"Betul ke? kau dah fikir masak masak?" soal Fuad.Dia berdiri di luar kamar Lara, matanya silih ganti memandang ke dalam kamar itu dan juga ruang tamu.Julia sedang dipujuk Mak Kiah.Dia begitu sedih tatkala mendengarkan keputusan Lara yang ingin tinggal bersama Mak Som di bandar.Bukannya iri hati, lebih kepada bimbang tentang keselamatan Lara.Tindak tanduk Lara yang sedang mengemas pakaian itu terhenti seketika,airmata cuba ditahan.Jika Julia boleh sebegitu sedih apatah lagi pada dirinya.Dia pergi tanpa ditemani Julia masakan dia kuat.Namun, dia tidak boleh terus menerus bergantung pada keluarga Mak Kiah yang sudah bersusah payah menjaganya semenjak 5 bulan lalu.Tiada rungutan yang didengar, tetapi bagi Lara dia perlu berdikari mulai saat ini dan membalas jasa keluarga Mak Kiah.Lara palingkan tubuh memandang ke arah Fuad yang berwajah sugul.Bibir Lara mengukir senyuman.
"Ya..Aku dah fikir masak masak.Ini peluang untuk aku ubah nasib hidup.Tapi, jangan risau.Aku takkan sesekali lupakan jasa kau,Mak Kiah dan Julia.Aku janji lepas aku dah masuk U,aku akan tolong Julia untuk sambung di tempat yang sama" Ucap Lara bersungguh.
Fuad kaku disitu,pandangan dilontarkan keluar tiada guna kata pujukan lagi jika tuan badan sendiri sudah menyatakan tekadnya.Melihat reaksi yang diberikan oleh Fuad.Lara menyambung tugasnya mengemas pakaian sebentar nanti Mak Som akan menjemputnya.Suasana pagi di rumah itu dipenuhi dengan sendu sedan Julia. Mak Kiah turut menangis tetapi apakan daya,demi memenuhi tuntutan kakaknya demi menjaga silaturahim antara adik beradik dia mengalah.Dia hanya mampu mendoakan keselamatan anak saudaranya itu sahaja.
Tin! tin! bunyi hon kereta di halaman rumah Mak Kiah. Lara yang dari tadi mengurungkan diri di dalam kamar akhirnya mendongakkan wajah.Dia sedar gerangan siapa yang membunyikan hon tersebut.Airmata cepat dihapuskan.Beg pakaian sudah ditangan,sempat dia memandang sekeliling kamar itu.Nafas ditarik sedalamnya dan dihembus.Kaki mula mengorak langkah, namun terhenti saat tubuhnya dipeluk erat oleh Julia yang menerjah masuk.
"Araa...jangan pergi.Temanlah aku dekat sini.." rengekkan Julia persis anak kecil.Tidak dihiraukan tangisnya yang sebegitu rupa.Sayangnya terhadap Lara tidak setanding adik beradik kandungnya sendiri.Mereka berdua membesar bersama, sejak kecil bersama,kemana mana pun tetap bersama.Kini apabila Lara manyatakan hasrat ingin pergi ke bandar tanpa ditemaninya, bimbang dan segala perasaan bercampur baur bagi Julia.Dia mengenali sifat lembut Lara yang tidak pandai menolak kemahuan orang lain walaupun sebenarnya dia dipergunakan.Julia lah yang menjadi penyelamatnya, Julia juga yang melindunginya.
Airmata mengalir ke pipi gebu Lara.Sedaya upaya cuba mengawal perasaan.Julia meraung tatkala ditarik Fuad dari terus menerus menghalang Lara.
"Julia, jangan macam ini nak." pujuk Mak Kiah.Dia turut menangis.
"Mak Kiah,maafkan Lara,halalkan makan minum Lara dekat sini.Lara janji Lara akan datang semula untuk bawa Julia bersama.Bagi Lara masa..Lara minta maaf sangat sangat." ucap Lara selajur mengucup tangan tua itu.Dipeluknya tubuh Mak Kiah seeratnya.Mak Kiah hanya mengangguk.Penuh payah ingin berbicara dek menahan sebak.
"Jaga diri Lara baik baik, solat jangan tinggal.Mak Kiah sentiasa mendoakan Lara.Jangan lupa kami dekat sini" pesan Mak Kiah,dahi Lara dikucup nya lama. Tangisan Julia tiba tiba tidak kedengaran. Fuad membaringkan tubuh adiknya itu, ditepuknya sedikit pipi Julia.Dia tidak sedarkan diri.
"Julia!" Lara ingin menerpa ke arah Julia tapi dihalang Fuad.
"Jangan..kau pergilah.Julia biar kami yang uruskan..Sekurangnya dia tak akan menangis teruk macam tadi kalau kau dah pergi." Mata Lara memandang tepat ke wajah Fuad.Tiada reaksi,kosong..mungkin putus asa dengan kedegilannya.Kini wajah Julia pula jadi tatapan.Sungguh Lara sebak,di saat dia ingin pergi tidak sempat dia mengucapkan selamat tinggal kepada Julia.Mungkin ada benarnya juga kata Fuad.Lara menggenggam tangan Julia.
"Maafkan aku Julia, aku janji aku akan datang ambil kau" bisik Lara perlahan.
