Bab 3

107 16 0
                                    

   Fiera memasuki ke ruangan dapur dan kebetulan dia terlihat Arriesya sedang sibuk mencuci cawan dan pinggan digunakan sewaktu makan malam bersama sebentar tadi. Fiera tersenyum. Rajin anak perempuan Aunty Husna ni. Dahlah sopan, cantik pula tu. Lagi pun tadi Aunty Husna ada kata yang Arriesya ada juga tolong masak hidangan makan malam tu. Cukup package, siapa dapat jadi menantu memang untung.

"Ehem."

Arriesya segera menoleh. Terkejut melihat Fiera sedang berdiri di kitchen island sambil tersenyum ke arahnya. "Kak Syafiera? Buat apa kat dapur ni? Bila masa akak ada kat situ?"

"Panggil Fiera je tak perlu nama penuh pun. Akak saje nak jenguk tengok Haura buat apa. Akak pun kadang-kadang je teman mama akak tolong apa yang patut. Hahaha kalau tak memang akak tunggu makanan siap je. Rajin ye Haura masuk dapur." puji Fiera sambil tersengih.

Arriesya senyum. "Haura dah biasa teman mama kat dapur ni. Kadang tu kalau Haura penat sangat lepas balik sekolah, Mak Kasih pembantu rumah ni jelah jadi kawan mama dekat dapur."

"Faham. Eh, tapi sedap juga Haura masak tadi. Aunty Husna kata chicken buttermilk tu Haura buat. Betul ke?"

Arriesya senyum lagi lalu dia mengangguk kepala. "Betullah tu hahaha Haura masak biasa-biasa jelah. Tak sehebat mama. Banyak lagi kena belajar."

"Biasa apa? Sedaplah akak rasa semua masakan termasuk chicken buttermilk Haura buat. Tak perasan ke tadi Faris bukan main lagi tambah lauk tu." Fiera menjungkitkan keningnya beberapa kali. Memang tak tipu. Sedap sangat!

Arriesya tersengih malu. Memang dia perasan mamat beku tu banyak kali tambah lauk chicken buttermilk dia buat. Agaknya kalau dia tahu lauk tu aku buat, nak lagi ke dia makan?

"Lepas ni bolehlah akak belajar buat dengan Haura."

"Boleh aje Haura tak kisah pun." balasnya lalu serentak terletus tawa bersama Fiera.

Pakk!

Terhinjut bahu Arriesya terkejut akan Fiera tiba-tiba saja menepuk permukaan atas kitchen island. "Kenapa akak?" soal Arriesya pelik.

"Ni... akak masuk dapur sebab nak panggil Haura pergi ruang tamu. Aunty Husna dengan Uncle Arif suruh. Katanya ada benda nak bincang dengan Haura." beritahu Fiera lepas baru teringat pesanan Puan Husna sebentar tadi.

"Oh, iya? Okaylah Haura pergi sekarang. Jom... akak ikut sekali." kata Arriesya. Lengan Fiera dipeluk kemas. Senang betul dia mesra dengan Fiera dalam masa yang singkat.

Fiera angguk. Mereka berdua berlalu pergi menuju ke ruang tamu. Kelihatan semua ada di situ. Termasuk dengan alongnya, Aeril turut ada sekali. Nak bincang pasal apa ni? Kenapa nampak macam serius aje?

"Mama..." Arriesya duduk di sebelah Puan Husna. Fiera pula melabuhkan diri di sebelah adik lelakinya, Faris Adrian.

"Dah siap kemas dapur? Kenapa tak minta Mak Kasih je buat?" soal Puan Husna.

Arriesya senyum. "Mama tahukan Haura tak suka susahkan Mak kasih? Kalau Haura ada masa terluang, biarlah Haura tolong mama buat kerja dapur tu."

"Rajin ye Haura selalu tolong mama." giliran Puan Suraya pula memujinya. Tadi anak perempuan dia puji. Malulah makan puji je harini haha.

"Haura ni memang rajin ke dapur, Su. Kadang tu Husna dah kata biar jelah bagi Mak Kasih buat tapi dia tetap nak buat sendiri juga." kata Puan Husna dengan tertawa kecil.

"Baguslah anak dara rajin. Fiera ni pun ada masanya je tolong Su dekat dapur. Yelah dia sibuk belajar, mana nak ada masa sangat masuk ke dapur. Bila cuti semester pun kalau ada banyak assignment dia bawa balik, memang terperup jelah dalam bilik." kata Puan Suraya membuatkan Fiera tersengih malu.

Tangan Puan Husna di usap perlahan. "Tadi Kak Fiera kata mama panggil Haura ada benda nak bincang. Pasal apa, ma?" soal Arriesya.

