Hujung minggu ini mereka semua dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing
Faleeq yang tahu keadaan Noah mengajaknya untuk bermalam di rumah keluarga angkatnya tetapi Noah menolak ajakan itu
“Takpelah Leeq lagipun aku ingat aku nak buat kejutan dekat Pak Mad dengan Mak Tam”
“Aku ingat nak tidur rumah diaorang lagipun aku dah lama tak jumpa dengan Mak Tam” kata Noah kepada Faleeq,dia bukan sengaja ingin menolak ajakan itu tetapi dia dah merancang untuk tidur di rumah Pak Mad
Faleeq yang faham akan apa yang disampaikan hanya ikut saja apa yang dikatakan,lagipun dia faham Pak Mad dan Mak Tam pun sudah dianggap keluarga oleh Noah
“Oklah kalau macam tu nanti aku bagi tahu ibu aku yang kau balik rumah Pak Mad” kata Faleeq
Noah yang lega mendengar balasan Faleeq menghembuskan nafas kerana dia tidak mahu Faleeq salah anggap
“Thanks Leeq sebab kau faham aku dan kau ada saat aku jatuh” kata Noah dalam keadaan yang sedih
“Takpelah Noah kau dengan aku dah lama kawan lagipun tahun ni,tahun last kita mana tahu lepas ni kita tak boleh jumpa lagi” balas Faleeq terhadap kata-kata Noah
Noah yang mendengar kata-kata Faleeq mungukirkan senyuman dia tidak sangka lelaki yang mula-mula dia kenal ini,ingatkan adalah seorang yang sombong tetapi seorang yang sangat baik
Noah berharap hubungan persahabatan mereka kekal sampai bila-bila dan biarlah ajal yang memisahkan hubungan ini
Hari ini ialah hari di mana Noah akan pergi ke rumah Pak Mad dan Mak Tam,memandangkan dia tahu rutin harian kedua orang tu itu sebab itulah dia bercadang untuk melawat mereka berdua
Sesampai sahaja di depan pintu sepasang suami isteri itu dia mengetuk pintu rumah itu dan sekilas memberi salam
Tok
Tok“Assalamualaikum” Noah memberi salam dan pintu rumah itu dibuka dengan besar
Noah dapat melihat senyuman lebar dari seorang wanita yang dianggap ibunya
“Ya Allah Noah,bila kamu sampai sini?” soal Mak Tam yang tidak percaya kehadiran Noah di hadapan pintu rumahnya
Noah menyalam tangan orang tua itu tidak beza tangan itu yang dari dulu membelai lembut kulitnya
“Baru je lagipun minggu ni asrama bagi cuti jadi saya ingat nak lawat Mak Tam dengan Pak Mad” balas Noah atas persoalan wanita tua itu tadi
Mak Tam menjemput Noah masuk ke dalam memandangkan sudah lama dia tidak berbual dengan anak angkatnya sorang ini
Noah yang mengikut langkah wanita tua itu juga tidak hilang senyuman manisnya yang dari tadi melihat Mak Tam senyum keriangan melihat dirinya
“Pak Mad mana Mak Tam?” soal Noah yang melihat rumah itu seperti kosong sahaja
“Oh..Pak Mad pergi masjid kejap lagi dia balik lah tu,dia pun mesti suka tengok kamu datang sini” kata Mak Tam yang masih lagi tidak percaya dengan kehadiran Noah
Mereka berbual sehinggalah larut petang
YOU ARE READING
Engkau Menjadi Saksi Persahabatan Kita
RandomMengisahkan seorang anak yang difitnah oleh ibu tirinya dan tidak dianggap anak lagi oleh bapanya "Kau bukan lagi anak aku,bagi aku anak aku dah lama mati" Dato Najmi "Noah minta maaf ayah,halalkan segala yang ayah berikan kepada Noah" Noah Apakah k...