"Lara..jom.Kalau lambat nanti jammed" Mak Som mencelah.Dari tadi dia menonton drama anak beranak itu,buang masa. Tangan Lara ditariknya keluar. Terkocoh kocoh dibawanya Lara pergi.
"Mak Kiah.." Hanya tangan Lara menghala ke arah Mak Kiah tanpa bersambut lalu hilang dari pandangan.
******
Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Mak Som yang berada di ibu kota,Kuala Lumpur.Lara hanya berada di dalam dunianya sahaja.Mak Som dan Pak Talib juga tidak menghiraukannya.Mereka berdua hanya berbual sesama sendiri dan sesekali terdengar mereka bergelar tawa. Pak Talib sekali sekala mencuri pandang Lara melalui cermin pandang belakang.Lara sedar akan keadaan itu dan berasa kurang selesa dengan kelakuan pakciknya itu.Beg pakaian dipeluknya erat erat.Kalaulah ada Julia saat ini, pasti sudah dimarahinya Pak Talib.Apa apa pun kini, dia harus berani dan belajar mempertahankan diri sendiri tanpa bergantung pada orang lain.Lara harus kuat dan tabah.
"Kita berhenti makan dekat sini kejap" Pak Talib bersuara.Kereta dibelokkan ke kiri kawasan henti dan rehat.Tanpa berkata apa apa lelaki itu berlari meninggalkan mereka berdua di dalam kereta dengan tergesa gesa.Membuatkan Lara kehairanan melihat perilaku Pak Talib. Mak Som pula kegelisahan tatkala di tinggal Pak Talib.
"Lara..kau tunggu dalam kereta Mak Som pergi cari Pak Talib kejap.Ingat! jangan pandai pandai keluar."Mak Som memberi amaran.Lara hanya mengangguk faham walaupun dia turut terkejut sebentar tadi.Ekor mata hanya memerhati Mak Som yang mengikuti arah yang dilalui Pak Talib.Hati Lara mulai berasa kurang enak.Namun dia cuba menepis prasangka buruk yang cuba menguasai fikirannya.Mata masih menanti kemunculan Mak Som dan Pak Talib.Dipandangnya kiri dan kanan,walaupun hari siang tetapi kawasan parking ini jauh dari pandangan orang.Kereta juga hanya ada beberapa sahaja itu pun tiada penghuni.Lara menelan air liur, dahinya mula mengeluarkan peluh,mata masih memandang kiri dan kanan berwaspada.
"Mana budak yang kau cakap nak bagi pada aku tu?" seorang lelaki berbadan sasa mencekak leher baju Pak Talib.Orang tua itu menggigil ketakutan,manakala Mak Som pula sudah dikawal seorang lagi lelaki yang bertubuh besar.Tangan dicantumkan menjadi satu.
"Tolong..tolong..Jangan apa apakan aku dengan isteri aku.Budak tu, ada dalam kereta" ucap Pak Talib tergagap gagap.Tubuhnya yang semakin uzur itu tidak akan menang sekiranya diajak berlawan.Apa yang penting sekarang dia ingin menyelamatkan nyawa sendiri dan isterinya.Akibat ketamakan dan gila judi menjadikan hidupnya kini dibelenggu hutang keliling pinggang.Duit pencen dari khidmatnya selaku anggota Polis juga tidak pernah dirasai dek hutang yang ditagih lintah darat.Bukan 1 tetapi lebih 5 lintah darat dia membuat pinjaman umpama "gali lubang tutup lubang".Kini dia menjanjikan hal yang lain pula bagi melunaskan kesemua hutangnya yang menimbun.
"Pastikan kali ini kau tak menipu lagi.Kalau tak nyawa kau dengan bini kau hilang hari ini juga" tubuh tua Pak Talib ditolak ke dinding sekerasnya. Lelaki itu mengarahkan "budaknya" untuk melihat keadaan. Pak Talib memandang ke arah Mak Som yang ketakutan itu,dia hanya mengangguk memberi isyarat Lara berada di kereta.Pak Talib memejamkan mata.Jauh di sudut hati dia berasa kesal kerana mengiyakan perancangan isterinya itu.Namun tiada cara lain lagi untuk melangsaikan hutang mereka.Akibat daripada semua ini tidak pernah difikirkan.
"Bos! budak perempuan tu ada dalam kereta mereka." Tatkala mendengar ayat tersebut terjungkit sedikit hujung bibir lelaki bertubuh sasa itu.Dia menoleh ke arah pak Talib. Seraya ketawa besar dan diikuti rakannya yang lain.
"Akhirnya kau tunaikan janji" Pisau diletakkan ke leher Mak Som.Meronta ronta Mak Som dibuatnya.Mulut pula ditekup dengan kain.Pak Talib cuba bangun untuk membantu tetapi malang wajahnya ditumbuk seseorang.Pak Talib tersembam ke tanah.Pandangan Mak Som semakin kabur dia ingin menjerit tetapi tiada daya lalu semuanya menjadi gelap.
YOU ARE READING
Pemilik Hati Lara
RomanceSetelah kematian ayah tersayang,Lara Elena mengikut ibu saudaranya ke bandar dengan harapan untuk menyambung pelajaran. Malang menimpa apabila dia dijadikan sebagai cagaran untuk melangsaikan hutang ibu saudaranya kepada ketua gengster.