07 - beautiful nightmare.

14 10 6
                                    

•••

Malam ketiga Avira menghilang, Eric taruh pinggan yang berisi tiga biji bomboloni depan jendela biliknya. Sengaja. Eric mahu gunakan bomboloni sebagai umpan supaya Avira munculkan dirinya semula memandangkan dua malam berturut-turut stok bomboloni Younghoon asyik hilang.

Hantu ni, pandai makan je. Munculkan diri tak reti pulak!

Semenjak kejadian Eric dibuli, bayang Avira langsung dia tidak nampak. Tahulah Eric apa yang bermain di fikiran Avira, mungkin Avira mengamuk ada yang cuba memakan bomboloninya. Dan dia tertanya apa yang Avira maksudkan dengan ayat manusia zalim?

Siapa zalim? Pembunuhnya? Mungkinkah Avira mula ingat bagaimana dia mati?

Fikir kemungkinan personaliti Avira berubah setelah mengingati bagaimana dia mati buatkan dirinya gusar.

"Hoi berangan!" terloncat Eric apabila Younghoon menyergahnya dari belakang.

Mata Younghoon melorot pada pinggan yang berisi bomboloni di atas meja Eric. Mata lelaki itu membuntang luas.

"Ohhh! Selama ni kau yang rembat bomboloni aku?!" kedua tangan Younghoon naik mencekak pinggang sendiri.

"Eh bukan! Ada hantu yang makan bomboloni kau! Aku guna kau punya sebab nak umpan hantu tu datang! That's it." beria-ria Eric cuba menerangkan kepada Younghoon.

"Hantu?" riak Younghoon berubah kelat. "Hantu yang kau kena ganggu ke Eric? Dia nak ganggu aku pulak?"

"Haah, kalau kau tak benarkan dia makan bomboloni kau malam ni."

Sepi antara mereka. Lama Younghoon meneliti bomboloni strawberi dan muka Eric. Bersilih ganti hinggalah senyuman nakal terpamit di bibirnya. Lantas leher Eric dirangkul lalu dia tolak Eric ke katil.

Bergelut mereka berdua di atas katil. Ala-ala wrestling. Younghoon duduk di atas Eric. Kini kaki kanan Eric dikuasai oleh Younghoon dalam keadaan Eric tertiarap.

"Kau nak tipu aku kan! Kau cakap jelah kau yang makan, kalau tak aku geletek kaki kau!" marah Younghoon sambil kuatkan cengkaman.

"Tak woi! Sumpah! Itu untuk hantu yang suka menghendap aku tido! Sumpah!" laung Eric. Tidak berdaya mahu melawan rakannya yang sering keluar masuk gim. Dia juga sesekali ke gim, tetapi dia tidaklah sekuat Younghoon.

Younghoon ambil inisiatif menggeletek kaki Eric hingga Eric mengaku. Melalak Eric ketawa sambil cuba melepaskan diri. Basah birai mata lelaki itu dengan air mata bersama perut yang senak.

"Cukup weh! Tolong lepas weh tol—"

Mata Eric jatuh pada pinggan tadi. Ada susuk berseragam sekolah berdiri di situ sambil memegang dua biji bomboloni. Satu bomboloni berada di mulut hantu itu. Comot bibirnya dengan kesan krim strawberi. Kelopak mata Eric yang menyepet langsung bertukar luas.

"Aviraaaa!"

—❦︎—

"Kawan awak cakap apa?" Avira duduk di atas birai jendela. Dia memerhati Eric yang baru selesai berususan dengan Younghoon.

Urusan apa? Entah, mungkin menceritakan logik kepada Younghoon dengan mengenai dia terlihat tiga bomboloni terbang di udara. Mungkin Younghoon akan trauma untuk simpan stock bomboloni atau lebih teruk, mungkin Younghoon bakal demam panas.

Perlahan-lahan Eric berjalan lalu duduk di atas katilnya. Dia mengeluh berat. Penat, penat ketawa masih belum hilang.

"Cepatlah, awak jangan ignore saya lagi." rengek Avira. Dari duduk di jendela, Avira teleport dan duduk di atas katil bersebelahan Eric. Tidak sabar-sabar mahu menunggu balasan lelaki itu.

"Heish, dia cakap dia faham. Dia tahu aku boleh nampak kau sebab masa mula-mula aku sakit sebab nampak kau, dia selalu ada dengan aku. Dia cakap dia boleh rasa kewujudan kau." terang Eric satu per satu.

"Oh, dia boleh rasa je. Ingatkan boleh nampak saya." gumam Avira perlahan sebelum pandangannya jatuh pada lengan Eric yang Avira cakar tempoh hari.

Terbit perasaan bersalah di dalam hatinya. Perlahan Avira larikan jemarinya di atas kesan balutan tersebut. Tetapi tindakannya disedari oleh Eric membuatkan pantas jari runcing Avira ditangkap Eric. Terkedu seketika si hantu itu tatkala pandangan mereka berserobok.

"Eric-" bibir Avira tercebik-cebik menahan tagis.

Eric sekadar menggeleng. Tidak mengapa.

Tetapi wajah Avira tetap murung. "Maaflah, saya marah sangat waktu tu. Apa yang jadi kat awak buatkan darah saya mendidih sangat-sangat. Saya tak sangka saya bencikan pembuli sebenarnya." keluh Avira perlahan.

Sebelah kening Eric menjongket, "Kau ingat something?"

Laju Avira mengangguk. "Saya rasakan, akhir hayat saya, saya dibuli sampai saya mati. Cuma ingatan saya tak berapa clear, siapa yang shoot anak panah tu." riak Avira bertukar sayu. Bukan sahaja riak, malah fitur wajah dan fizikalnya turut berubah menyeramkan.

Sebut sahaja anak panah, Eric terfikirkan perkataan E.S di atas batang itu. Dia sendiri musykil.

Laju Eric pejamkan mata apabila tagisan mendayu Avira pecah. Dalam keadaan takut-takut, tetap dia cuba tenangkan hantu itu. Belakang Avira dielus hinggalah dia berhenti menangis.

"Dah tenang?"

Avira mengangguk lega. Cis- ingatkan manusia saja ada mood swings, dah jadi hantu pun sama saja perangainya.

"Sudahlah, aku nak tidur. Penat tiga hari tak dapat tidur sebab risau sangat." omel Eric seraya berbaring.

Cermin mata di hidung dia taruh ke tepi. Suis lampu tidur dimatikan lalu selimut ditarik. Avira yang berupa manusia semula sudah dia tidak hiraukan.

"Eric."

"Hmph."

"Awak tak boleh tidur sebab risaukan saya ke?"

"Aku nak tidur Avira. Daripada kau yapping tak tentu hala, apa kata kau dodoikan aku." cadang Eric sambil pejamkan mata

Avira ketawa suka. Eric sembunyi senyum.

"Maybe I'm your beautiful nightmare? Sebab tu awak tak boleh tidur kalau tak tengok muka saya." tokok Avira lagi sambil tersengih delulu.

Eric berdecit kecil. Avira sudah ketawa terkekeh-kekeh. Akhirnya satu lullaby disenandung merdu oleh Avira sebelum Eric berdengkur di alam mimpi.

Yes Avira, you might be my beautiful nightmare.

•••

𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚𝙨. 𝙚𝙧𝙞𝙘Where stories live. Discover now