Pejam celik pejam celik lagi 6 bulan mereka berdua akan menghadapi ujian besar SPM dan tidak sangka juga sudah masuk 6 bulan Noah dan bapanya tidak berjumpa disebabkan fitnah yang berlaku
Ketika mereka bersama-sama melakukan study prep ada seseorang datang untuk memanggil Noah
Noah yang hairan dengan apa yang berlaku hanya ikut sahaja ke mana arahnya
Sampai sahaja Noah dapat lihat seorang lelaki tua yang amat dia kenali iaitu Pak Mad
“Pak Mad..” terdengar jelas suara kegembiraan Noah selepas melihat lelaki itu
“Pak Mad buat apa dekat sini?”
“Pak Mad saja datang sini lagipun dah lama Pak Mad tak jumpa dengan kamu dan lagi satu ni Mak Tam ada bekalkan lauk kesukaan kamu”
“Dia rindu sangat dekat kamu sebab tu dia masakkan lauk ni” kata Pak Mad
Setelah lama mereka tidak berjumpa akhirnya Noah dapat berjumpa dengan lelaki yang telah dianggap sebagai seorang ayah
Noah yang sedang membuka bekas tupparwe itu terlalu leka sehingga tidak perasan yang lelaki tua itu sedang menanggis melihatkan dirinya yang sangat berbeza berbanding dahulu
“Noah,Pak Mad datang sini bukanlah saja-saja sebenarnya...”
Noah yang tertanya apa yang ingin disampaikan oleh Pak Mad hanya pandang ke arah mata lelaki tua itu sehinggalah terkeluar sesuatu yang ingin diperkatakan
“Sebenarnya bulan lepas ayah kamu dah serahkan semua harta milik dia kepada ibu tiri dan adik tiri kamu”
“Dan termasuklah harta milik kamu” kata Pak Mad kepada Noah
Noah yang mendengar segala yang diberitahu hanya diam dan tidak tahu ingin berkata apa lagi
Dato Najmi betul-betul sudah benci akan dirinya walaupun dia difitnah oleh seorang wanita yang digelar ibu tirinya
Noah sudah rasa dirinya seperti anak yatim piatu yang kehilanggan kedua sosok orang tuanya
“Takpelah Pak Mad lagipun saya ni memang dah tak dianggap anak lagi oleh ayah”
“Jadi saya rasa baguslah kalau ayah buat macam tu dan kalau ayah rasa yang keluarga baru dia boleh jaga segala amanah yang diberi.Saya reda Pak Mad”
Kata Noah yang seakan-akan telah terima segala takdir yang telah diberikan kepadanya
Pak Mad yang mendengar segala yang dikatakan oleh Noah turut sedih dengan nasib yang menimpa anak angkatnya itu
Setelah lama mereka berborak Noah meminta izin untuk balik ke bilik asrama
“Baiklah Pak Mad kalau ada masa lagi nanti kita boleh berjumpa lagi.Nanti kirim salam dekat Mak Tam cakap dengan dia yang saya rindu sangat”
Kata Noah dengan begitu gembira,Pak Mad yang mendengar hanya mengangguk dan memerhatikan langkah Noah yang bergerak ke tangga asrama
“Begitu kuat hatimu Noah” kata Pak Mad didalam hatinya sendiri
YOU ARE READING
Engkau Menjadi Saksi Persahabatan Kita
AléatoireMengisahkan seorang anak yang difitnah oleh ibu tirinya dan tidak dianggap anak lagi oleh bapanya "Kau bukan lagi anak aku,bagi aku anak aku dah lama mati" Dato Najmi "Noah minta maaf ayah,halalkan segala yang ayah berikan kepada Noah" Noah Apakah k...