Bab 2

16 4 0
                                    

Ezra berjalan sendiri untuk kembali ke pejabat. Awan hitam melindungi matahari dari terus bersinar, membawa petanda hujan akan turun sebelum ia kembali bersinar. Seperti cahaya kehidupan Ezra yang kini masih dilindung oleh masa lalunya.

Tetapi, cepat atau lambat dia juga akan kembali bersinar, seperti matahari. Hanya disebabkan seorang gadis yang mampu membawa separuh jiwa Ezra pergi bersamanya.

Kini dia hanya raga tanpa separuh jiwanya.

"Awak, kita pergi makan ais krim, boleh tak?" Ezra tidak sengaja terdengar perbualan pasangan muda yang berjalan disebelahnya.

"Boleh. Mestilah, boleh. Kalau boleh semua permintaan awak saya nak tunaikan." jawab si teman lelaki dengan lemah lembut.

"Sweetalker!" gadis itu menjeling teman lelakinya walaupun dalam diam pipi naik memerah.

Ezra tersenyum kecil. Sweetalker...

Keluar dari kedai aiskrim terkenal di Helisinki, Scoopology, Mae terus mencebik melihat Ezra sedap menjilat aiskrim berperisa choco mint. Dia juga mahu!

Ezra menjeling wajah masam Mae dengan senyuman senget.

"Nak?" ais krim dihala ke muka Mae sebelum ditarik balik laju.

"Tak boleh. Kau tu demam, makan je ais krim vanilla tu." kata Ezra sengaja. Mae mendengus geram.

"Aku tak suka vanilla lah...tak sedap." gumam Mae perlahan sambil memandang ais krim ditangannya yang sudah cair.

Ezra senyum kecil. Comel, macam kucing!

"Yalah, yalah. Nah ambil aku punya." kata Ezra sambil menghulur ais krim kepunyaannya. Huluran tidak dibalas, Mae masih menunduk melihat ais krimnya yang cair menitik.

"Tak nak. Nanti kau marah aku kalau aku mengadu aku sakit."

Ezra mengeleng sebelum menukar ais krimnya dengan ais krim Mae.

"Memanglah aku marah. Kau tu degil sangat." nada sengaja ditekan tegas.

Tiada respon dari Mae, Ezra lantas menepuk kepala gadis itu dengan lembut. Kemudian ibu jarinya mengelap tepi bibir munggil itu yang comot dengan ais krim.

Mae mengerang sakit apabila Ezra menarik pipinya kuat.

"Sakit? Tahu pun. Lain kali dengar cakap aku. Aku marah bukan saja-saja tau? Aku marah sebab aku sayang kau. Aku tak nak kau sakit."

Belum sempat Mae mahu membangkang, Ezra laju memotong.

"Melawan? Cubalah jaga diri tu baik-baik kalau tak mahu orang risau. Ni tak, degil!" marah Ezra. Namun gadis dihadapannya ini langsung tak endah sepatah pun perkataannya.

"Asyik-asyik bebel." bisik Mae sambil mencebik.

"Kalau aku ada power untuk pindahkan sakit kau tu dekat aku, aku janji aku tak akan bebel dah." kata Ezra selamba sambil menjilat ais krim vanilla ditangannya.

"Tak ada maknanya."

"Ada, sebab aku sayang kau sepenuh jiwa aku dan aku sanggup buat apa saja untuk kau."

Mae terkedu. Pipinya naik memerah langsung disorok dengan rambut panjangnya. Mata menjeling Ezra tajam setelah dapat menangkap lelaki itu tersenyum kecil.

"Ish! Sweetalker!"

"Encik Ezra?"

Bayangan Mae hilang sekelip mata. Yang berada dihadapannya sekarang ialah Killian. Mata lelaki itu membulat, penuh dengan kerisauan.

Bloom in the JulyWhere stories live. Discover now