Sial.

1 0 0
                                    

Nafsu sial
Kata orang syaitan lagi sial kerana sesat
Tetapi nafsu dibina itu lagi sial

Kau mohon pada Tuhan tunjuk ke jalan benar
Namun usaha kau makin ke laut
Dasar laut paling dalam
Sujudnya tidak, zikir hanya makian
Lalu kau menyalahkan Tuhan tidak membantu
Sedangkan kau?
Masih sibuk dibelenggu

Kalau dosa itu berbau
Pasti kau paling busuk
Kalau aib itu ditunjuk
Pasti kau paling malu

Tapi sialnya kau tidak bersyukur
Ada sejadah dibuat tirai
Ada kitab tidak dipandang
Sering salahkan takdir

Leka bertanya 'Kenapa Tuhan aku diuji seperti ini?'
Dalam keadaan berbaring menangis
Tiada usaha
Tidak mencari

Jadi salah siapa kalau kau susah?

Bicara, NiharaWhere stories live. Discover now