Ezra Lance
43 years old
6'1 ft.
Hunter mengangkat Ean supaya anak itu nampak keadaan Ezra yang terlentang suram diatas katil hospital. Pelbagai tiub dan wayar bersambung ke kepala dan mulutnya. Sebelah kakinya digantung tinggi supaya tegang dan lurus.
Keith juga tiada anginnya untuk bergurau setelah keadaan Ezra yang serius seperti tamparan hebat baginya.
Doktor mengatakan bahawa Ezra mungkin koma dalam jangka yang panjang kerana cedera parahnya dikepala. Juga kemungkinan kaki sebelahnya tidak lagi boleh digunakan.
"Kau...tak rasa pelik ke, Hunt?" wajah kawannya yang kosong dipandang sekilas. Pertanyaan itu spontan keluar dari mulutnya, dia juga tidak tahu sebabnya melainkan hati mengatakan ada sesuatu yang pelik berlaku.
"Pelik?" tanya Hunter lemah, letih, lesu kerana setiap hari dalam seminggu ini, dia berulang-alik dari Hospital Zhang Serenity dan Hospital Helisinki.
"Tak ada apa lah. Jom, Ean. Uncle bawa jalan-jalan." Ean bertukar tangan, budak itu juga takut untuk bersuara bila Uncle Kei nya diam semacam.
"Nak pergi mana?"
"Tengok awek." Hunter hanya mengeleng kepalanya sambil menghantar mereka keluar dengan hujung mata. Apalah si beruk tu nak ajar anak aku...
"Berita tergempar, Ezra Lance, CEO kepada syarikat Lanzor Corp, sebuah syarikat teknologi terkemuka yang terkenal dengan inovasi dalam kecerdasan buatan ataupun AI, kini didapati dalam keadaan koma selepas kemalangan kereta yang serius melibatkan 6 buah kereta serta sebuah trak treler terbabas tengah malam tadi. Lembaga pengarah akan mengadakan perbincangan mengenai masa depan Lanzor Corp sambil berharap Encik Ezra Lance akan sedar dalam masa yang terdekat."
Hunter ketawa kecil setelah berita itu bertukar topik. Matanya naik memandang wajah lesu Ezra. Keluhan berat dihela sebelum dia duduk bersandar pada kerusi disebelah katil Ezra.
"Who will look after your company from now on, idiot?" bisik Hunter sambil matanya pada wajah sahabatnya selama 30 tahun.
"Aku dah cakap jangan rebut dengan diaorang. Susah aku nak buat kerja kalau kau degil macam ni, Ez." perlahan, hampir seperti bisikkan lembut bilamana Hunter bertutur seorang diri. Berharap Ezra sedang mendengar.
"Kalau kau dapat syarikat tu pun, Mae tak akan hidup balik. Semua yang jadi tak akan berubah, walau sekalipun kau boleh putarkan masa. Wake up, Ez."
Wake up, Ez.
Suara Hunter bergema.
**
"Ean, Ean tak kesian ke dekat Uncle Eja?" lelehan ais krim dipipi Ean dilap lembut dengan ibu jarinya. Memang setiap kali dengan Uncle Kei je dapat ais krim, mama papa Ean tak kasi.
"Tak kesian." jawab Ean selamba. Ais krim Keith dijeling, masih banyak. Ean berniat mahu memiliki ais krim yang berada ditangan pakcik tua itu.
"Kenapa? Uncle Eja dalam koma tau? Serius, cedera parah lagi." tanya Keith pelik. Apasal anak Hunter ni hati kering sangat?
"Dulu, Ean tanya Uncle Eja kalau Uncle Eja esi- eki- eski-" tersekat-sekat Ean mahu menyambung ayatnya, namun dibantu oleh guru tidak berbayarnya, Uncle Kei.
"Eksiden."
"Ha! Ean tanya kalau Uncle Eja eksiden, Ean kena kesiankan Uncle Eja ke? Yelah, Uncle Eja bukan macam papa. Papa ada mama, Uncle Kei ada aunty yang gedik tu tapi Uncle Eja sorang-sorang." Keith angkat sebelah keningnya, pelik. Selalu Ean ni dah nangis dulu sebelum budak lain. Katanya kesian, mesti sakit.