•••
"Kau siapa hah! Kau siapa!" Avira terjerit-jerit setelah melihat fitur wajah dan tubuhnya.
Melata jari-jemarinya menyentuh seluruh lekuk wajahnya. Tiada lagi pipi yang kusam, pucat dan terkoyak. Tiada lagi bibir yang rabak serta dipenuhi lendiran merah. Matanya yang sentiasa merah menyala kini berubah perang gelap. Rambut panjangnya yang awalnya serabai dan kusut turut berubah! Suhu tubuhnya mula terasa suam!
Kini dia nampak lebih, manusia!
Dan dia takut! Kenapa dia jadi begini?
"Kau ni kenapa hah? Dari tadi lagi terjerit-jerit macam mati laki! Bunyi vacum aku pun tak boleh lawan suara kau-" amukan Eric terhenti tatkala terpandang seorang gadis asing yang sibuk membelek dirinya melalui pantulan cermin.
Jelas uniform sekolah yang dipakainya. Sekolah tinggi perempuan. Macam familiar saja. Persis Eric pernah terlihat. Cuma dia lupa di mana.
"Kau siapa?!" pandangan kedua mereka bertembung melalui pantulan cermin.
Poff! Avira menghilang dan muncul di hadapan Eric mendadak. Nyaris jantung lelaki itu melompat keluar hinggakan lelaki itu jatuh terduduk ke lantai.
Ini ke hantu buruk yang dia kenal?
"Saya Avira la! Awak cabut anak panah tu! Lepas tu saya tak tahu macam mana saya boleh bertukar macam ni! Aduhhh! Saya ingatkan saya hilang masuk alam lain ke apa? Macam mana saya nak hadap member hantu saya nanti? Jatuhlah standard! Semua salah-"
Pak! Eric tutup mulut Avira.
Avira tergamam. Eric sentuh bibirnya. Eric sentuh dirinya dalam keadaan lelaki itu sendiri rela!
Pandangan mereka bersatu. Kini sebelah tangan Eric memicit pelipis sebelum dia jauhkan sentuhannya dari Avira. Tipulah lelaki itu tak terkejut dengan perubahan Avira. Cuma suara lantang Avira yang sedang panik menyesakkan fikirannya.
"Dengar sini hantu, aku tak cabut pun panah kau. Aku tak tahu macam mana-" belum sempat Eric menghabiskan bicara, Avira menghilang lalu kembali semula bersama anak panah di tangannya. Ganas dia tolak panah itu ke dada Eric.
"Ini! Ini anak panah dari dada saya yang awak cabut!" wajah tegang Avira sekelip mata berubah manis. "Tapi takpe, memang plan saya nak suruh awak cabutkan sebab saya dah ready nak masuk alam lain. Rupanya saya jadi makin cantik pula. Amacam manusia? Suka tak tengok saya? Dah in love ke belum?" Avira tersenyum menggoda.
Eric tergamam. Matanya tidak berkelip memerhati Avira dari dekat.
"Belum, kau still hantu buruk." ujarnya di antara dengar atau tidak.
Tetapi Eric tidak nafikan, Avira memang cantik apabila dia berubah seperti manusia.
Rambut panjang Avira sengaja disebakkan hingga terkena muka Eric. Refleks lelaki itu mengelak. Sakit dengan libasan rambut si hantu. Taring Avira turut mula memanjang. Niatnya mahu menggigit Eric terbantut apabila dia dengar sesuatu.
Bunyi deringan pada padlock pintu menandakan housemate Eric baru tiba di rumah. Lekas Avira menghilang dan bersembunyi di balik tubuh Eric walaupun susuknya tidak dapat dilihat manusia. Eric sekadar berdeham kecil seraya menyorokkan anak panah di belakang tubuh.
Dia sapa kelibat Younghoon—si housemate setelah pintu rumah tertutup rapat.
"Kau cakap dengan siapa tadi?" soal Younghoon seraya melewati ruang tamu ke dapur.
"Call." Eric mengerling pada hantu cantik di sisinya.
Younghoon sekadar mengangguk lalu menghidangkan makanan yang dibelinya di luar. Sambil dia bebelkan Eric apa yang dia beli. Matanya mengerling pada Eric yang sibuk membelek satu batang kayu nipis di tangan lelaki itu. Kemudian pandangannya jatuh pada pintu gelangsar balkoni yang terbuka luas.
Damn, patutlah rumah sejuk semacam. Ingatkan ada hantu! Desis hati Younghoon.
"Aku tak tahu sejak bila kau minat sukan memanah. Tapi sekarang, pergi tutup pintu balkoni. Risau ada kepala melayang-layang nanti kau jugak yang demam. Tak sempat nak belajar memanah, hantu yang panah kau dulu." selamba Younghoon menyindir Eric membuatkan wajah Eric bertukar masam.
"Itulah, tengok hantu cantik pun meraung macam kena sawan dua bulan. Tengok yang melayang goal nyawa Eric agaknya." selamba Avira menokok tambah. Sempat dia tersenyum sengit pada Eric sebelum bayang hantu cantik itu ghaib di bucu dinding.
Kini pandangan Eric jatuh semula pada anak panah di tangannya. Hujung anak panah itu tertulis sesuatu. Sesuatu yang sangat menarik perhatiannya.
E.S.
"Eric jom makan!"
•••
YOU ARE READING
𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚𝙨. 𝙚𝙧𝙞𝙘
Historia Corta꒰ complete ꒱ clueless ghost about her past & a nerdy boy. ended : aug 21 2024 © -milkyuuu