"Mama dah daftar kamu masuk sekolah baru. Esok, along akan hantar kamu sebelum dia pergi kerja. Jangan bangun lewat pula." pesan Puan Husna sambil mengusap lembut rambut panjang anak perempuannya.
Haura Arriesya hanya angguk tanda faham. "Okay, mama. Kenapa bukan mama je yang hantar?" soalnya kembali. Hm baru ingat nak mama hantar, dah kena naik dengan along pula.
"Mama kena pergi butik awal esok pagi. Ada appointment meeting dengan customer. Kalau ikutkan hari ini tapi dia minta tunda pula. Tak apalah lagi pun customer tu kawan mama juga."
"Kawan mama?"
"Iya, sayang. Aunty Suraya. Haura ingat tak dulu waktu Haura kecik lagi pernah jumpa dengan dia. Tak silap mama dia ada anak lelaki sebaya dengan Haura." jelas Puan Husna membuatkan Arriesya berfikir seketika.
Tak lama kemudian, mata Arriesi membulat. "Aunty Su?! Bila dia balik sini? Bukan dulu dia pindah Amsterdam ke?" soal Arriesya terkejut.
Puan Husna tertawa kecil. "Dah lama dah dia menetap dekat sini. Katanya sebab Uncle Farhan kena ambil alih tempat abang dia dalam syarikat keluarga."
"Amboi... apa yang rancak sangat dua beranak ni sembang? Sampai ke tangga dengar tu." tegur Encik Arif yang baru saja menuruni anak tangga dari tingkat atas.
"Ni, anak abang terkejut bila saya kata Suraya dengan Farhan dah pindah balik sini semula. Eh... esok bukan ke abang ada kena berjumpa dengan Farhan?" soal Puan Husna lalu menuangkan air teh o panas buat suaminya.
"Terima kasih." Encik Arif meneguk sedikit air panas dibuat oleh isterinya itu. "Haah. Abang ada meeting dengan syarikat dia esok pagi. Eloklah tu dah lama tak jumpa sejak-sejak abang sibuk dekat pejabat ni."
"Lah yeke? Esok pun saya ada appointment dengan Suraya dekat butik. Nanti abang jumpa dengan Farhan tu, ajaklah dia makan malam sama-sama dengan kita esok. Saya boleh masak banyak sikit. Haura tolong mama eh?" wajah anak perempuannya di renung seketika.
Arriesya senyum. "Boleh mama. Anything for you."
"Okay juga macam tu. Dah lama tak berkumpul sama-sama."
"Hah, apa? Mama dengan papa nak ajak Aunty Su dengan Uncle Han makan malam sama-sama esok?" suara anak teruna mereka berdua datang menegur. Entah dari mana muncul pun tak tahulah.
"Iya, kenapa kamu tanya? Hah, ni dari mana pula muncul? Dengan tak ada salamnya. Mama ingatkan Aeril dalam bilik tengah siapkan kerja ke apa." kata Puan Husna mengundang sengihan di bibir Aeril, anak sulung kepada Encik Arif dan Puan Husna.
"Mana ada, mama. Along baru lepas mandikan Miko dekat luar. Esok tu Uncle Farhan dengan Aunty Su aje ke mama ajak makan malam sama-sama dengan kita?" soal Aeril lalu duduk bersebelahan dengan Encik Arif.
"Mama ajak satu keluarga dia sekalilah. Tak silap mama anak perempuan sulung dia pun ada sekali dekat sini. Rasanya tengah cuti semester kot. Kenapa kamu tanya?"
"Saja tanya hehe. Mana tahu boleh berkenalan dengan anak Aunty Suraya tu. Fiera kan nama dia?"
"Haah. Syafiera Amanda. Beza empat tahun dengan kamu, maknanya umur dia dalam 21 macam tulah. Yang kamu sibuk nak kenal dengan anak Aunty Suraya kenapa? Berkenan ke?" usik Puan Husna. Kadang anak teruna dia sorang ni suka bergurau.
Aeril tersengih. "Tengok ajelah esok, mana tahu hati ni berkenan ke? Boleh mama jadikan calon menantu hahaha."
"Macam-macam jelah kamu ni. Ni lagi satu mama nak pesan, esok tolong hantar adik kamu pergi sekolah baru dia sebelum kamu pergi kerja. Mama tak sempatlah nak hantarkan sebab esok mama kena pergi butik awal."
YOU ARE READING
SU | From Hate To Love
Romantik[STAND ALONE STORY] 🌻 Tengku Faris Adrian X Haura Arriesya 🌻 Aturan dari keluarga. Perasaan dari benci menjadi sayang. Siapa sangka, satu hari dia bakal membuka hatinya yang terluka kembali menyayangi lelaki bernama Tengku Faris Adrian atau lebih...