wajah.

"Oh, Ayana. Jom balik." Dia membuka pintu untukku. Tebal muka aku bila ada mata-mata memandang. Memang sah esok aku akan jadi topik perbualan mereka.

Aku masuk jugalah walaupun mulut aku ni ringan je nak membebel. Sebaik saja aku masuk, Uncle Ralph tutup pintu kereta miliknya dan masuk ke dalam perut kereta dibahagian pemandu.

"Let's head back." Katanya sebelum memandu kereta keluar dari perkarangan sekolah.

"Uncle tak ada kereta lain ke nak ambil Ayana? Kenapa pakai segak-segak?" Aku mula menyoal.

"Ayana jealous ke?" Sakatnya bersama-sama sengihan nakal.

Aku menjuihkan bibirku.

"Tak ada masa Ayana nak jealous. Sebab uncle Ayana jadi perhatian tau!"

"Oh? Bukan Ayana suka perhatian?"

"Uncle nak kena kick ke?" Aku mula hilang sabar. Uncle Ralph tergelak kuat.

"Okey, i'm sorry. Uncle baru je balik dari kerja tadi tak sempat nak tukar baju dan kereta terus je papa Ayana call minta uncle tolong ambilkan Ayana."

Aku menghela nafas.

Hish. Papa ni selalu sangat percayakan Uncle Ralph untuk jaga aku. Pusing ikut mana pun dia tu tetap orang luar juga.

"So, Ayana nak bagi alasan apa pada uncle about that boy? Hmm?" Dia bertanya sambil matanya mengerling sekilas ke arahku sebelum dia fokus ke arah jalan raya.

Gulp...

Tak habis lagi isu ni rupanya...

RALPH: His BrideWhere stories live. Discover now