11 - dead to me.

19 10 17
                                    

•••

"Berita pagi. Penemuan rangka yang dikatakan milik seorang gadis dianggarkan berusia 18 tahun ditemui pada jam 5 pagi tadi. Lokasi penemuan mayat mangsa adalah di dalam belukar, kira-kira 200 meter daripada sekolah tinggi perempuan. Ada sepkulasi yang tular di kalangan masyarakat setempat mengatakan mangsa, pelajar dari sekolah tersebut telah hilang tiga tahun lalu—"

Bomboloni di tangan Avira terlucut. Tidak lepas mata Avira merenung skrin televisyen. Ada footage ditayangkan rangka manusia dikeluarkan daripada lokasi kejadian. Jelas ada sebatang anak panah mereput terselit di celah rusuk rangka itu membuatkan Avira tergamam.

Itu, dia?

"Eric—" panggil Avira. Tubuh hantu itu menggigil hebat.

"Eric tengok ni!" jerit Avira apabila Eric tidak menyahut.

Terkonco-konco Eric dari dapur—sedang memasak sarapan, berlari dapatkan Avira di ruang tamu. Avira yang bersila di atas sofa dipandang bingung.

"Kenapa?"

Jari runcing Avira memunding ke arah TV. Paparan demi paparan barulah Eric mengerti. Lekas pandangan simpatinya jatuh pada Avira yang sedang dilanda keresahan. Kini si hantu berdiri tegak di tepi Eric.

"Tolong bawak saya ke sana."

—❦︎—

"Nak tahu tak?"

Kini mereka berdua berada di pinggir kawasan hospital, berdekatan sengan bilik mayat. Bersama wajah muram, Avira duduk di sebelah Eric. Dia baru saja melihat jasadnya menjalani postmortem. Sadis, dia sendiri tak sangka sebegitu teruk keadaan dirinya.

Melalui apa yang dia dengar, doktor yang bertugas menyatakan bahawa Avira telah dipukul bertalu-tali dengan objek tumpul. Kecederaannya teruk hingga tengkoraknya retak dan ada bahagian tulangnya patah dan hancur. Anak panah yang tertusuk turut menjadi penyebab dia mengalami pendarahan yang teruk dan meninggal.

"Pelaku yang bunuh saya lebih dari seorang." ungkap Avira dalam nada lemah.

Eric merenung Avira. Setia menanti cerita hantu itu bersambung.

"Doktor cakap saya kena pukul dengan objek tumpul dulu sampai saya cedera parah. Tapi punca kematian saya memang betul, anak panah itu buatkan saya hilang darah banyak. Saya ditinggalkan nyawa-nyawa ikan di celah banir pokok sampailah saya mati." terang Avira lemah.

"Berkemungkinan ada tiga pelaku yang doktor katakan. Seorang pegang saya, seorang lagi pukul saya. Dan seorang lagi—" bicara hantu itu berjeda. Dia pandang Eric seketika bersama wajahnya yang dibasahi oleh air mata darah.

Fitur Avira juga berubah menjadi hantu yang mengerikan semula. Kali ini Eric tidak mengalih pandangannya. Lihat Avira sedang kesakitan buatkan hatinya sakit. Bagai disiat-siat.

"—tembak saya dengan anak panah tu."

Eric terkelu. Sepi seketika di antara mereka. Avira kekal menangis-nangis dalam keadaan mengerikan. Eric kekal berdiam diri hinggalah tagisan Avira reda sedikit. Saat itu langit terlihat mulai mendung dengan awan gelap. Persis bersimpati dengan nasib Avira.

"Aku yang laporkan pada polis Avira." Avira panggung kepalanya. Terkejut dengan penyataan Eric.

"Ju Minju."

Avira berpaling. Anak matanya membuntang luas tatkala sebaris nama itu terzahir di bibir Eric. Nama yang membuatkan hatinya bertambah sakit tanpa dia ingat kenapa.

"Nama kau masa kau hidup, Ju Minju." kini pandangan mereka bertemu.

"T- tapi, macam mana kau tahu?" menggigil bibir terkoyak Avira bertanya.

Lelaki itu tersenyum sayu. Avira tergamam saat lihat air mata Eric jatuh berlinang ke pipi.

"Kenapa awak—"

"Maafkan aku Avira. Maafkan aku." ungkapnya lirih. Tidak semena-mena teresak-esak Eric menghambur tagis.

Dada Avira berombak. Dia melorot jatuh menyembah bumi. Kini Eric berlutut di hadapan Avira dengan penuh tanda tanya.

"Saya tak faham Eric. Kenapa awak perlu minta maaf?"

"Aku tak pernah takut pada rupa kau Avira. Cuma bila aku terpandang kau, aku sedih. Rupa menakutkan kau adalah bagaimana cara kau mati buatkan aku tak sanggup nak tengok keadaan kau semasa mula-mula kita jumpa." luah Eric bersama air mata yang bersisa. Cermin matanya sudah hilang entah ke mana.

"Eric—" Avira cuba memotong, tetapi Eric mendahului.

"Aku bersalah. Kau mati tragis, dan aku punca kau mari Avira. Sampai harini aku menyesal dengan apa yang aku buat." kepala Eric menunduk ke lantai. dia sudah tak sanggup mahu menentang wajah sayu Avira.

"Apa maksud awak—"

"Disebabkan aku, kau dibuli teruk. Aku yang tembak anak panah tu Avira. Aku yang bunuh kau dan aku sendiri yang sorokkan kau. Aku buat untuk lindungi adik aku."

Nafas Avira persis tersangkut. Tubuhnya turut menggeletar hebat. Kedua tangannya menyentuh lantai bagi menyokong dirinya yang hampir tumbang. Kuku hantu itu mula memanjang. Pengakuan Eric meruntuhkan dunianya.

Avira rasa dunianya gelap.

Tak. Tak mungkin! Mustahil! Dia tak percaya Eric sanggup lakukan dosa itu!

Tiba-tiba tangan Avira direntap lalu kuku hantu itu Eric sendiri acukan pada lehernya. Avira tergamam.

"Bunuh aku Avira. Tolong bunuh aku. Aku tak sanggup hidup dengan rasa penyesalan ni." rintih Eric. Kuku Avira Eric sendiri tekan kuat pada leher hinggalah darah mula mengalir membasahi baju.

Mata Avira meluas. Dalam keadaan perasaan yang bercampur-baur, ditolak tubuh Eric dengan kudarat hantunya hingga Eric terpelanting. Kepala lelaki itu terhentak kuat pada dinding konkrit sebelum lelaki itu melorot jatuh ke lantai.

Menyedari Avira mula bertindak luar kawal. Langsung si hantu itu bertindak menghilangkan diri.

•••

𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚𝙨. 𝙚𝙧𝙞𝙘Where stories live. Discover now