Bab 7

11 3 9
                                    

Wake up, Ez.

Mata terbuka luas, nafasnya termengah-mengah dan berpeluh seperti dikejar seseorang. Ezra lantas bangkit dari baringnya, kepala menoleh kekiri dan kanan, mencari sosok manusia. Namun tiada. Malah suasana lebih senyap dari perpustakaan. Pelik, sungguh pelik.

Dia kemudiannya berdiri sebelum mencabut jarum ditangannya. Kakinya berfungsi dengan sempurna malah lebih elok dari sebelumnya. Ruangan kosong itu dia lantas tinggalkan untuk ke luar. Mungkin manusia lain berada diluar.

Tiada.

Dengan perasaan yang gelisah, Ezra membawa langkah keluar dari hospital itu. Sempat dia menjeling rekabentuk hospital tersebut. Hospital Helisinki nampak begitu baharu, seperti baru dibina.

Tetapi fikirannya masih ligat memikir dimana semua orang pergi. Adakah perang dunia ke-3 telah berlaku? Adakah virus pelik melanda bandar Helisinki semasa ketidaksedaraannya? Atau adakah semua telah diusir kecualinya?

Tidak logik. Semua tekaannya tidak logik.

"Aku dah mati?" soalan pertama yang meluncur keluar dari mulut Ezra. Separuh jiwanya hancur manakala separuh lagi berharap bahawa tekaannya benar.

Dia ketawa perlahan sambil dibawa kakinya tanpa halatuju. Dalam cuaca yang sejuk, tanpa jaket dan hanya berpakaian selapis. Dia tidak kira semua itu. Fikirnya ini mimpi atau dia memang sudah bertemu ajal.

"Mati?" jalan batu bata dipandang lemah, semangatnya hampir seluruhnya hilang. Memerlukan kekuatannya banyak untuknya memanggung kepala. Matanya automatik terpandang ke arah bangunan yang gah dibina ditengah bandar Helisinki. Bangunan lain seperti bangunan lama, tetapi kelihatan baru.

Helisinki Cathedral.

Gereja yang mengingatkannya kepada seseorang.

"Kalau aku nak kahwin, aku nak kahwin dekat sini. Lepas tu, buat majlis besar-besaran bagi semua orang tahu yang aku dah kahwin dan aku kahwin dekat gereja paling terkenal dekat Finlad." dengan teruja Darlene menceritakan impiannya bila mahu berkahwin. Ezra tidak lari dengan perasaan tidak enak dan cemburu. Risau, risau bukan dia yang akan naik pelamin bersama Mae nanti.

"Untungnya future husband kau, Mae." katanya bagi menceriakan suasana.

"Kan? Untungnya kau!" seraya itu telinga dan pipi Ezra memerah, tidak menyangka yang gadis itu akan berkata demikian.

Lantas kakinya dibawa ke gereja itu. Tidak tahu mengapa, dia hanya mengikut kehendak hati. Masih tiada seorang pun disini, hanya dia. Mengapa tuhan mengujinya begini, dia juga ingin tahu. Kalau benar ajalnya sudah tiba, kenapa tidak cabut saja nyawanya? Kenapa biar dia berlegar sendiri begini seperti roh yang tidak tenang?

Sesampai di gereja, Ezra duduk dikerusi paling belakang. Tiada tujuan, hanya mahu duduk disini sementara. Tempat yang strategik, tiada orang malah kosong, masih mengganggu mindanya.

"Aku dah mati? Atau aku diberi peluang kedua? Atau ini balasan atas kesilapan yang aku buat dulu?" 

Jeda. Dalam diam dia berharap bahawa akan ada seseorang menjawab soalannya.

"Aku cuba..." air mata yang jatuh lantas ditepis kasar. Segala emosi bercampur-baur dalam dirinya. Amarah, kecewa, bingung dan takut.

"Aku cuba sedaya upaya aku untuk perbaiki kesilapan lama aku, aku tak pernah kisah pasal diri aku sama ada aku baik-baik je atau tak, yang aku kisah adalah untuk betulkan apa yang salah. Keadilan yang aku cuba capai selama aku hidup tanpa dia, memang mustahil..." dadanya sesak, suara menjadi serak dek menahan tangisan dan perasaan yang melimpah ruah.

"Tapi aku tetap cuba. Salahkah? Salahkah usaha aku selama ni?" Ezra bertanya kepada sesiapa yang mendengar, tetapi lebih kepada dirinya sendiri.

Akhirnya dia jatuh dalam lautan tangisan sendiri, tersedu-sedan mengeluarkan semua yang tersirat didalam hatinya. Jikalau ini denda terhadap perbuatannya, dia terima. Tapi bagaimanakah usahanya? Adakah usahanya masih belum cukup untuk memperbetulkan semuanya?

