Bab 14

1 1 0
                                    

Selepas sahaja selesai urusan di masjid Pak Mad segera pulang ke rumahnya,sebelum dia masuk kedalam Pak Mad perasan ada selipar seseorang

Pak Mad memberi salam dan dapat dia melihat sosok seseorang yang amat dia kenali iaitu anak angkatnya Noah

“Noah..” Noah yang perasan akan suara itu terus bangun dari duduknya dan menyalam tangan orang tua itu

“Bila kamu sampai sini Noah” soal Pak Mad

“Lepas zohor tadi Pak Mad,Mak Tam cakap yang Pak Mad pergi masjid sebab tu tak call” balas Noah

Pak Mad mengangguk selepas mendengar balasan Noah

Selepas sahaja mereka selesai makan malam,mereka berbual sedikit di ruang tamu

Pak Mad yang sedang leka memandang Noah terus bertanyakan sesuatu kepadanya

“Noah,kamu memang dah tak nak jumpa dengan ayah kamu ke?” soal Pak Mad,dia bukan apa walau macam mana sekalipun Dato Najmi masih ayah kandung Noah

Berdosa sekiranya dia melupakan seperti itu saja

“Takpelah Pak Mad cukup doa saya sebagai seorang anak mengiringi langkah ayah”

“Saya tahu yang hati ayah masih keras lagi jadi saya rasa tak perlulah saya menunjukkan muka saya depan dia” balas Noah yang seakan telah reda dengan segala yang ditakdirkan oleh Allah SWT

Sesampai sahaja semalam Faleeq terus memberitahu semua kepada Puan Khadijah yang Noah tidak mengikutnya kerana pergi ke rumah ibu angkatnya

Sewaktu Faleeq sedang berada di luar melihat langit yang dipenuhi bintang dia perasan yang adik perempuannya berada di hadapannya

“Ada apa Fasha,dari tadi tengok abang” soal Faleeq yang hairan melihat adiknya dari tadi memerhatikan dirinya

“Abang kalau Fasha cakap yang Fasha ada hati dekat abang Noah,abang marah tak” soal Fasha dengan suara yang terketar-ketar

Faleeq yang mendengar hanya menghadiahkan senyuman sebelum menjawab pertanyaan adiknya itu

“Kalau abang cakap yang abang hanya berserah kepada yang maha esa” kata Faleeq yang melihat adiknya   selepas menanyakan soalan itu tadi

“Fasha jodoh ajal maut tu semua terletak di tangan Allah,abang terima sekiranya Noah menjadi adik ipar abang”

“Tapi abang nak Fasha tahu juga kita ni hanya mampu merancang Allah yang menentukan” balas Faleeq

“Dan jadilah seperti Zulaikha yang mengejar cinta Allah dan akhirnya Allah menghantarkan Nabi Yusuf kepadanya seperti mana yang dia mahukan.Abang tahu yang Fasha seorang yang baik dan patuh suruhan Allah jadi fokuslah dahulu belajar barulah Fasha fikirkan tentang perkara ni lagipun Fasha masih muda,abang harap Fasha faham maksud abang” balas Faleeq atas apa yang dipendamkan selama ini oleh adiknya

Dia tahu dia bukan sesiapa nak menentukan segalanya tapi dia terima siapa sahaja pilihan adik kandungnya ini

Sebab dia juga ingin melihat adik kesayangannya ini bahagia

Fasha yang mendengar segala yng dikatakan oleh Faleeq turut terima segala yang telah ditetapkan oleh yang maha esa

Engkau Menjadi Saksi Persahabatan KitaWhere stories live. Discover now