Setalah genap lima tahun pemergian ibunda tercinta,Noah lebih memilih untuk berdiamkan diri berbanding seperti dulu yang ceria dan periang
Setelah genap setahun pemergian ibunya,bapa Noah telah bernikah bersama pekerjanya
Noah berasa seperti tidak selesa dengan kedatangan mereka di rumah itu.Tetapi setelah genap empat tahun bersama Noah cuba menerima kedatangan mereka
Tuk
TukPintu bilik Noah diketuk dari luar “Noah,jom makan Mak Tam ada masak lauk kegemaran kamu lagipun Pak Mad pun tengah tunggu untuk makan” kata Mak Tam pembantu rumah Dato Najmi
Noah hanya mengangguk dan bangun dari duduknya,dia berjalan turun ke bawah dan dia nampak Pak Mad sedang menunggu di dapur tempat mereka makan bersama
Noah duduk bertentangan dengan Mak Tam “Noah,Pak Mad nak tanya sikit boleh” soal Pak Mad yang sedang memandang ke arah Noah
Noah menganggukkan kepalanya “Sampai bila kamu nak jadi macam ni dah tak sama macam dulu.Pak Mad tahu kamu tak boleh terima kedatangan Puan Khaira dan Kaisara tapi mereka pun keluarga baru kamu” kata Pak Mad kepada Noah
“Saya bukan tak boleh terima Pak Mad cuma saya masih tak boleh nak tengok muka mereka dan saya masih teringatkan arwah ibu” balas Noah yang sedah ralit menghabiskan nasi yang ada di dalam pinggannya
Pak Mad dan Mak Tam memandang satu sama lain mereka hanya mengeluh mendengar jawapan daripada Noah
“Iye Pak Mad tahu bukan senang untuk kita lupakan orang yang kita sayang lebih-lebih lagi orang yang membesarkan kita tapi Pak Mad harap kamu boleh cuba terima mereka”
Pak Mad bangun dari duduknya untuk membasuh tangan,Noah yang mendengar kata-kata Pak Mad hanya berdiamkan diri
Noah kembali masuk ke dalam bilik tidurnya dan sambung membuat kerja sekolah.Ketika dia sedang ralit membuat kerja sekolah dia terpandang potret ibunya Datin Maryam
Noah menyentuh potret itu dan dia hampir menitiskan air matanya tapi dia cuba untuk kuat dan dia dah berjanji dengan ibunya yang dia tidak akan menangis
Kebiasaannya Noah akan dihantar oleh Pak Mad ke sekolah dan adik tirinya akan dihantar oleh bapanya.Disebabkan mereka tidak rapat Noah cuba untuk mengelakkan diri untuk rapat dengan Kaisara
Setiba sahaja di pagar pintu sekolah Noah belum sempat membuka pintu kereta Pak Mad berkata sesuatu
“Noah nanti balik ayah yang ambil ye,lagipun Dato Najmi dan bagitahu dekat Pak Mad tadi”
Noah hanya mengeluh dengan mengangguk dia keluar dari kereta dan menuju ke kelasnya
Sesampai di kelas Noah disapa oleh kawan baiknya iaitu Faleeq “Wei Noah awal kau sampai harini”
“Saja aku datang awal lagi pun aku nak lepak dengan kau” kata Noah yang sedang membuka beg sekolahnya
“Apa kata rehat ni kita pergi tempat biasa kita lepak” cadang Faleeq
Noah bersetuju dengan candangan Faleeq,setelah beberapa minit mereka berbual cikgu pun telah masuk ke dalam kelas
YOU ARE READING
Engkau Menjadi Saksi Persahabatan Kita
DiversosMengisahkan seorang anak yang difitnah oleh ibu tirinya dan tidak dianggap anak lagi oleh bapanya "Kau bukan lagi anak aku,bagi aku anak aku dah lama mati" Dato Najmi "Noah minta maaf ayah,halalkan segala yang ayah berikan kepada Noah" Noah Apakah k...