Terus Encik Arif dan Puan Husna berpandangan. Encik Arif menganggukkan kepalanya seakan member persetujuan kepada Puan Husna. Arriesya pelik. Kenapa ni?

"Haura sayang... ingat tak dulu mama ada ceritakan pasal kiriman arwah tokma untuk Haura?"

Arriesya angguk perlahan. "Ingat tapi mama kata tunggu Haura dah besar baru mama bagitahu. Masa tu Haura baru umur 9 tahun."

Puan Husna senyum. "Betul. Mama rasa sekarang masa sesuai untuk mama bagitahu kamu, sayang. Mama tak paksa Haura untuk terima. Haura boleh fikir dulu baru Haura bagitahu mama dengan papa."

"Bagitahu apa, ma?" soal Arriesya pelik. Aish... mama ni janganlah buat aku takut. Dengar semacam je permintaan ni.

"Haura tahukan keluarga kita dah lama kenal dengan keluarga Uncle Farhan. Sejak sebelum arwah tokma meninggal lagi. Sebenarnya berat juga mama nak bagitahu Haura tentang permintaan arwah tokma. Tapi ni kira amanah buat mama dan papa. Termasuk Uncle Farhan dan Aunty Suraya juga." jelas Puan Husna bertambah Arriesya rasa pelik.

"Mama, papa... cuba bagitahu terus dekat Haura apa permintaan arwah tokma tu? Janganlah buat Haura takut." Arriesya pandang wajah kedua ibu bapanya silih berganti.

"Arwah tokma nak papa dan mama satukan Haura dengan Faris. Kalau boleh buat masa sekarang, bertunang dulu pun tak apa. Soal nikah bila tu kami boleh tunggu sampai Haura dan Faris sudah bersedia. Tapi macam apa yang mama cakap tadi, kami semua tak paksa pun untuk Haura terima cumanya ni permintaan dari arwah tokma sendiri." jelas Encik Arif hampir membuatkan Arriesya tersekat untuk bernafas.

Bertunang?!

Dengan Tengku Faris Adrian ni?

Oh Tuhan... tolonglah kata aku salah dengar sekarang ni.

Melihat riak wajah tenang Faris membuatkan lagi Arriesya rasa seakan lelaki itu pasti sudah tahu tentang hal ini. Kenapa dia boleh tenang? Tak... maksud aku kalau dia tak setuju dengan semua ni kenapa dia tak nak bantah? Dia bukannya suka aku pun!

"Haura..." seru Puan Suraya. Arriesya berpaling melihat ke arahnya. Puan Suraya mengukir senyuman. Dia tahu gadis itu terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Encik Arif tadi.

"Aunty kalau boleh harap sangat Haura terima. Tapi ini soal masa depan Haura, kalau Haura tak terima pun tak apa. Aunty dengan Uncle Farhan tak mahu paksa Haura untuk terima dengan hati tak rela. Pasal ni, Aunty Su dan Uncle Farhan dah bincang dengan Faris. Dia ikut saja keputusan dari kami. Dan sekarang kami cuma tunggu jawapan dari Haura je." jelas Puan Suraya. Memang betul awal lagi dia dan suami sudah bincang dengan anak terunanya itu. Faris tidak segera membantah tetapi dia lebih menghormati keputusan kedua ibu bapanya.

Arriesya diam tak bersuara. Semua orang di ruang tamu itu turut menyepi. Menanti jawapan dari Haura Arriesya sendiri.

"Adik..." tegur Aeril. Semua orang tengah tunggu, dia boleh diam pula.

"Seminggu." balas Arriesya setelah lama mendiamkan diri. Dia pandang satu per satu wajah mereka semua termasuk Faris Adrian.

"Bagi Haura masa seminggu untuk fikir. Haura minta diri dulu." Arriesya tersenyum nipis sebelum berlalu keluar ke halaman rumah. Air matanya cuba ditahan sebaik mungkin.

Faris pandang pemergian gadis itu. Dia nangis ke?

"Pergilah teman dia." bisik Fiera ditelinga adiknya.

"Hah? Apahal pula?" soal Faris turut secara berbisik.

Fiera mencubit pinggang Faris dan hampir membuatkan adik lelakinya itu menjerit sakit. Faris merenung tajam ke arah kakaknya.

"Just go!" Fiera menjegilkan matanya. Degil pula adik aku sorang ni.

Faris mengeluh berat. Haish... macam-macamlah kakak aku ni. "Mama, babah... Faris keluar kejap." pinta Faris lalu dia berjalan keluar menuju ke halaman rumah.

"Kita tak terburu-buru ke?" soal Puan Husna perlahan.

"Tak apa... kita tunggu aje dulu bagi masa buat Haura. Su pasti dia faham dan terima dengan ikhlas hati." balas Puan Suraya cuba tenangkan isi hati semua orang.

SU | From Hate To LoveWhere stories live. Discover now