Bab 2

6 0 0
                                    


"Budak Lara tu nak tinggal mana lepas ni?" Soal mak Som kepada Mak Kiah.Kipas tangan yang bercorak floral itu dibuka selajur dikipaskan ke wajah. Dari gerak tubuh dan mata yang memandang ruangan rumah Mak Kiah, jelas dia tidak selesa.Mak Kiah tidak ambil hati,dia hanya tersenyum tipis sudah lali dengan perangai kakaknya itu.

"Tak apa lah biar dia tinggal dengan Kiah je. Lagi pun dia dah tamat sekolah,Julia pun ada, tak lah dia seorang diri dekat rumah arwah long" balas Mak Kiah sembari menuangkan air teh o panas ke dalam cawan. Kedatangan kakaknya yang secara tiba tiba itu menimbulkan tanda tanya.Semasa hari pengebumian arwah pun dia tidak hadir.Tiada angin tiada hujan pasti ada udang di sebalik batu.Namun tetap jua melayani kakaknya itu seperti biasa bagi menghormati adat menerima tetamu.

Arwah ayah Lara, mak Som dan mak Kiah merupakan adik beradik. Setelah mak Som berkahwin dengan seorang anggota polis,dia telah mengikuti suaminya iaitu pak Talib ke bandar dan amat jarang pulang ke kampung.Di antara mereka bertiga,Mak Som anak kesayangan arwah mak dan ayah mereka.Mak Som juga dapat melanjutkan pelajaran hingga ke tingkatan 5.Manakala arwah dan Mak Kiah hanya bersekolah rendah sahaja.Oleh itu kehidupannya lebih senang daripada yang lain.

"Habis tu, tanah arwah long siapa nak uruskan? Tak kan nak dibiarkan macam tu je? Budak Lara tu bukan tahu apa apa pun" mak som mencicip air teh O sambil mata nya mengerling wajah adiknya.

"Lara tu belum lagi 18tahun nak urus tanah tu.Dia masih mentah, biarlah dulu.."

"Sebab tu aku datang sini" bibir tersenyum senget. Di mata Mak Som sudah terbayang timbunan wang.Serakah!

"Tanah long tu kita uruskan,duit hasil tanah tu nanti kita bagilah sikit pada budak Lara tu"kata kata mak Som tu membuatkan mak Kiah serta merta mengangkat punggung.Dadanya mulai turun naik.Sudah terang lagi bersuluh tujuan Mak Som pulang ke kampung.

Sewaktu arwah bapanya meninggal dahulu, Segala urusan pembahagian harta pusaka diuruskan oleh mak Som dan suaminya.Arwah dan Mak Kiah hanya menurut dek kerana kurang ilmu pengetahuan dan tidak mahir untuk berurusan di bandar.Oleh itu, mereka berdua telah ditipu oleh mak Som.Disebabkan ketamakan juga dia mendapat balasan anak tunggalnya,Fazli telah melarikan diri bersama wang yang dicuri dari simpanannya.Menyesal kerana kesemua duitnya telah hilang barulah dia pulang ke kampung dan melutut memohon maaf kepada arwah dan Mak Kiah."Disaat susah sahaja dia akan datang ke sini meminta simpati". Getus hati Mak Kiah menahan geram.

"Kalau angah dah habis cakap. Silalah balik saya ada banyak kerja nak buat" Mak Kiah sudah berada di muka pintu.Amarahnya cuba ditahan sehabis baik. Mak Kiah sedar akan pangkatnya selaku adik, dia perlu menghormati kakaknya walau apa pun terjadi.Mak Kiah Tidak ingin mempunyai masalah sesama adik beradik, balasannya berat diakhirat kelak.

"Eh! kau ni tiba tiba nak suruh aku balik pula? Sudahlah aku ni baru sampai, belum panas pun tempat aku duduk ni"  mak Som bangun bercekak pinggang, matanya mencerlung memandang mak Kiah.Bagai ingin tersembul keluar.

"Assalamualaikum mak"
"Assalamualaikum mak Kiah"

Suara Lara dan Julia kedengaran dari luar rumah. Mereka baru pulang dari pekan bersama Fuad.Selajur naik ke atas dan menyalami mak Kiah yang sedang berada di muka pintu.

Saat terlihat Lara melangkah masuk, mak Som berubah wajah.Plannya harus diteruskan.

"Mak Som rupanya.Bila sampai?" Sapa Lara lalu mendekatinya.Tidak semena mena tubuh Lara dipeluk erat oleh mak Som.

"Kesiannya anak sedara mak ngah ni. Kamu sihat nak? Mak Som risaukan kamu, Lara"  Julia dan mak Kiah saling berpandangan.Tidak pernah dia semesra itu sebelum ini bersama anak anak saudaranya.Perangai kekwatnya dari dulu lagi diketahui oleh semua.Bersalaman sahaja ditarik tangannya cepat cepat apatah lagi mahu berpelukan.Julia naikkan bola mata keatas, sungguh dia meluat melihat lakonan mak Som.Boleh menang Anugerah Pelakon terbaik tahun ini.

"Saya sihat..mak Som" Lara meleraikan pelukan.Dia senyum segaris,terasa amat janggal apabila dilakukan sebegitu lebih lebih lagi oleh mak Som.

"Alhamdulillah bagus lah kalau macam tu. Lara.. Mak Som nak tanya sikit..."

"Mak Som! Lara penat tu bagi dia rehat dulu" Belum sempat Mak Som ingin bertanya sudah dipotong oleh Julia.Dia menarik tangan Lara selajur membawanya ke bilik. Mencerlung lagi Mak Som melihat Julia yang sudah pun menghilang masuk ke dalam bilik.Giginya diketap.

"Kurang ajar anak kau ni Kiah, orang tua tengah bercakap disampuknya sesuka hati." Mata mak Som sudah kelihatan merah.Bengang rancangannya tidak menjadi. Sengaja dilanggar bahu mak Kiah sebelum menuruni tangga.

"Kau ingat Kiah, hutang hutang kau dulu aku yang bayarkan tiba masa aku perlukan sesuatu.,kau buat macam ni. Aku ingat sampai bila bila!" Sengaja ditinggikan suaranya di tengah laman rumah sebelum memboloskan diri masuk ke dalam kereta dan memecut laju.Mak Kiah sebak.. kakaknya itu masih belum berubah. Tangan naik mengurut dada.

"Mak..tak apa apa?" Soal Fuad selajur memaut bahu maknya itu. Dibawanya mak Kiah duduk.

"Mak jangan berhubung lagi dengan Mak Som lepasni. Dia mata duitan, arwah pak long meninggal pun dia tak datang. Dah 2 minggu baru datang? Kakak apa macam tu" pang! Berdesing telinga Fuad. Bagi mak Kiah kata kata anaknya itu begitu keterlaluan.

"Mak tak ajar kamu kurang ajar Fuad. Masalah kami, kamu jangan masuk campur." Menggigil tangan mak Kiah.Ini pertama kali dia menaikkan tangan kepada anaknya.Fuad menundukkan kepala.Bahang di pipi terasa,perit.Namun dia tidak marah.Perlahan dia mengambil tangan mak kesayangannya itu. Lalu dicium.

"Fuad minta maaf mak." kemudian dia bangun dan keluar rumah.Airmata mak Kiah mengalir.

Pemilik Hati LaraWhere stories live. Discover now