Let the world burn : Chris Grey
"Aku dah jumpa location dia.."
"Too easy . Aku rasa , ini salah satu perangkap dia . We need to be more careful.."
"Kayla ?"
"Sorry , Aariz. Kita terpaksa hentikan pencarian. Takda laluan untuk turun ke bawah. Lagipun tebing tu terlalu tinggi ...aku tak rasa Kayla masih..."
"Shhh, Khalish dah sedar .."
Khalish mendengar segala perbualan mereka . Dia mencelikkan mata dan memandang siling wad , kosong. Mata dia kemerahan sebelum mengalirnya air mata di pipi tanpa suara esakan .
"Is it true ?" gumam Khalish datar dengan pandangan kosong.
"Khalish ..." Izz memandang Khalish sendu . Dia taktahu nak jawab apa .
Khalish perlahan duduk dari baringannya. Kaki dilunjur ke bawah sambil kepala menunduk memandang lantai.
Aariz mengeluh berat sambil mendekati Khalish. Bahu dia dipegang .
"Khalish, kami dah cuba cari tapi keadaan kat situ tak mengizinkan. Lagipun dengan keadaan Kayla yang tengah sarat mengandung ....aku rasa dia ..."
"Mati?" garau suara Khalish yang masih menunduk . Tangan dia mencengkam erat selimut hospital.
Aariz dan Izz hanya terdiam tidak tahu apa patut mereka beritahu Khalish. Mereka mati kata . Lidah terasa kelu untuk menjawab.
Tiba-tiba......
Dengan selamba dan takda perasaan , Khalish merentap jarum iv drip di tangan dia . Terbuntang luas mata mereka berdua dengan tindakan gila Khalish.
"Khalish! kau dah gila ke ?! Izz panggil doktor !" arah Aariz tegas . Baru sahaja Izz ingin melangkah keluar , suara deep dan agak dingin menghentikan dia.
"Kau tahu , location dia . Kan?"
Pantas Izz menoleh . Wajah Aariz dan Khalish dipandang bersilih ganti. Patut ke dia beritahu?
"Kalau ye , apa kau nak buat ? nak bunuh dia ? itu perangkap Khalish ! kau kena kawal dulu diri kau . Kita taktahu apa yang dia rancangkan .."
Khalish hanya diam tidak menjawab . Dia bangun dari katil dan berjalan mendekati Izz . "Kau tahu , location dia ?"
"A-aku .." Izz mengerling ke arah Aariz cuba memberi isyarat 'aku nak jawab apa bodoh' . Aariz menggeleng supaya jangan buka mulut mengenai lokasi David.
Khalish mengeluh memejamkan mata cuba mengawal perasaan yang membuak-buak dalam diri dia . "Hmm, aku anggap kau tahu ..."
Khalish dingin mencengkam kolar Izz dan menarik dia keluar bersamanya. "Oii! Khalish ! apa ni . Lepaslah ! aku taktahu !" Izz meronta-ronta minta dilepaskan . Dia langsung tak dapat lepaskan cengkaman Khalish padanya.
"Damn it !" Aariz mengejar mereka . "Khalish! stop right now !" tegas dia mengarahkan Khalish menghentikan perbuatan dia .
Khalish menghiraukan dan terus membawa Izz naik ke bumbung hospital . Izz masih tak dapat lepaskan diri dia . Gila! tenaga Khalish tiba-tiba menjadi dua kali ganda kuat dari dia.
"Apa kau nak buat ?! lepaslah!" marah Izz. Bahu Khalish ditumbuk beberapa kali namun tak memberi kesan apa-apa pada Khalish.
Buk!

ANDA SEDANG MEMBACA
Mia Moglie (in editing new storyline)
ActionSeorang gadis yang dipaksa dewasa dari berumur 8 tahun kini sudah berumur 24 tahun . Akibat dari ketegasan dan kekerasan yang dia terima sewaktu kecil menjadikan dia seorang yang dingin , degil dan tak gentar dengan apapun . "Black Eagle , kita ad...