Puan Khaira dan Kaisara tersenyum riang apabila mereka berdua berjaya menghalau Noah keluar dari rumah itu dan mereka berjaya menyakitkan hati Dato Najmi
Segala rancangan jahat mereka telah berjaya dan kemungkinan Dato Najmi akan menukar nama Noah kepada nama mereka berdua
"Mama,macam mana kalau ayah tahu apa yang jadi dekat abang Noah angkara rancangan kita" kata Kaisara kepada Puan Khaira
Puan Khaira yang mendengar kata-kata anaknya hanya senyum sahaja kerana dia telah memfikirkan segala rancangan yang jahat untuk musnahkan ahli keluarga ini"Sara jangan risau ayah takkan tahu kalau rahsia ni tak bocor" kata Puan Khaira untuk menyedapkan perasaan anaknya itu
Pak Mad dan Mak Tam yang mendengar perbualan itu sudah dapat mengagak semua yang terjadi ini adalah rancangan kedua beranka itu
Mulai hari ini ialah hari pertama Noah duduk di asrama dan dia cuba untuk menyesuaikan diri di tempat baharu itu
Noah dapat katil bersebelahan dengan Faleeq jadi tidaklah dia berasa kurang selesa dengan keadaan sekeliling
"Noah..kau kenapa temenung je aku tengok kau" soal Faleeq apabila dia nampak Noah yang sering temenung kebelakangan ini
"Tiada apalah Leeq aku cuma teringatkan ibu aku je and aku masih terfikir untuk jumpa dengan ayah aku" balas Noah
Faqeel yang mendengar penjelasan Noah juga turur bersimpati dengan nasib Noah
Faleeq terfikir sesuatu,dia terfikir untuk mengajak Noah berjumpa dengan keluarganya hujung minggu ini
"Noah apa kata aku teman kau jumpa family kau hujung minggu ni lagipun kitakan cuti and aku pun nak jumpa family angkat aku" kata Faleeq dengan mencadangkan idea dia kepada Noah
Noah yang mendengar kata-kata Faleeq hanya mengangguk dan bersetuju dengan idea itu
Hari ini adalah hari di mana mereka ingin berjumpa dengan Dato Najmi
Sesampai sahaja mereka di depan rumah Dato Najmi,Noah menekan loceng rumah
Berapa saat mereka menunggu akhir pintu besar itu dibuka dan Noah dapat melihat Mak Tam yang membuka pintu itu
Mak Tam yang sedar akan kehadiran Noah terus memeluk anak muda itu dia melepaskan kerinduan yang tertanggung selama ini
Walaupun Noah baru sahaja seminggu berada di asrama tapi kerinduan Mak Tam terhadap Noah tidak tertanggung
"Noah jom kita masuk dalam Mak Tam buatkan air untuk kamu berdua" kata Mak Tam kepada Noah dan Faleeq.Mereka berdua mengangguk dan duduk di ruang tamu
Sementara menunggu air yang dibuat oleh Mak Tam,Noah perasan akan kelibat Dato Najmi dia memanggil ayahnya itu
"Ayah.." Dato Najmi perasan akan namanya dipanggil terus mengalihkan badannya ke arah suara itu
Dia perasan akan kehadiran Noah,Noah perasan akan perubahan air muka Dato Najmi
"Asal kau datang sini ada aku suruh kau datang sini ke?" soal Dato Najmi kepada Noah
Noah tersentak mendengar pertanyaan ayahnya "Noah saja datang sini nak lawat ayah,Pak Mad,Mak Tam lagipun Noah rindu nak jumpa dengan ayah" balas Noah
Dato Najmi tersenyum mendengar kata-kata Noah bagi diri Dato Najmi Noah sudah lama tiada dalam hidup dia
"Aku dah lama anggap kau tiada dalam hidup aku sejak kau rosakkan hidup adik kau,kau bukan lagi anak aku"
"Anak aku tak akan buat kerja terkutuk tu dan merosakkan kehidupan orang lain" kata Dato Najmi dengan suara yang tinggi
YOU ARE READING
Engkau Menjadi Saksi Persahabatan Kita
RandomMengisahkan seorang anak yang difitnah oleh ibu tirinya dan tidak dianggap anak lagi oleh bapanya "Kau bukan lagi anak aku,bagi aku anak aku dah lama mati" Dato Najmi "Noah minta maaf ayah,halalkan segala yang ayah berikan kepada Noah" Noah Apakah k...