Fail dihempaskan ke meja.Serentak terangkat bahu ketiga tiga individu di depan Edriaan .Tangan disilangkan ke dada,wajahnya yang kacak berubah dingin tajam memerhati satu persatu wajah itu. Mereka bertiga merupakan orang yang bertanggungjawab di bahagian Marketing and Sales."Mr.Razif! I want your explanation!" laptop dipusingkan ke arah mereka. Draf jualan menurun, daripada bulan Jun hingga Ogos. Razif sebagai Manager sudah bermandi peluh. Tatapan tajam dari majikannya itu membuatkan bibirnya seolah olah di gam. Seminit berlalu, masih tiada jawapan. Mata Edriaan berpindah ke arah wanita yang berada di sebelah Razif. Anita Assistant Manager.
"Anita! Explain!" juga tiada jawapan, Anita hanya memandang ke lantai langsung tidak berani mengangkat wajah. Edriaan mulai fed up, kali ini dia bercekak pinggang. Pada bulan pertama jualan kasut syarikatnya menurun, dia masih berfikir positif dan menganggap adat dalam dunia perniagaan ada naik turun. Tetapi dia tidak menjangka akan berterusan sehingga 3 bulan dan jualannya semakin merudum hingga menjejaskan prestasi syarikat.
"Ka.. Kami minta maaf Tuan Edriaan. Kami ingat kami boleh cover semula selepas jualan kita drop pada bulan pertama. Tapi.." Razif akhirnya membuka mulut. Anita dan Lim sama sama berpaling ke arahnya. Mereka sedar, akan akibat yang bakal di hadapi sekiranya perkara sebenar diketahui pihak atasan. Razif membalas pandangan 2 rakan sekerjanya itu sambil mengangguk lemah.
" But what?! Straight to the point!" Edriaan merapati Razif.Wajah itu ditenung menunggu penjelasan. Dia dapat rasakan ada perkara yang disembunyikan oleh mereka bertiga. Razif menelan air liur beberapa kali sebelum bersuara.
"Sebenarnya Tuan, Miss Inara Designer from our Creative Department. Last june she resign... because of that.. We decided to hire other designer from Internet."
"What?! we?? " Kali ini suara Edriaan naik beberapa oktah.Yang membuatnya bertambah marah, keputusan yang dilakukan tidak dibincangkan kepadanya selaku Director. Edriaan mengetap bibir.
"What the hell are you guys thinking?! You hired someone from the internet without discussion?! Who's idea? and you Razif..allow this thing happen for last 3 month! very irresposible?! Siapa director company ini sekarang?!!" Suara Edriaan nyaring sehingga didengar oleh staff yang berada di luar. Mereka saling berbisik dan memandang satu sama lain.Yang pasti tiada sesiapa pun yang berani buat silap pada hari ini, jika tidak pasti menerima nasib yang sama.
"Three month.. why no one replace her ASAP?! Her assistant?" kini pandangan beralih pada Lim.Dia yang dari tadi terselamat dari disoal cuba berlagak tenang masih berani memandang ke depan tetapi bukan ke arah majikannya.
"She used to work alone..selama dia bekerja di sini dia tidak suka menunjukkan hasil designnya kepada sesiapa.Apatah lagi,ingin memberi tunjuk ajar,Tuan" jawab Lim tenang di dalam kegugupan.Sekilas pandang sahaja dia mengerakkan mata ke arah Edriaan.
"Saya minta maaf Tuan Edriaan, saya sanggup bertanggungjawab, tolong jangan pecat saya, Tuan" ucap Razif, dia sudah pun melutut di depan Edriaan. Ingin dicium kasut Edriaan, segera Edriaan menapak ke belakang.
"Stand up!" jari telunjuk Edriaan angkat memberi arahan kepada Razif untuk berdiri semula.Lambat lambat Razif bangun, matanya sudah memerah.Dia sedar akan keputusannya yang membelakangi pihak atasan akan memakan diri.Jika dia tidak membenarkan perkara ini pasti tidak berlaku. Edriaan berpaling dan menuju ke mejanya. Dia duduk menyandang cuba mengawal kemarahan yang sedang membara dalam diri.
"Both of you out! Razif stay!" tanpa menunggu lama Anita dan Lim memohon maaf terlebih dahulu kepada bosnya itu, kemudian cepat cepat mereka berdua meninggalkan Razif bersama Edriaan.Entah apa nasib yang bakal Razif terima tiada siapa tahu.Edriaan mencapai gagang telefon di atas meja, lalu ditekan satu button untuk membuat panggilan kepada PA nya. Tidak lama kemudian muncul Tuan Faris, selaku COO Guzel di muka pintu.
YOU ARE READING
Pemilik Hati Lara
RomanceSetelah kematian ayah tersayang,Lara Elena mengikut ibu saudaranya ke bandar dengan harapan untuk menyambung pelajaran. Malang menimpa apabila dia dijadikan sebagai cagaran untuk melangsaikan hutang ibu saudaranya kepada ketua gengster.