Bab 5

16 5 21
                                    

Telefon berdering lantas Ezra capai untuk jawab panggilan tersebut. Tidak dia hiraukan pemuda dibelakangnya yang sedang memerhati.

"Apa?"

"Isteri aku dah sarat. Jenguklah dia sebelum dia masuk bilik bersalin. Lepas tu aku nak minta tolong Keith bawa Ean balik, kejap lagi dia tak boleh masuk sekali dengan aku dalam labor room." suara Hunter disebalik panggilan kedengaran gugup. Ini kali kedua sahabatnya itu menjadi bapa, namun kegelisahannya tetap sama seperti kali pertama.

"Ya, aku datang. Nanti aku call Keith sekali." setelah dapat respon dari Hunter, Ezra terus bangkit dari duduknya. Meninggalkan Zed berseorangan. Dia kesuntukkan masa untuk menjelaskan situasi sekarang.

**

Ezra membuang pandangannya keluar tingkap. Mindanya yang kosong, kembali kepada perbualannya dengan Zed. Baru saja tadi, pemandunya berikan sebuah kotak berwarna hitam. Pemberinya ialah Zed, dan sudah tentulah isinya adalah sesuatu yang berteknologi tinggi.

Benar telahannya, ChronoGate. Berbentuk jam randik antik berwarna emas kusam. Jarum jamnya tidak teratur, manakala nombor-nombor tersebut tidak lengkap. Hanya ada 1, 9, 9 dan 9.

1999.

Kening Ezra berkerut, ligat berfikir apakah maksud disebalik nombor berkenaan. Sudah semestinya bukan jam randik biasa, tetapi sebuah mesin masa.

Kepala sudah berat, Ezra menolak tepi kotak dan jam tersebut sebelum mencapai sebuah buku kecil.

For The Moon.

Bagaikan rutin harian, dia akan selalu menyelak satu persatu muka surat jika jiwa rindu akan seseorang. Buku yang penuh dengan puisi buat seseorang istimewa itu, sedikit sebanyak menyembuhkan sebahagian daripada jiwa Ezra yang sudah lama terluka.

Jari berhenti menyelak, satu muka surat yang dapat menarik perhatian Ezra untuk membaca puisi tersebut. Hujung bibir terjungkit, menghasilkan senyuman kecil.

In the twilight’s soft embrace, a secret love I came to find,
Her words etched in the silent air, a confession not mine.

Each verse a dagger through my heart, a bittersweet plea,
For another, her love confessed, while I longed in vain.

The words she penned, a melody of love for someone else,
A harmony I yearned to hear, but fate’s cruel trick.

My soul like a tempest within, silently tearing apart,
As the lines she wove for another echoed in the night’s dark heart.

- F.

Seakan sehati dan sejiwa dengan penulis buku ini. Apa yang terasa, buku ini seperti tahu.

Tiba-tiba sebuah treler yang menuju betul-betul dihadapan mereka, memecut. Pemandu peribadi Ezra lantas mengelak, namun kereta mereka terbabas apabila berlanggar dengan kereta dari arah berlainan.

Kepala Ezra sudah berlumuran darah akibat terhantuk, kakinya juga tertusuk besi kereta. Dengan posisinya yang terlentang, matanya lemah memandang langit biru yang cerah tanpa awan.

Kepalanya berpinar, hampir hilang kesedarannya. Nafas menjadi singkat. Baju kemajanya yang berwarna putih menjadi merah dengan darahnya sendiri.

Kepala Ezra jatuh ke sisi, matanya berat, badannya lemah selemah-lemahnya. Sebelum mata Ezra tertutup, perkara terakhir yang dilihat adalah...

Jam randik itu pecah, hancur.

**

Hunter meraup mukanya kasar. Baru saja sebentar tadi dia diberitahu oleh pihak Hospital Helisinki bahawa Ezra terbabit dalam kemalangan serius. Kecederaannya melibatkan cedera kepala traumatik yang menyebabkan ada kemungkinan Ezra untuk koma.

