•••
"Eomma suruh bawakkan ni." acuh tak acuh Erica Sohn—satu satunya adik perempuan Eric menghulurkan mangkuk tingkat.
Keliru Eric dengan perangai adik perempuannya. Kadang-kala budak ni manja terlebih, dah kenapa pulak sekarang beku terlebih?
Eric tolak pintu rumah sewanya hingga terbuka luas. Kepala ditunduk bagi merenung wajah Erica supaya jelas. Mangkuk tingkat itu turut bertukar tangan.
"Lah, masuklah dulu. Kau buat kalut nak balik dah kenapa?" tegur Eric apabila lihat mimik mila Erica persis cacing kepanasan. Sekejap dia pandang belakang Eric seperti mencari sesuatu. Kemudian dia pandang Eric semula.
"Mana housemate kau?" soal gadis itu dalam nada tergesa-gesa.
"Younghoon? Dia buat part-time job harini. Kenapa?" aneh Eric membalas soalan Erica, dengan soalan juga.
"Takde apalah, aku ada kelas petang ni. Bye." laju Erica angkat kaki dan berlalu.
Dalam keadaan bingung Eric menutup pintu rumah lalu membawa mangkuk tingkat ke meja makan. Hairan Eric, kelas apa pulak hari ahad ni? Takkanlah universiti pun ada kelas tambahan.
Lama Eric berkhayal, out of nowhere giliran Avira pula muncul. Nyaris terpelanting mangkuk tingkat di tangan lelaki itu tatkala ada entiti bergayut di siling.
Hailaaa hantu cantik ni! Pantang nampak makanan!
"Siapa datang tadi?" soal Avira lalu melompat turun dari lampu chandelier.
"Adik aku, Erica Sohn." acuh tak acuh Eric membalas. Dia ke dapur untuk mengambil beberapa piring sebelum datang semula ke meja makan.
"Oh awak ada adik?" Avira setia menyoal. Kini hantu itu duduk bersila di atas meja makan.
"Iyalah, aku manusia. Mestilah berkeluarga." balasan Eric yang bersahaja membuatkan Avira terdiam.
Tiba-tiba hati si hantu itu dihimpit rasa sedih yang mendalam apabila Eric bangkitkan soal keluarga. Kenapa ya dia rasa begini? Perasaan yang membuak-buak mahu berkeluarga. Adakah Avira tak pernah berkeluarga sehinggakan dia rasa sebegini?
Seolah-olah semasa dia hidup, dia kesunyian. Dia tidak punya keluarga seperti Eric.
"Jauh menung. Ni ada cromboloni untuk kau. Makan, tak payah nak fikir jauh sangat." leter Eric sambil letakkan satu cromboloni bersalut coklat di atas piring. Lalu dia tolak ke arah Avira.
"Kenapa dia tak masuk? Saya teringinlah nak tengok muka dia." tutur Avira perlahan.
"Kau ni banyak tanyalah! Ambik ni makan!" geram Eric menyumbat cromboloni ke dalam mulut Avira. Diam juga si hantu itu dari bertanya soalan berkaitan keluarganya.
Sepi antara mereka. Eric mengerling pada Avira. Hantu itu masih kekal menunduk sambil mengunyah cromboloni. Tidak senang Eric merenung wajah mendung si hantu. Haish, apalah yang bermain di dalam benak hantu ni?
"Avira."
"Hmm." Avira angkat kepala bersama mulut yang comot dengan bekas coklat. Kasihan pula dia pada si hantu itu.
"Aku bukan apa, aku tak suka bila orang cakap pasal family aku." jawapan Eric membuatkan Avira menjulingkan mata ke atas.
"Macam awak sorang ada family. Terpaling family sangat." ayat yang bermain di benak temuntah keluar tanpa sengaja. Bukan niatnya mahu sakitkan hati Eric, tetapi hatinya sendiri yang sakit!
Eric tolak pinggan cromboloni menjauh. Mati seleranya apabila disindir sebegitu. Ditenung muka masam Avira dalam-dalam persis dia mahu makan muka itu pula.
"Apa? Saya nak kenal adik awak je! Kenapa awak posesif sangat? Selama saya stay kat rumah keluarga awak dulu saya tak pernah jumpa adik awak tahu! Awak takut saya nak apa-apakan adik awak? Begitu? Atau awak tahu sesuatu yang saya tak tahu Eric!" meninggi nada Avira bergema di seluruh ruang tamu. Kukunya turut memanjang apabila berlaku perubahan emosi mendadak.
Mujurlah Younghoon tiada di rumah.
"Bukan macam tu maksudnya-" Eric berdiri tegak.
"Maksudnya apa? Saya tak faham kenapa awak jadi macam ni Eric. Masa saya stay rumah parents awak elok je awak biarkan saya duduk sebumbung, tapi muka adik awak tu awak langsung tak benarkan saya tengok! Kenapa Eric? Saya tak faham." Avira sudah melompat turun dari meja dan berdiri di hadapan. Dia tak sabar-sabar menanti balasan dari lelaki itu.
"Sebab dia, alumni dari sekolah kau dulu. Uniform kau pakai, sama macam uniform sekolah dia dulu."
Avira terpaku. Kuku panjangnya berubah pendek semula. Tiba-tiba Eric sentuh kedua bahunya lalu ditarik rapat. Rasa aneh berterbangan di dalam hati si hantu itu walaupun dia telah mati.
"Aku taknak kau ingat memori lama kau bila terpandang dia, Avira. Bukan taknak, but not now. Sekarang bukan masanya. Tolong berikan aku masa." jemari Eric bermain di sekitar bibir Avira.
Bekas comot itu disapunya dengan ibu jari lalu dia bawa ke lidah sendiri. Manis, seperti Avira. Si hantu itu terkedu dengan tindakan Eric. Lama-kelamaan wajah itu mendekat hinggalah mata Avira terpejam rapat.
"Untuk kali ini. Aku taknak hilang kau lagi." bisik Eric perlahan.
Rasa manis coklat di bibir mereka bertemu. Hinggalah Avira sendiri yang tolak dada Eric supaya menjauh. Dalam-dalam Avira tatap wajah sendu Eric.
"Tapi saya cuma hantu Eric. Saya roh yang tak tenang selagi dendam tak selesai. Awak sendiri takut dengan saya bila saya berubah rupa." lagi Avira memuntahkan fakta.
Eric tidak membalas. Tidak menunggu lama, Avira ghaibkan diri.
Kita tak mampu bersatu Eric. Kau sendiri tahu.
•••
YOU ARE READING
𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚𝙨. 𝙚𝙧𝙞𝙘
Short Story꒰ complete ꒱ clueless ghost about her past & a nerdy boy. ended : aug 21 2024 © -milkyuuu