**

Masih tiada manusia menemaninya, dia hampir gila memikirkan tentang ini. Halatujunya juga dibawa entah kemana dia tidak sedar atau tahu, hanya firasatnya tahu. Ezra mula fikir ini takdirnya untuk hidup selamanya dibandar kosong ini. Mungkin dia lebih sesuai hidup sendiri dari hidup menyusahkan orang sekeliling.

Tiba-tiba ada satu kafe yang menyinari suasana bandar muram yang tanpa manusia itu. Tanpa berfikir panjang, kakinya mengorak langkah ke sana. Harapannya kembali menyala, berharap ini bukan jenis bentuk balasan kepadanya, tetapi mimpi.

Verse & Espresso: A Poet's Haven.

"Ab?" bohonglah kalau dia tidak kenal empunya nama kafe itu. Tidak sangka kafe Ab menjadi penyelamatnya. Namun masih pelik, persekitaraannya masih...lain dan tidak sama sekali dengan sebelum ini. Ab dah pindah kesini? Banyak soalan bermain dikepala Ezra. Hampir pecah kepalanya berfikir.

Selangkah kakinya masuk ke dalam ruangan kafe itu, sekali lagi panggilan nama Abraham dilaung kuat. Kosong, namun semua alat elektronik seperti kipas, lampu dan mesin kopi terpasang. Jikalau tiada seorang pun di dalam ini, memang tidak masuk akal kerana kedai yang lain memang suram dan gelap. Tidak seperti kafe ini yang terang-benderang.

"Ab!"

"Kyllä? Mitä voin auttaa?" Yes? What can i help you? Seorang lelaki dalam lingkungan 40-an keluar dari dapur dengan berpakaian kemeja-t bercorak kotak. Bukan Abraham, tapi mungkin salah seorang pekerjanya. Elemen dalaman kafe itu tidak jauh berubah, kafe Abaraham memang mengekalkan elemen tahun 90-an yang antik dan unik.

"Um...saya cari Abraham. Dia ada?" tanya Ezra lemah, jauh juga perjalanannya dari hospital ke sini, kira-kira puluhan kilometer. Tanpa dipelawa, dia mengambil tempat duduk dihadapan kaunter bar.

"Miguel? Abraham Miguel?"  lelaki tua itu bertanya, mengambil kepastian darinya.

Ezra angguk sekali, tenaganya untuk bercakap merudum dengan mendadak.

"Miguel! Sinulla on vieras!"  Miguel! You have a guest! Laung lelaki itu kuat sambil mengelap cawan-cawan berbentuk awan dengan kain putih. Selang beberapa saat ada seorang remaja berlari anak masuk ke dalam kafe melalui pintu belakang. Abraham diusia muda? Apa lagi yang sedang berlaku...dia buntu.

"Ab?" lelaki muda itu mengangkat kedua kening.

"Siapa...Oh!! Kau yang tertinggal barang tempoh hari kan?" Ezra jatuh dalam kebingungan, hampir hilang akalnya berfikir.

"Barang?"

"Ya, barang. Jam randik, kan? Jap aku pergi ambil." hanya keluhan keluar dari mulut Ezra setelah Abraham pergi mengambil 'barang'nya. Dia benar-benar buntu, hampir saja dia mahu menangis. Dalam beberapa minit, lelaki muda itu kembali dengan jam randik ditangannya.

"Nah barang-" senyuman Abraham meluntur setelah dia melihat Ezra menangis dengan sepenuh hatinya. Abraham mula mendekati Ezra sebelum menarik lelaki itu dalam pelukkannya. Dia barusan belajar dari seseorang. Kalau seseorang itu menangis tanpa sebab, mungkin satu-satunya yang diperlukan adalah pelukkan hangat. Lagi-lagi dengan cuaca mereka yang sejuk.

"Its fine, dude. Let it all out."

**

Hidungnya perit dek menangis selama yang dia mampu. Ezra melangkah keluar dari kafe tersebut dan bandar Helisinki terisi dengan manusia. Dia terpegun sebentar. Ini bukan suasana bandar semasa dia datang tadi. Pandangannya lantas turun ke tangan yang memegang jam randik.

Jam randik atau namanya...ChronoGate. Pecah. Jam randik itu pecah. Dengan spontan, Ezra memandang sekeliling.

Hospital Helisinki baru dibina, Abraham muda, rekabentuk bangunan yang antik dan...

Ezra terpandang wajahnya dikaca cermin dan mukanya...kelihatan muda.

Dia dengan cepat memberhentikan seseorang yang sedang berjalan melintasinya, genggaman pada lengan lelaki itu erat. Adakah tekaannya kali ini benar?

"Maaf, sekarang tahun berapa? Bulan berapa?"

"24 Desember 1999."

Bloom in the JulyWhere stories live. Discover now