Bab 4

14 5 15
                                    

"Explain to me from A to Z. Now, Zed."

Nada Ezra terus berubah tegas setelah kelibat Zed menyapa korneanya. Zed mengeluh berat sebelum mengambil tempat bertentangan dengan Ezra. Tak sabar-sabar, sudahlah dia baru saja turun dari penerbangan yang hampir 10 jam lamanya, setelah itu mencari kafe yang Ezra pilih pun sudah mengambil masa setengah jam. Orang tua memang tidak kenal apa itu sabar.

"Sabar lah, bagi aku bernafas kejap. Penat aku duduk dalam flight, sampai-sampai dah malam. Dengan tak makannya." wajah Ezra dipandang malas. Aura dinginnya langsung tidak menggerunkan Zed. 

"Aku set tempat dalam airport pun, kira baik dah." Ezra berpeluk tubuh, memberi masa kepada jejaka muda itu.

"So Chronogate, ada avantages and disadvantages dia yang kau memang perlu tahu. Aku buat teknologi ni, dalam aku punya jadual yang pack so aku harap kau faham kenapa dia tak perfect." ujar Zed dengan tenang bagaikan Ezra tidak bersikap dingin dengannya.

"Aku tak rasa aku suruh kau datang jumpa aku untuk bagi alasan. Aku nak kau terangkan pada aku how to use that damn thing." balas Ezra pedas, sekaligus menutup rapat mulut Zed yang becok.

"Janganlah marah, aku cakap je supya kau tak bebel dekat aku side effect dia lepas kau guna."

"Side effect?" alis kening terjungkit sebelah. Wajah Zed dipandang lama, menunggu jawapan darinya.

"Kau jangan fikir bukan-bukan." nafi Zed senada.

"Then explain. Aku tak ada masa nak main teka-teki dengan kau." tidak berkelip Ezra memandang tepat kearah mata Zed. 

"Fine. Chronogate ada pantang larangnya sebab dia belum sempurna dan kau desak aku-  but anyway, kau tak boleh pecahkan atau rosakkan jam tu-" Ezra lantas memotong penerangan kerana keliru.

"Jam?"

"Ya, jam. Mesin masa tu bentuk jam randik vintaj," Zed mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mencari gambar alat mesin masa yang dicipta olehnya selama beberapa tahun. Skrin telefon dihala kearah Ezra, lelaki itu hanya meneliti gambar tersebut tanpa riaksi. Tapi sejujurnya, dia kagum dengan kebolehan anak muda seperti Zed.

"Kalau kau nak mesin masa besar macam dalam cerita Avengers tu, kau kena bagi aku banyak modal sikit." bodek Zed dengan bersahaja. Dengan riaksi Ezra yang tidak berubah, Zed meneruskan penerangannya.

"Jangan bagi pecah dan rosak. Itu je pantang larang dia yang kau kena elak kalau kau tak nak terkurung dalam masa lampau atau rentas masa tanpa kesedaran kau." terang Zed serius sebelum menyelup telefon miliknya masuk kembali ke dalam poket.

"Tak faham." ujar Ezra selamba. Zed mengeluh kasar.

"Kalau kau rosakkan jam tu, kau akan accidentally go back to past and stuck there. Forever, that you have to grow old again. Faham? Haih budak kecil lagi cepat faham dari kau." kutuk Zed secara terang-terangan kerana untuk apa dia takutkan Ezra? Lelaki itu perlukannya Eternime dan Chronogate. Tanpa Zed, siapa yang akan mengakses teknologi-teknologi khas itu?

"Lagi?" tanya Ezra tenang. Tidak terkesan dengan kutukan lelaki muda itu. Dia tak salah, siapa yang beri penjelasan seperti kucing mengiau?

Ting!

Ezra menerima satu pesanan dari seseorang.

Dia lantas bangun dari duduk lalu beredar meninggalkan Zed bersendirian tanpa sepatah kata seperti, 'nanti sambung'.

Zed jungkit bahu, malas memikirkan masalah Ezra walhal masalahnya lebih banyak. Tangan diangkat tinggi keatas, memanggil pelayan yang sedang mengelap meja dihadapannya.

Bloom in the JulyWhere stories live. Discover now