Bab 11

1 1 0
                                    

Selepas sahaja selesai mereka semua menunaikan solat isyak,mereka semua telah menjamu makanan yang di masak oleh Puan Khadijah

Selesai sahaja makan Noah meminta izin untuk berada di luar sebentar,ketika Noah sedang memerhatikan langit yang penuh indah Fasha tiba-tiba saja muncul dan ingin berborak sedikit dengan Noah

“Abang Noah,boleh Fasha nak cakap sikit”

Noah menganggukkan kepala dia dan memberi laluan kepada Fasha untuk bertanya “Fasha sebenarnya tahu yang jarak umur kita berbeza dan abang Noah sebaya dengan abang Faleeq tapi Fasha dah lama sukakan abang sejak abang jadi kawan kepada abang Faleeq”

“Fasha tahu apa yang Fasha cakap ni terlalu over tapi Fasha harap abang boleh terus terang dengan Fasha kalau abang sudi terima Fasha”

Noah hanya senyum dan menunjukkan lesung pipit dia,Noah tahu yang adik kawan baiknya ini sudah lama memendamkan perasaan terhadap diri dia tapi bukan ini masanya untuk mereka mefikirkan tentang pencintaan

“Fasha,abang sendiri pun memang ada memendam perasaan terhadap Fasha tapi bagi abang terlalu awal untuk kita fikir tentang semua ni dan kita masih lagi bersekolah”

“Jadi bagi abang lebih baik Fasha fokus dulu pada study dan banggakan dulu keluarga Fasha” balas Noah terhadap isi hati Fasha kepadanya

Faleeq yang mendengar segala yang diluah kepada Noah hanya memerhatikan mereka berdua dari jauh setelah dia perasan yang kedua telah tidak berbual terus dia menyampuk mereka berdua

“Fasha,masuk dah lewat malam ni tak baik orang tengok nanti” kata Faleeq kepada Fasha

Fasha yang mendengar apa yang diperkatakan oleh abangnya hanya mengangguk dan menuju ke dalam rumah dan berharap semoga abangya tidak mendengar apa yang diluahkan tadi

Faleeq yang perasaan sudah tiada kelibat Fasha terus berbual dengan Noah dan menanyakan tentang tadi

“So Noah kau setuju ke dengan perasaan adik aku” soal Faleeq kepada Noah yang terlihat senyap sahaja

“Aku bukan apa Leeq aku tak nak adik kau fikir tentang percintaan dulu buat masa ni lagipun adik kau masih muda” balas Noah

Faleeq yang mendengar hanya mengeluh mendengar jawapan rakannya itu

“Noah mungkin orang lain kau boleh tipu tapi bukan aku,aku tahu kau pun ada hati dekat Fasha tapi apa yang kau cakap tadi tu memang betul but aku harap kau tak kecewakan hati adik aku” Noah yang mendengar apa yang dikatakan oleh Faleeq hanya mengangguk dan faham segala apa yang disampaikan

Noah tahu betapa sayangnya Faleeq terhadap satu-satunya adik dia dan juga ahli keluarga kandung dia yang tinggal

Faleeq juga dah berjanji dengan keluarga kandung dia yang dia akan jaga Fasha sebaik mungkin

Faleeq juga dah berjanji dengan keluarga kandung dia yang dia akan jaga Fasha sebaik mungkin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini mereka akan balik semula ke asrama disebabkan esok akan masuk sekolah mereka

Faleeq dan Noah telah bersiap dan akan dihantar oleh Tuan Khalid bapa angkat Faleeq

Faleeq menyalam tangan Puan Khadijah dan memberikan senyuman kepada adiknya Fasha sebelum pulang ke asrama

Noah juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Khadijah kerana menumpangkan diri dia di rumah mereka

Selepas beberapa minit mereka berada di atas jalan raya akhirnya sampai juga ke asrama sekolah mereka

Sebelum mereka menuju ke tangga asrama Faleeq dan Noah menyalam tangan Tuan Khalid dan Noah mengucapkan terima kasih

“Kamu berdua jaga diri baik-baik,Faleeq kalau duit berlanja tak cukup nanti bagitahu dekat Fasha walid akan bagi duit berlanja” kata Tuan Khalid kepada Faleeq

Faleeq hanya mengangguk dan memberi lambaian kepada bapa angkatnya,selepas selasai sahaja kereta Tuan Khalid melepasi pagar asrama mereka terus menuju ke tangga asrama mereka

Engkau Menjadi Saksi Persahabatan KitaWhere stories live. Discover now