•••
"Hai saya Avira, hantu yang paling comel awak boleh jumpa dalam Seoul!" beria Avira—si hantu perpustakaan menyapa saat Eric mencelikkan mata.
Dari perpustakaan ke hopsital, sanggup Avira keluar dari tempat dia bersarang semata-mata mahu melihat keadaan Eric. Suka dia dapat bertenggek atas bumbung ambulance sambil menikmati angin malam bandar Seoul. Dah lama dia tak buat kerja begitu.
Selama ni dia asyik terperap di dalam perpustakaan sahaja. Maklumlah, hantu introvert. Dia pula jenis selective, taknak berkawan sesama hantu. Nak berkawan dengan manusia sahaja.
Itu pun Eric adalah lelaki pertama yang berjaya melihat dirinya.
Kini Avira bertenggek di atas katil unit kecemasam yang Eric sedang baring. Eric yang baru mencelik mata itu langsung bertindak meracau saat imej ngeri Avira masuk ke pandangannya.
Penamatnya, Eric disuntik sedative oleh perawat di situ bagi menenangkan Eric. Avira yang bersemangat mahu berkenalan dengan lelaki itu langsung terbantut niatnya.
Terkilan kerana dia belum sempat mahu berkenalan panjang dengan lelaki itu. Apa yang dia tahu cumalah nama pendek lelaki itu.
Eric. Itu pun dari perawat yang sebut namanya.
Tetapi walaupun Avira hantu yang introvert, ini tak bermakna Avira juga hantu yang suka mengalah. Tidak! She won't give up on her human so easily.
Jadi, dari hospital hinggalah ke rumah keluarga Eric. Kemudian ke kolej tempat lelaki ini menuntut dan rumah sewanya. Semua Avira ekori ke mana Eric pergi. Tetapi sayang, tiada tanda-tanda Eric mahu bercakap atau interaksi dengannya.
Apa yang berlaku, tiap kali Avira menampakkan diri atau cakap hai, cukup buat lelaki itu histeria. Hinggakan pernah sekali keluarga lelaki itu buat ritual membaling garam dan lada hitam ke seluruh badan dan rumah Eric. Tetapi Avira bernasib baik, Eric masih kekal dapat melihat dan merasa kewujudan Avira.
"Eric oh Eric. Awak kacak. Tapi suka jual mahal." gumam Avira sambil berguling-guling di atas katil lelaki itu penuh selamba. Haruman Eric yang melekat di katil dihidunya. Sedut hingga ke otak!
Wangi!
Kini genap dua bulan dia ekori Eric. Dia tidak bosan. Malah seronok pula dapat melihat rutin harian lelaki ini. Sudahlah kacak, pandai, body pun hot. Cuma nerd. Satu benda Avira tak suka pada Eric, bila dia kenakan kaca matanya. Dia memang anti lelaki nerd!
Sebab berlambak lelaki nerd di perpustakaan tempat tinggal lamanya. Dia tak suka. Lelaki nerd nampak awam baginya.
Eric yang sedang mengulang kaji pelajaran di meja belajarnya berdeham kecil. Avira dapat lihat tubuh lelaki itu mula menggeletar kecil. Avira hairan sendiri.
Kenapa Eric takut dengan dirinya? Takkanlah dia hodoh sangat?
"Pergi, jangan kacau aku!" tiba-tiba suara lelaki ini meninggi. Avira terpempan.
Bukan sebab dimarahi.
Tetapi ini kali pertama. Kali pertama Eric mahu berinteraksi dengan dirinya!
Sekelip mata dari katil Avira melompat ke meja belajar Eric. Suka dia tenung wajah ketakutan Eric. Lelaki itu kekal renung skrin Ipadnya, cuba elak sebarang eye contact. Mengeletar tangan kekar lelaki itu memegang pencil Ipad.
Avira mencebik.
"Apalah awak ni, badan je sado. Tapi penakut."
Eric mendesis geram. Peranti di tangannya dibanting sebelum lelaki itu meluru keluar dari kamarnya. Suara mengilai halus di belakangnya langsung Eric tidak hirau sebelum langkah kalutnya diatur ke bilik air.
Wajah entiti Avira yang menyeramkan cuba dia hapus. Dia mahu tenangkan diri. Dengan harapan dia si hantu tidak ekorinya lagi.
Itulah kebiasaannya, tiap kali Eric masuk bilik air barulah si hantu tidak lagi mengintainya. Tak sangka hantu pun tahu batasnya di mana. What a good common sense walaupun dia hantu.
Cuma wajahnya. Eric tak boleh!
Lantai yang dipijaknya terasa licin membuatkan Eric tergelincir. Dia tidak sempat berpaut pada apa-apa objek. Belum sempat dia mahu reda tubuhnya bakal bercium dengan lantai, dua tangan sejuk memaut kemas belakang dan pinggangnya.
"Eric." suara si hantu merintih di telinganya membuatkan mata Eric terbuka seluasnya. Pandangannya bertemu dengan mata merah Avira. Darahnya berderau!
Kini tubuhnya disambut oleh hantu!
"Saya tak jahat. Saya cuma nak kawan dengan awak."
Tubuh lelaki itu serta merta longlai. Eric pengsan!
•••
YOU ARE READING
𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚𝙨. 𝙚𝙧𝙞𝙘
Short Story꒰ complete ꒱ clueless ghost about her past & a nerdy boy. ended : aug 21 2024 © -milkyuuu