Seduction | 39

5.2K 350 21
                                    

MULUTNYA terkunci. Matanya galak memerhatikan satu per satu gambar yang diletakkan penyiasat upahan Hans Iskandar. Gambar yang kembali buka setiap satu luka yang masih berparut.

Sampai satu tahap, matanya diangkat ke langit. Dia tak mampu pandang lagi gambar-gambar itu. Satu per satu.

"Sampaikan gambar-gambar ni pada Tengku Fadira." Arah Amanda pendek. Putusnya.

Hari ini genap dua bulan dia melayari bahtera indah sebagai suami isteri bersama lelaki bernama Megat Daniel. Bila dia katakan indah, dia maksudkan seluruh makna indah didalam dunia.

Namun, semua yang ada permulaan harus ada pengakhiran. Cepat atau lambat, pengakhiran tetap ada. Kini, Amanda mula ukir satu pengakhiran buat mereka. Pengakhiran yang dia impikan. Pengakhiran yang akan menghancurkan sekeping hati Megat Daniel dan memusnahkan keharmonian keluarga bahagia lelaki itu.

Amanda sudah habis fikir, dan bila tiba sahaja gambar-gambar itu di tangan Tengku Fadira, Amanda harus bersiap untuk segala-galanya.

Bersiap untuk keadilan buat mama dan papa.

Bersiap untuk Tengku Fadira.

Bersiap untuk Megat Darrius.

Dan bersiap untuk Megat Daniel.

Saban malam dia memikirkan hal ini, dia tak mahu ambil masa lebih lama. Apa yang sudah berlaku juga sudah agak lama waktu yang dia ambil. Dia mahu akhiri apa yang dia rancangkan sebelum hatinya jadi makin berat.

Wajah Megat Daniel muncul.

Nafas dihela berat.

Dalam sesuatu hal yang manusia buat, sama ada yang baik atau yang buruk buat mereka pasti ada 'risiko' yang mereka harus hadapi. Perkahwinan Amanda dan Daniel adalah 'risiko' yang paling besar.

"Baik Cik Amanda." Jawab lelaki itu tenang.

Kemudian, isi didalam sampul kedua pula Amanda tatap kosong. Didalam itu ada semua bukti kelakuan Emylia Rose terhadapnya. Satu per satu, dari rakaman CCTV Emylia Rose masuk ke kawasan kondominium dan meletakkan sejambak mawar hitam dan tulip merah di pagar rumahnya. Dia sendiri tak faham kenapa dengan segala kebodohan yang wanita itu ada, dia terfikir untuk buat semuanya sendiri.

Kemudian, gambar Emylia Rose berjumpa dengan si pengambil gambar yang bertanggungjawab menyebarkan gambar Amanda dan Daniel di Galeri Generik, sehinggalah ke rakaman Amanda hampir disimbah asid di lobi kondominiumnya sendiri.

Bila difikirkan, banyak rupanya yang telah dilakukan Emylia Rose tanpa Amanda sedar. Termasuk Emylia Rose menyerang dia di KLCC sehingga lengannya terluka dicengkam wanita itu.
Entah kenapa, Amanda masih berlembut hati dan memilih untuk kekal diamkan diri.

Sebulan lalu, dia terima berita kematian Wazir dari Hans Iskandar selepas satu bulan hari kematian Wazir. Kematian itu sangat mengejutkan dia namun ada seribu rasa syukur yang dia taruhkan. Satu bebanannya hilang. Dalam banyak-banyak manusia didalam dunia, Wazir adalah manusia yang paling dia takuti. Masa remajanya hancur kerana trauma yang Wazir beri.

Menurut Hans, Wazir mati akibat kebakaran. Dia dibakar, bukan terbakar tanpa sengaja. Bila memikirkannya, Amanda jadi gerun. Dia ada tanya Hans apa punca dan siapa dalangnya. Kata Hans, lelaki macam Wazir itu tak pelik untuk mati dalam keadaan begitu. Dia lelaki jahat, berjudi sana sini, tak mustahil ramai orang-orang jahat menanti dia di luar untuk balas dendam kepada lelaki itu.

Sejak kematian Wazir juga, Amanda sudah tidak dengar apa-apa khabar tentang Emylia Rose. Malah, laman sosial media miliknya juga telah dinyah aktifkan.

"Yang ini, biar aku simpan dulu." Amanda masukkan kembali isi-isi sampul yang kedua ke dalam sampul itu. Selama semuanya aman seperti sekarang, dia tak mahu ada apa-apa kaitan dengan Emylia Rose langsung. Namun, jangan bagi dia sebab untuk ambil tahu. Jika Emylia Rose fikir dirinya cukup jahat, Amanda Vierra boleh jadi seribu kali lebih jahat dari Emylia Rose.

Book 4 : SeductionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang