Aku rebahkan tubuh
Dalam kegelapan yang nyaman
Detik ini aku lenyap lagi
Lemas dalam lautan negativiti
Merebas air mata bukan kerana sepi
Tetapi gusar dibenciPerasaan apakah ini?
Mengapa ianya kosong bagai tiada isi?
Aku merasakan mata tajam disegenap penjuru sering menghakimi
bibir bibir itu berbisik menghina
Bibir bibir itu sibuk mencela
Yang mengkritik sikap dan olah
Yang menjauh dari si anthropobia
Kerana takut ditempias celakaHinap negativiti yang berlegar
Adakah lagak aku tidak sempurna?
Adakah perlu aku purasetia?
Adakah wujud insan juruh disanjung?
Tidak dikritik?
Jadi perlu aku buang diri sendiri?
Memakai topeng, bersembunyi di belakang tabir agar tikah buruk limun
Dan menjadi manusia yang simbai
Supaya disayangiDunia beri keadilan berbentuk kenyataan
Permainan ini perluku hapus
Diri aku tidak sempurna tetapi cukup untuk jalani rintih kehidupan
Aku tidak perlukan mereka untuk bernafas
Manusia itu tidak mungkin berhenti menilai
Cukup aku sahaja pekak telinga
Agar anthrophobia ini bisa cipta bahagia
YOU ARE READING
Bicara, Nihara
AcakBukan puisi, ianya hanya kata-kata yang berselirat di dalam kepala seorang Nihara. Hendak dicerai-ceraikan dengan bercerita tetapi tidak tahu dengan siapa. Dia hanya menekan-nekan papan kekunci dan berharap hari-harinya akan tenang seperti masa keci...