03 - bloody arrow.

24 12 21
                                    

•••

"Avira."

Tergedik-gedik Avira fangirling tatkala Eric menyebut sebutir namanya. Buat julung kalinya! Penantian selama dua bulan membontot langkah Eric kecuali ke tandas, sungguh tidak sia-sia! Tak sangka Eric tahu namanya!

"Jap, boleh sebut lagi sekali?"

"Tak payah nak berangan la hantu buruk! Dahlah gatal!" tempelak Eric sambil pejam mata. Tak mampu tatap muka Avira.

Dia masih seram!

Sedar sahaja dari pengsan pun, hantu itu berdiri di sisi katilnya. Nyaris dia pengsan sekali lagi angkara muka itu.

"Eh hello! Buruk?! Muka ni jugak yang selalu hantu lain mengorat tahu tak!" marah Avira. Geram betul muka lawanya dikata buruk.

Avira tarik muncung. Dia tidak dapat menipu diri bahawa dirinya tetap muncul sebagai hantu berwajah hodoh dan menyeramkan di mata manusia walaupun muka yang sama selalu dipuja oleh hantu lain sebagai hantu tercantik. Maklumlah, dikhabarkan peranan hantu adalah menakutkan manusia. Itu apa yang dikata oleh seniornya sewaktu Avira mula-mula menjadi hantu tiga tahun lalu.

Avira hampiri cermin yang tergantung. Lama dia tenung diri sendiri sebelum keluhan berat terzahir. Kalaulah Eric dapat lihat dirinya sebagai manusia, confirm tergoda habis!

"Kau nak apa dari aku hantu? Aku tak faham kenapa kau ikut aku dari perpustakaan tu." ujar Eric dalam nada kesal.

Menyesal dia stay up di perpustakaan itu hingga larut malam.

"Sebab awak je manusia yang boleh nampak saya. Sebab tu saya ikut awak. Saya nak kawan dengan awak." sekelip mata Avira teleport dari cermin ke depan muka Eric.

Tubuh lelaki itu tersentak sebelum dia pejamkan matanya rapat-rapat.

"Tak boleh ke? Saya sendu. Saya hantu introvert. Saya tak kawan dengan hantu lain. Sebab saya selalu kena sisih. Asyik jadi last choice aje. Sebab tu saya nak cuba kawan dengan manusia pulak." sayu Avira meluah.

Eric sudah tergaru-garu kepalanya. Sukar untuk dia logikkan kewujudan Avira dalam hidupnya. Dulu dia percaya hantu tak wujud. Tetapi sekarang sebaliknya pula!

"Kenapa aku je boleh tengok kau? Tapi orang lain tak boleh?"

"Manalah saya tahu, saya cuma hantu."

Eric rengus kasar. Jawapan dari Avira buatkan darahnya menggelegak. Rahangnya diketap. Berang Eric melanggar entiti Avira membuatkan Avira terhuyung-hayang dek pelanggaran yang berlaku.

Avira hairan sendiri. Kenapa tubuh Eric tidak menembusinya?

Eric yang sudah duduk di meja belajarnya direnungnya seketika. Dia tertanya-tanya sendiri. Kenapa ini berlaku? Walhal dari pengalaman hantu-hantu lain berbeza pula. Semua mangsa yang mereka cuba takutkan mereka tidak dapat sentuh. Semuanya tembus.

Berbeza apa yang jadi pada Avira. Dia dapat sentuh Eric. Dia dapat rasa kehangatan tubuh Eric sewaktu selamatkan lelaki itu dari jatuh tergelincir.

Adakah ini jodoh? Jodoh dua alam?

"Eric, awak rasa kita ada kaitan tak?" Avira berdiri di tepi Eric pula.

Mata merah si hantu itu jatuh pada kertas dan nota yang ditulis tangan oleh Eric. Cantik tulisannya. Hingga meleleh air darah di bibir Avira.

"Diam. Aku nak study." mudah sahaja dia jawab soalan Avira. Dengan kasar pula tu.

Avira kekal di posisi. Tidak mahu mengalah. Selamba dia melabuh punggung di atas meja menghadap Eric. Lelaki itu tidak lagi menggigil teruk seperti tadi. Mungkin tubuhnya sudah mula menerima kewujudan seekor hantu yang mahu membelenggu hidupnya.

"Eric, janganlah marah. Saya cuma nak kawan je." lembut Avira menutur supaya dia berjaya peroleh perhatian Eric.

"Ini bukan kawan namanya. Ini stalker! Aku boleh report polis kalau kau manusia. Pergilah balik kubur kau tu. Semak aje!" dia marah Avira semula.

Avira diam. Hujung kukunya menggores meja belajar hingga menghasilkan bunyi geseran yang berjaya membuatkan Eric ngilu. Makin hangin lelaki itu jadinya.

"Kau nak apa sebenarnya?! Boleh tak main jauh-jauh?"

Memanglah susuk Avira menyeramkan, pada masa yang sama dia geram dah kalau dalam masa dua bulan setiap hari dia terpaksa hadap perangai hantu itu. Sudahlah hantu, perangainya bikin Eric mahu naik hantu!

"Awak tanya saya pasal sesuatu baru saya angkat bontot comel saya dari meja awak." Avira tersengih.

"Shit! Mengada punya hantu! Kau nak aku tanya apa? Bila kau mati? Macam mana kau mati?" bengang Eric membentak.

"Auch, soalan tu personal sangatlah. Tunggu kita rapat baru saya jawab." kali ini satu pen di atas meja Eric, Avira pusingkan walaupun jarinya menembusi pen itu.

"Tch! Tengok baju sekolah kau rabak macam tu, dengan ada anak panah tertusuk dada kau. Aku tahulah macam mana kau mati." Eric kekal menunduk. Dia tidak mampu menentang matanya pada wajah Avira, jadi jika dia tundukkan hingga ke paras dada si hantu itu. Masih mengerikan gara-gara ada satu anak panah tertusuk di dada hantu itu.

Bulu romanya berdiri tegak. Avira mengilai kuat. Tidak lama kemudian si hantu menghilang.

•••

𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚𝙨. 𝙚𝙧𝙞𝙘Where stories live. Discover now