Tiba sahaja waktu rehat mereka berdua telah pergi ke tempat yang sering mereka duduk
Noah dan Faleeq melabuhkan punggung ke atas bangku
“Noah kau memang tak nak bercakap dengan bapak kau lagi ke” soal Faleeq
Faleeq sering nampak yang Noah kurang bercakap dengan Dato Najmi sejak bapanya berkahwin dengan Puan Khaira
Noah hanya mengeluh mendengar soalan Faleeq “Aku bukan tak nak bercakap dengan bapak aku lagi cuma aku dah tak rasa kasih sayang yang sama masa ibu aku ada”
Faleeq hanya mengangguk dan faham dengan apa yang dirasai oleh Noah kerana Faleeq juga kehilangan ahli keluarga yang tercinta sejak umur dia 7 tahun
“Aku faham perasaan kau Noah sebab aku pun pernah rasa apa yang kau rasa”
“Tapi aku nak kau tahu yang kau masih ada ayah kau,aku ni dah tiada sesiapa untuk luangkan masa jadi kau hargailah bapa kau masa dia masih ada” kata Faleeq kepada Noah
Noah terdiam mendengarkan apa yang dikatakan oleh Faleeq
Setelah beberapa minit mereka makan dan berbual loceng pun telah berbunyi.Mereka berjalan bersama-sama menuju ke kelas
Ketika mereka berjalan menuju ke kelas ada seseorang memanggil Faleeq
“Abang..” Faleeq menolehkan pandangannya ke belakang dan adik perempuannya iaitu Fasha yang memanggilnya
“Ye ada apa?” soal Faleeq
“Fasha nak bagi duit ni.Umi suruh fasha bagi kat abang tadi” kata Fasha
Umi ialah ibu angkat mereka berdua yang menjaga mereka selama ini di rumah anak yatim
Faleeq telah duduk di asrama sejak masuk ke sekolah menengah dan Fasha baru sahaja masuk ke sekolah menengah
“Oh terima kasih,nanti kirim salam dekat umi ye” kata Faleeq,Fasha mengangguk dan berlalu pergi
Noah yang memandang Fasha diperasan oleh Faleeq
Faleeq sedar yang Noah ada perasaan terhadap adiknya dia tidak menghalang Noah untuk sukakan adiknya kerana mereka telah berkawan sejak hari pertama mereka menjejakkan kaki di sekolah itu
“Noah jom masuk kelas nanti lambat pula” kata Faleeq,Noah tersedar dari lamunannya
Noah hanya mengangguk dan berjalan masuk ke kelas
Setelah beberapa jam mereka belajar akhir tamat juga sesi persekolahan mereka
Noah berjalan menuju ke luar pintu pagar sekolah setelah dia nampak akan kereta bapanya
Noah membuka pintu dan masuk ke dalam kereta “Assalamualaikum ayah” sapa Noah
“Waalaikumussalam” balas Dato Najmi
Setelah beberapa minit mereka di dalam kereta,Dato Najmi memecahkan sesuana yang sunyi
“Noah masih tak nak bercakap dengan ayah ke” soal Dato Najmi
“Noah bukan tak nak cakap dengan ayah cuma Noah belum bersedia untuk terima semua ni” balas Noah terhadap soalan Dato Najmi
Dato Najmi hanya mengeluh mendengar balasan Noah,dia tahu ini semua salahnya juga kerana terlalu sibuk bekerja dan tidak hiraukannya seperti dahulu lagi
Sejak dia berkahwin dengan Puan Khaira,Dato Najmi lebih sibuk menghabiskan masa dengan kerja di pejabat
Hanya Pak Mad dan Mak Tam sahaja yang melayan dan menjagakan Noah sejak Dato Najmi kehilangan Datin Maryam
“Noah maafkan ayah,ayah bukan berniat untuk berkahwin dengan mama Khaira tapi ayah nak Noah dapat kasih sayang seorang ibu”
“Noah tak perlukan kasih sayang ibu yang lain.Cukup Mak Tam yang jaga Noah sejak ibu pergi buat selamanya”
Noah dah lali dengan kata-kata ayahnya dia dah tak kesah kalau dia tidak dapat kasih sayang seorang ibu kerana bagi dia hanya Datin Maryam dan Mak Tam sahaja yang boleh memberi kasih sayang terhadapnya
Sesampai sahaja di depan pintu rumah belum sempat Noah membuka pintu Dato Najmi berkata sesuatu
“Malam ini ayah ambik Noah ye,kita makan sama-sama dekat luar” kata Dato Najmi,Noah hanya mengangguk dan berlalu pergi
Dato Najmi hanya mengeluh melihat kelakuan anaknya sejak dia kehilangan isteri tercinta hidupnya tidak sama seperti dahulu lagi kerana dia tahu hanya isterinya sahaja boleh memberikan kasih sayang yang cukup terhadap anaknya
YOU ARE READING
Engkau Menjadi Saksi Persahabatan Kita
RandomMengisahkan seorang anak yang difitnah oleh ibu tirinya dan tidak dianggap anak lagi oleh bapanya "Kau bukan lagi anak aku,bagi aku anak aku dah lama mati" Dato Najmi "Noah minta maaf ayah,halalkan segala yang ayah berikan kepada Noah" Noah Apakah k...