Apabila dia menolak, pandai kata tidak
Dia diherdik, dipersalah
Katanya tidak bersyukur
'Sudah elok yang dipilih, apa lagi yang kau mau?'Kalau dulu Kartini menolak karna lelaki itu sudah beranak bini
Kalau kini perempuan ini menolak karna hatiBerkenalan, memaksa timbul suka
Tetapi tidak mampuIya, sekufu
Bila dari segi fikirnya berbeza
Perempuan itu tidak mahu
Hati tidak boleh dipaksa
Dia manusiaPenting bagi nya bukan harta
Tapi pandangan pendapat tuan
Bagaimana otak tuan sebagai seorang lelaki berfikir
Bagaimana penerimaan tuan dengar hujah gentir perempuan
Bagaimana pembahagian tuan tentang tanggungjawab perempuan dirumah
Itu tuan, itu yang ada dipemikiran perempuanDia menurut, dia akan menghujah
Dia mengikut, tetapi dia selalu berfikir
Kalau tuan, rasa pemikiran perempuan ini tidak baik
Habiskan diri tuan, membaca sejarah perempuan ditindasDia bercakap fakta, buka auta dari sosial media
Dia tidak berbangga dengan diri dia, cuma dia sayang akan dirinya
Cukup manusia di luar hina perempuan tidak boleh berdikari
Tidak boleh tegakkan haknya
Masih berada di bawah telapak kaki lelakiPerempuan ini tidak mahu, tuan.
YOU ARE READING
Bicara, Nihara
AcakBukan puisi, ianya hanya kata-kata yang berselirat di dalam kepala seorang Nihara. Hendak dicerai-ceraikan dengan bercerita tetapi tidak tahu dengan siapa. Dia hanya menekan-nekan papan kekunci dan berharap hari-harinya akan tenang seperti masa keci...