[WRITTEN ON 27 MARCH 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
DUA HARI BERLALU sejak Qaiser meluahkan perasaan pada Talita. Dua hari juga Talita sengaja jual mahal dengan Qaiser. Setiap kali lelaki itu mahu mengajaknya keluar makan bersama, ada saja alasan yang Talita berikan untuk menolak ajakan Qaiser itu.
Zayan pula masih tidak memberi respon pada Talita. Sejujurnya, Talita rasa bersalah pada Zayan. Dia tidak tahu mahu memilih siapa. Talita masih ingat ketika dia menceritakan semua yang berlaku pada Jannah.
Jannah sangat beremosi dengan apa yang Qaiser lakukan kerana menganggap Qaiser menikam belakang kawan baik sendiri. Talita pula tidak tahu mahu memilih siapa. Talita tahu Zayan adalah lelaki yang sentiasa ada di saat dia memerlukan seseorang tetapi hatinya menjerit mahukan Qaiser.
Dua hari dia cuba melawan hatinya yang mahu ikut semua kehendak Qaiser. Talita sengaja menjual mahal kerana mahu melihat usaha lelaki itu yang mahu memperisterikannya. Dia mahu melihat tahap kesabaran Qaiser dengan perangainya.
Jannah ada juga memukul kepala Talita beberapa kali kerana merasakan kawan baiknya itu adalah wanita paling bodoh dalam dunia kerana masih menyukai lelaki yang banyak membuatnya sakit hati.
Talita sedang fokus membuat kerja di mejanya sebelum dia terdengar bunyi lif menandakan ada tetamu berhenti di tingkatnya. Dia tahu Qaiser sudah ada di pejabatnya. Dia teringat jadual Qaiser untuk hari ini, lelaki itu tiada perjumpaan apa-apa atau dengan sesiapa untuk hari ini.
Talita mengangkat wajahnya, dia terkedu melihat Zayan sudah berdiri di depan mejanya. Talita berdiri dari kerusinya dengan laju. Dia memandang wajah Zayan yang sudah hampir dua minggu tidak dilihat itu.
"Hi," Tegur Talita dengan lembut, Zayan hanya memberikan senyuman kecil padanya.
"How are you?" Zayan menyoal lembut, Talita berasa sedikit lega apabila lelaki itu tidak kelihatan berdendam dengannya. Talita senyum kecil.
"Okay. Macam yang awak tengok sekarang." Jawab Talita pula, dia memandang Zayan atas bawah. Lelaki itu segak dan kemas berpakaian. Dia berbaju kasual ke pejabat.
"Saya rasa kita kena berbual berdua. Ada banyak yang saya nak cakap pada awak." Talita bersuara lagi, Zayan mengangguk setuju. Dia menoleh ke arah pintu pejabat Qaiser.
"Is he free?" Soal Zayan seraya memandang ke arah Talita. Talita kelihatan gugup sebelum mengangguk kecil.
"We'll talk afterwards, okay?" Ajak Zayan dan Talita hanya mengangguk kecil. Zayan berlalu ke arah pintu pejabat Qaiser, dia tidak mengetuk dan terus saja membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam. Talita pula yang rasa tidak sedap hati.
Talita lantas ke pantry untuk membuat air. Usai itu, dia membawa dulang bersama dua cawan kopi ke dalam pejabat Qaiser. Pintu bilik itu diketuk sekali sebelum dia membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam.
Talita nampak dua pasang mata tertumpu padanya membuatkan dia rasa gementar. Dia letak dulang itu di atas meja dan meletakkan setiap cawan berisi kopi itu di atas meja di depan Qaiser dan Zayan.
"How's your lips?" Zayan mula bersuara apabila Talita mengangkat dulang kosong dari meja itu. Dia peluk dulang itu ke dadanya. Dia memandang Zayan sekilas sebelum memandang Qaiser. Dia perhatikan bibir Qaiser dan baru sedar ada kesan lebam pada hujung bibir lelaki itu tetapi tidak terlalu nampak. Kesan lebam itu seperti kesan tumbuk yang sudah lama.
"Getting better." Balas Qaiser dengan nada yang kosong. Dia membalas renungan Zayan dengan riak yang juga kosong. Talita memandang dua lelaki itu bersilih ganti. Mereka bertumbuk? Itu soalan yang muncul di fikirannya tika itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]
Romansa[BAKAL TERBIT] Siapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Ta...