Prolog

8 3 0
                                    


Beg yang berisi baju milik Lara dilontarkan ke jalan.Tubuhnya di heret keluar dari kereta..Lalu tersembam ke tanah.Kawasan itu sunyi penuh semak samun dan kelapa sawit. Tidak berpenghuni.

"Mulai hari ini aku tak nak tengok muka kau lagi! Hubungan kau dengan Edriaan dah berakhir,lupakan dia!" Herdik Datin Karina lalu melemparkan wang seribu ringgit ke udara.

"Itu duit nafkah kau yang terakhir! pandai pandai kau hidup lepas ni!"Bertaburan duit itu jatuh ke tanah ibarat hujan.Sepasang mata yang duduk di dalam kereta hanya memerhati sambil tersenyum sinis.Puas hatinya dapat meracuni fikiran Datin Karina.

"Maafkan saya Datin,tolonglah..saya tak ada siapa siapa lagi saya merayu Datin. Jangan tinggalkan saya dekat sini"Lara menangis teresak esak dia memaut kaki Datin Karina. Berharap belas kasihan dari wanita itu.

"Heii!! Tepi! Jangan sentuh kaki aku perempuan jijik! Berambus!" Kakinya menendang tepat ke perut Lara. Terlentang dia kebelakang.Kemudian cepat cepat Datin Karina menerobos masuk ke dalam kereta dan menekan lock pintu .Matanya memandang gadis itu penuh benci dan dendam.Tidak kenal putus asa, Lara bangun lalu mendekati kereta Datin Karina.Cermin gelap itu diketuk beberapa kali.

"Tolong Datin! Jangan tinggalkan saya! Tolong!" Rayu Lara,tangannya dibawa ke perut pabila terasa pedih dan menyucuk. Datin Karina tersenyum sinis. Puas dapat melihat gadis itu merayu kepadanya. Namun tidak lagi dia akan bersimpati. Lara penghalang yang harus dihapuskan. Untung sahaja ditinggalkan di kawasan terpencil bukan dibunuh dan dibuang ke laut.

"Don't worry darling, penghalang you dah tak ada lepas ni. Edriaan will be yours after this" Ucap Datin Karina. Wanita yang duduk di hadapan bersama driver itu tersenyum lebar. Rancangannya kini berjaya.

"Jalan!" arah Datin Karina kepada pemandunya. Kereta mulai bergerak, Lara mengikut seiringan kereta, semakin laju dan akhirnya memecut.Malang tidak berbau, kakinya tersandung pada batu lalu tersungkur menyembah jalan.Dalam keadaan yang tertiarap,Lara melihat kereta itu semakin jauh dan hilang dari pandangan.Sakit yang dirasainya tadi semakin menjadi jadi.

Lara duduk bersimpuh di situ, tiada daya untuk berdiri.Dia mula merasai sensasi hangat di celahan kelengkang. Skirt labuh yang menutup kakinya ditarik separas betis. Saat itu, matanya melihat lelehan cecair berwarna merah pekat mengalir ke betis terus ke kaki. Tangan naik menekup mulut, airmata laju mengalir. Kini sakit yang dirasa bercampur aduk. Sesaat kemudian pandangannya berbalam balam lalu menjadi kelam. Tidak sedarkan diri.

Pemilik Hati LaraWhere stories live. Discover now