Yang membuatkan hal ini lebih sukar untuk diselesaikan, dia juga mempunyai seorang isteri yang bakal melahirkan anak-anaknya.

Buntu, kedua-dua insan yang sedang bertarung nyawa itu sangat penting dalam hidupnya. Tidakkah isterinya kecil hati kerana dia tidak berada disisi si bini? Tidakkah Ezra kecewa kerana dia tidak berada disisi si sahabat?

"Baby..."

"Hunt, saya faham. Awak suka layan saya macam saya ni manja sangat. Saya tahu awak buntu sekarang..." tangan suaminya digamit lembut. Termengah-mengah mencari nafas semasa kontraksi.

"Saya faham, hm? Awak selalu ada dengan saya, jadi apa salahnya kalau awak jenguk Ezra sekejap? Pergilah, bawa Ean sekali. Nanti dah selesai everything, jumpa saya dengan anak-anak awak dekat sini." bisik si isteri lembut.

Jeda.

Hunter diam sambil mendengar bait kata isterinya yang lemah lembut lagi memujuk. Fikir otaknya, dia ingin segera pergi ke Ezra. Namun sebaliknya bagi si hati, dia mahu tetap disini, bersama wanita yang bergelar isterinya.

"Aku akan pergi, tapi lepas aku hantar kau masuk bilik bersalin. Okay?" noktah. Hunter tekad mahu temani si bini sampai ke depan pintu bilik bersalin. Paling kurang, disitu.

"Mana Ezra?!! Sapphire manaa??!" Keith datang terus membuat onar hinggakan jururawat meminta lelaki itu untuk merendahkan suara. Kebanyakkannya ibu-ibu mengandung tidak gemarkan bunyi bising. Lebih-lebih lagi beruk seperti Keith.

"Bini aku sini, Ezra dekat Helisinki." jawab Hunter kusut dengan perangai tidak senonoh Keith.

Belum sempat lelaki berbangsa finnish itu mahu duduk, Hunter dengan pantas menahannya.

"Apa raba-raba ni?" Keith menjauh dari Hunter sambil tangannya menutup tempat yang kawannya sentuh.

"Hotak kau. Aku nak minta kau ambil Ean dekat playroom sana. Kau bawalah dia ke mana-mana dulu sebelum aku hantar isteri aku masuk bilik bersalin." mendengar bait kata Hunter, Keith mengeluh. Nasib sayang.

Keith bangkit dari duduk dan terus menuju ke bilik main berdekatan. Dari jauh sudah dengar tawa besar Stellan, anak sulung Hunter.

"Ean, jom Uncle Kei bawa pergi jalan-jalan!" dengan sekali ajak, Ean terus turun dari gelongsor berwarna merah dan lari ke arah Keith.

"Mommy dah beranak ke?" tanya si cilik.

"Belum, Champ. Mommy Ean tengah goyang kaki atas katil. Daddy Ean pula jadi kuli, tolong urut kaki Mommy Ean." jawab si bujang tua tanpa rasa bersalah.

"Kuli tu apa?"

"Banyak tanya pula. Tak payah tahu, Ean tu kecil lagi. Belajar eja 'telekomunikasi' dulu baru uncle terangkan." peluh Ean dikesat dengan lembut oleh Keith. Dilayan seperti anak sendiri.

"T. E. L. I-"

"Salah!" pecah ketawa besar Keith. Suka menyakat Ean yang tidak pernah mahu mengalah.

"Uncle ni! Bagilah Ean masa nak fikir!"

"Lambat, uncle nak beli ais krim. Ean lambat, uncle tak belikan ais krim untuk Ean." Keith melajukan langkahnya supaya Ean jauh ketinggalan.

"Ean cepatlah ni!! Tunggulah Ean, uncle!" kakinya yang pendek sedaya upaya mengejar Keith yang sudah jauh. Dasar pakcik bujang tua.

Bloom in the JulyWhere stories live. Discover now