10 - cherry blossom.

15 11 8
                                    

•••

"Dah tenang?"

Avira sekadar mengangguk perlahan. Walaupun malam semakin larut, Eric berdegil mahu membawanya berjalan ambil angin di luar. Bukan Avira tak nasihat atau ugut—"Tak takut ke bertembung dengan hantu nanti?"

Tapi Eric mudah saja membalas, "Apa nak takut? Kau pun hantu. Nanti kau kejarlah hantu tu balik."

Kini Avira membuntuti langkah bergontai Eric. Avira terapung, Eric berjalan—menelusuri lorong-lorong di kawasan kejiranan Eric. Hanya lampu jalan sahaja menjadi sumber cahaya utama. Tetapi perhatian Avira bukan pada lampu jalan mahupun Eric.

Ada satu benda berbulu yang berjaya memagut fokusnya.

"Kau nak tahu tak, kalau kita tangkap petal bunga sakura ni. Our wish will be granted." ucap Eric saat memerhatikan pohon-pohon cherry blossom tumbuh berderet di sepanjang jalan. Lebat petal itu berguguran saat bayu malam menghembus lembut.

Satu saat.

Dua saat.

Tiada balasan daripada Avira membuatkan Eric hentikan langkah dan pandang sekelilingnya.

"Hey Avira!" jerit Eric tatkala susuk kecil Avira sedang duduk bersimpuh 200 meter darinya.

Di hadapannya ada binatang berbulu. Eric teguk liur.

"Eric! Tengok ni! Saya dapat kawan baru!" laung Avira balik sambil menggawan-gawangkan tangannya.

Eric menggeleng dengan teletah Avira. Lekas dia hampiri si hantu itu lalu bertinggung di hadapannya. Gelagat Avira bergurau senda dengan makhluk berbulu itu menarik perhatiannya. Bukan kucing itu yang menarik, tetapi Avira.

"Woyyy lagi santai kawan!" teruja Avira memerhatikan gelagat kucing kaki pendek jenis munchkin berguling-guling manja di atas permukaan jalan tar.

"Kucing je, apa yang nak seronok sangat. Dekat basement apartment aku tu bersepah segala kucing kau tak tengok pulak." tempelak Eric sambil menyilangkan tangan pada dada.

Avira buat derk saja.

"Jom, teman aku jalan. Aku bawak kau keluar bukan nak bagi kau kawan dengan kucing. Tapi kawan dengan aku." ajak Eric dalam nada terpaksa. Sambil cuba mengheret Avira jauh dari makhluk berbulu itu.

Dia mahu habiskan masanya dengan Avira. Tetapi agaknya makhluk berbulu itu nampak lagi menarik daripada dirinya.

Kini mereka berjalan melewati pohon-pohon cherry blossom.

"Boleh saya kawan dengan awak. Cuma awak kena curi kucing kaki pendek ni untuk saya. Nanti saya curikan 50,000 won untuk awak semula." cadang Avira sambil tersenyum nakal.

Pak! Kekura tangan Eric berlaga pada kepalanya.

"Ark!" Avira mengerang sakit. Dia marah! Eric sengaja luku kepalanya!

Segera Avira acukan kuku panjangnya yang sudah berubah rupa—selari dengan perubahan emosinya, pada leher Eric.

Eric tidak memberi reaksi, sebaliknya tangan buruk itu Avira diraih. Jemari mereka bersulam seketika sebelum tapak tangan Avira, Eric letakkan di atasnya. Tangan Eric sekadar menampung tapak tangan Avira dari bawah dan menadah ke atas. Avira kaget dengan tidakan Eric.

Sekelip mata rupa tangan berkuku panjang Avira merubah seperti manusia semula.

"Eric apa ni—"

"Kalau kita tangkap petal bunga ni—" Eric menyungging senyuman apabila beberapa petal berjaya jatuh di aras tapak tangan mereka.

"our wish will be granted." sambung lelaki itu dalam nada berbisik. Suara gemersik lelaki itu kedengaran di telinga kanan Avira cukup untuk buatkan tubuh hantu itu mengeras bagai direnjat elektrik.

"Buatlah hajat. Mintak something that might be benefit us in the future." tapak tangan mereka terlerai. Tekun Avira memerhati petal-petal di atas tapak tangannya.

Ada tiga. Mungkin dia dapat hajatkan tiga permintaan. Lekas kelopak matanya tertutup rapat lalu bibirnya terkumat-kamitkan sesuatu.

"Saya harap bila Eric mati, dia dapat jadi hantu dengan saya."

Tawa Eric hampir meletus.

"Saya hajatkan, saya dapat jumpa badan saya semula." bisik Avira di antara dengar atau tidak.

Senyuman Eric memudar. Tetapi reaksi itu dapat dikawal semula.

"Dan saya harap saya dapat curi kucing kaki pendek tadi!" usai habis bersuara, Avira mencelik matanya.

Pandangan Avira disambung dengan muka grumpy Eric. "Tak boleh! Itu kucing orang Avira! Nanti aku yang kena tempias!" tegasnya.

"Apa susah! Awak mati ajelah! Nanti boleh jadi hantu sama-sama dengan saya!" cadangan gila Avira membuatkan Eric nenggeleng kepalanya.

Tak habis-habis hantu ini mahu menyuruhnya mati.

"Lagi sekali kau suruh aku mati—" Eric mara beberapa tapak hampiri Avira.

Avira kekal pegun. Renungan hangat Eric dia pandang penuh polos. Tiba-tiba dagu runcing Avira dipagut lembut Eric membuatkan si hantu terpaksa mendongak lebih lagi. Jemari kasar itu mengusap bibir bawah Avira.

"Aku cium kau."

Mata Avira membulat. Lekas ditepis ganas jemari Eric yang bermain di sekitar bibirnya sebelum hantu itu menjarakkan diri. Merah padma wajah hantu itu walaupun pucat awalnya.

"Awak ni gila la Eric! Mana ada orang cium hantu!" jerit Avira keras bersama rasa malu yang menggunung.

Eric tertawa berdekah-dekah. Takkanlah hantu kesayangannya dah lupa?

"Kau lupa ke Avira? I already kiseed you. Kalau kau nak lagi pun takpe. Aku boleh cium kau sampai kau ingat." lelaki itu tersenyum galak. Suka dia dapat mengusik Avira.

Mata Avira kian membuntang. Laju Avira menekup bibirnya dengan tapak tangan. Dijeritnya dua perkataan dengan kuat sebelum hantu itu menghaibkan diri. "Awak gatal!"

Salahkah kalau Eric cakap, dia sudah jatuh cinta pada hantu?

•••

𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚𝙨. 𝙚𝙧𝙞𝙘Where stories live. Discover now