Bab 1

4 0 0
                                    


Selesai talkin dibaca, awan memerah isinya penuh lebat membasahi bumi. Seakan turut bersedih bersama insan yang berdiri pegun ditepi tanah yang masih merah itu. Airmata bercampur dengan air hujan membasahi pipi gebu milik Lara Elena. Berkali kali dia cuba menyekatnya namun tetap jua airmata itu mengalir.Hujan lebat berserta guruh tidak dihiraukan.Orang ramai bertempiaran lari memasuki kenderaan masing masing dan beransur pulang.

"Lara! Jom kita balik! Hujan lebat ni nanti kamu demam!" Teriak Mak Kiah ibu saudaranya.Tidak berganjak sedikit pun, Lara masih tegak berdiri di tengah hujan. Dada terasa berat,waktu seakan terhenti. Pusara itu dipeluknya tanpa peduli becak dan lumpur.

"Aayahh...ayah...." Rintihannya penuh sebak.Lara menangis semahunya.Kini dia sebatang kara.Tempat untuk berlindung dan mengadu kasih kini telah tiada. Ibu Lara meninggal dunia sewaktu dia berusia 6tahun akibat kanser.Lalu dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh oleh figura yang bergelar ayah. Dialah ayah dia jugalah ibu. Besarnya pengorbanan ayah terhadap dirinya tiada bandingan.Tetapi siapa kita ingin melawan takdir Maha Esa.Ayahnya kemalangan sewaktu pulang dari kerja.

Mak kiah dan anaknya Fuad segera mendapatkan Lara.

"Lara..jangan macam ni.Kamu kena redha nak."Mak Kiah merangkul tubuh Lara.Fuad membantu ibunya memapah Lara ke pondok berdekatan. Basah lencun dan berlumpur baju Lara. Esakannya masih lagi kedengaran.Mak Kiah meraut rambut Lara.

"Sabar Ara..jangan kamu menangis terus kasihan arwah. Dia pun tak mahu Lara bersedih macam ni." Mak Kiah cuba menenangkan. Diusap usapnya belakang tubuh Lara. Di usia yang masih mentah sudah sebegitu berat diuji.

"Mak, jom balik rumah dulu bawa Lara sekali makin lebat hujan ni" kata Fuad lalu menghulurkan payung.Hujan semakin lebat tiada tanda ingin reda. Berduka sama seperti Lara.

Dengan berhati hati Mak Kiah memimpin Lara memasuki kereta.Sempat Lara menoleh ke pusara ayahnya sebelum Fuad memandu meninggalkan tanah perkuburan itu.Airmatanya mengalir lagi.Sepinya terasa tanpa kedua ibu dan ayah di dunia ini.Diusia yang masih muda,di saat dirinya baru ingin mengenal erti kehidupan,Lara hilang punca kekuatan dan tempat mengadu kasih.Tangannya naik mengesat air mata yang tidak mahu berhenti mengalir,sungguh sebak terasa di dada.Lara mengambil nafas sedalam dalamnya.

"Ayaahh..Lara redha" ucap Lara perlahan. Tangan diletakkan ke dada, mata dipejamkan lalu mengalir saki baki air jernih di sudut mata tetapi kali ini tidak dipedulikan.Lara harus menerima takdir.Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba hambaNya di luar kemampuan.Setiap ujian itu pasti terselit hikmah di penghujungnya.

  *******

Malam itu Lara menggigil kesejukan. Dia berselubung selimut tebal tetapi tetap juga terasa sejuknya hingga ke tulang. Terketar ketar bibir Lara menahan sejuk.Seluruh tubuhnya terasa sakit.Air liur yang ditelan terasa pahit dan kesat.
Julia, membuka pintu bilik ingin mengajak Lara makan. Alangkah terkejutnya dia disaat melihat keadaan Lara.Lantas dia menekap tangannya ke dahi dan leher Lara.

"Ara kau demam ni." Tidak menunggu lama lalu Julia memanggil ibunya,Mak kiah.Terkocoh kocoh wanita tua itu datang ke bilik setelah mendengar teriakan dari anaknya itu. Muncul sahaja Mak Kiah di muka pintu,Julia mendapatkannya.

"Mak, badan Ara panas" Pantas sahaja kaki Mak Kiah menghampiri katil Lara.Belakang tapak tangannya diletakkan ke dahi Lara.

"Ya Allah kamu demam panas Ara.Panggil abang kamu Julia kita bawa Ara klinik sekarang" arah Mak Kiah,Julia menurut. Tidak lama kemudian muncul Julia  bersama abangnya. Mereka membantu Lara bangun lalu memapahnya keluar.

Sejak dari kecil lagi Lara sensitif terhadap hujan. Jika terkena, pasti dia akan demam. Dia turut sensitif dengan keadaan yang sejuk jika tidak demam pasti selsema sepanjang hari.

Demam Lara berlarutan selama seminggu.Walaupun sudah diberi ubat antibiotik demam masih belum kebah sepenuhnya.Badannya yang berisi juga susut sedikit. Lara mengagahkan diri untuk bangun.Tangannya memaut dinding papan rumah.Sudah seminggu  dia tinggal disitu di rawat dan di jaga oleh keluarga Mak Kiah. Lara berdiri di tepi tingkap kayu, dia menarik nafas dan memandang langit serta sawah yang terbentang luas di tepi rumah mak Kiah .Bibirnya yang mengelupas pedih terasa.

"Eh, Ara kenapa bangun? Kau belum sihat lagi rehat lah dulu". Lara menoleh, wajahnya yang pucat tersenyum melihat Julia.

"Aku nak ambil angin kejap,dah lama aku tak keluar. Dapat tengok sawah ni pun jadi lah" Perlahan dia melabuhkan punggung di katil bujang.Julia turut duduk di sampingnya

"Nanti kau dah sembuh kita jalan jalan dekat pekan nak? Sebelum result SPM keluar kita pergi tengok wayang" Ucap Julia teruja tangan Lara digenggam.Lara hanya mengangguk. Kurang seminggu sahaja lagi keputusan SPM nya akan keluar.Tetapi keputusan nya itu tidak dapat dia tunjukkan kepada ibu dan ayah. Teringatkan mereka sahaja sudah membuatkan airmata Lara bertakung. Cepat cepat dia hapuskan, tidak mahu Julia perasan. Namun sepupunya itu mengerti, Julia memeluk Lara. Diusapnya belakang Lara perlahan.

"Aku ada dengan kau, Ara" Kata kata Julia itu menyentuh hati Lara. Tangisnya pecah.Untung sahaja keluarga Mak Kiah sudi menumpangkannya disitu sementara waktu. Begitu besar jasa mereka. Pasti akan dikenang sepanjang umur hidupnya.

Pemilik Hati LaraWhere stories live. Discover now