Untitled Part 9

1 0 0
                                    

Berapa nilai kau di mata dia?

Sama nilainya dengan mata wang dunia?

Atau lebih bernilai dari intan permata?

Atau lebih rendah dari sebutir gangsa?

Atau tidak ternilai?


Aku mula cari tahu apa nilaiku di matanya

Seberapa bernilainya aku

Kalau aku hilang

Kalau aku pergi

Adakah akan aku dirintih, dicari?


Ada aku mencuba

Tetapi aku dilepaskan begitu sahaja

Kerana dia sudah ditempat yang selesa

Ada orang lain yang bisa merawatnya

Ada kerjaya yang sudah tetap untuknya

Dari nilaiku tinggi kerna aku lah yang sentiasa di sisinya

Jadi jatuh di bawah telapak kasutnya sahaja


Disaat dia sendiri

Aku yang diperlukan

Disaat dia beramai

Aku dipinggirkan

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 23 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bicara, NiharaWhere stories live. Discover now