Bab 1 ( new version )

29 5 3
                                    

Ezra hanya mendengar pembaca berita menyampaikan berita pagi namun itu bukan fokusnya pada ketika ini. Pandangan kosong diberi kepada sarapan pagi yang dihidang oleh beberapa pembantu rumahnya.

Punggung dilabuh atas salah satu kerusi meja makan. Tangan mencapai sudu dan garpu sebelum menyuap sarapan ke dalam mulutnya sambil membaca emel-emel yang tidak sempat dia balas dari tablet.

Mata turun ke jam tangannya. 7:18 a.m. Ezra lantas bangkit untuk bersiap ke tempat kerja. Kakinya terus mengorak langkah ke bilik mandi.

"Mr. Zed, a student at Harvad University, developed ChronoGate, the first ever time travel technology, in late 2023. He also received a lot of admiration and comments from many prominent scientists throughout the world for his successful major endeavor and he-"

Usai membersihkan diri, Ezra menekan punat merah pada kawalan jauh untuk mematikan televisyen. Butang baju dikancing sehingga ke butang yang terakhir. Pagi yang muram, seperti pagi-pagi yang lepas.

Jiwa yang lemah tidak berdaya setiap hari walhal dia dahulunya seorang yang ceria, itulah Ezra.

Ramai menyangka bahawa dia seorang yang dingin dan jarang berbicara. Namun semua itu hanyalah topeng untuk lelaki ini meneruskan hidupnya yang menyedihkan.

Telefon berdering, lantas Ezra mengangkat panggilan tersebut.

"Yes?"

"Encik Ezra, Ada perubahan sikit pagi ni. Meeting dengan pihak pengurusan dijadualkan pagi ni, dan ada mesyuarat eksekutif pada Rabu petang." kata setiausaha Ezra, Killian dengan tenang.

Tenanglah dia hari ini tak perlu berdepan dengan bossnya yang dingin itu.

"Alright, thank you. Bagitahu aku kalau ada perubahan lagi." jawab Ezra dengan perlahan.

"Baik, Encik Ezra."

Killian menghembus nafas lega apabila Ezra menamatkan panggilan mereka dulu. Tetapi dia masih tidak senang hati walaupun hari ini hari cutinya.

"GOOD morning, kita mulakan dengan meninjau prestasi kita sepanjang tahun 2023 yang lepas." Ezra memulakan mesyuarat dengan profesional.

"So, Bianna, How's the overall situation?"

"Our performance for the last year is positive. Our income growth recorded sebanyak 10% berbanding suku sebelumnya. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan kos operasi yang sedikit melebihi ramalan kita." jawab Bianna tenang.

"Good. Macam mana dengan prestasi dalam pasaran domestik dan antarabangsa?"

Ezra memandang wajah Nathan. Nathan dan Bianna ialah pekerjanya yang dia percayai dan mereka juga sudah berkhidmat dengannya lebih daripada 10 tahun.

"Pasaran domestik berjalan baik dengan peningkatan jualan produk utama kita. Tapi, pasaran antarabangsa sedang menghadapi cabaran from currency fluctuations yang memberi kesan negatif pada pendapatan kita di beberapa kawasan." jawab Nathan serius. Ezra menganguk faham dengan masalah tersebut.

Dia kemudian memandang wajah yang tidak biasa dia lihat selama ini. Ezra jeling tag nama pekerja tersebut, 'Robert'. Mungkin pekerja baru.

"So Robert, what steps are being done to overcome the challenge?" tanya Ezra. Nada sengaja dibuat dingin kerana tangan Pengurus Kewangan baru itu mengigil takut, bibirnya juga pucat.

"K-kami sedang meneliti strategi pengurusan risiko mata wang yang lebih effective dan mempertimbangkan price adjustment dalam beberapa kawasan tertentu." dalam tidak sangka Robert berjaya menjawab soalan Ezra dengan lancar dan tepat walaupun sedikit gagap.

Bloom in the JulyWhere stories live. Discover now