BAB 01

67 6 0
                                    

11 October 2026

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

11 October 2026

BUNYI sudu, garfu dan pinggan yang berlaga diatas meja itu menjadi saksi akan betapa tegangnya situasi makan malam keluarga besar ini. Masing-masing hanya fokus pada hidangan dipinggan sendiri bersama ukiran wajah yang tiada riak. Seperti selalu.

Beku dan dingin.

Hanya beberapa batuk kecil dan deheman suara yang keluar menghiasi udara, mungkin untuk memperbetulkan halkum atau pita suara yang tidak selesa dengan sumbatan-sumbatan daging dan lauk yang lainnya.

Jika ditanya siapakah yang paling merasa tertekan dan awkward diantara mereka pastinya dia Runa Akasia. Menantu keluarga ini. Situasi sebegini bukanlah perkara baru dalam rumah mertuanya ini tapi sampai sekarang dia masih agak sukar untuk membiasakan diri.

Namun dia masih bijak untuk kekal professional, walaupun sudah 3 tahun lebih dia menjadi sebahagian dari keluarga ini tidak pernah sekali dia menayangkan wajah kurang senang, kesopanan mimik muka dan tata bicaranya masih gagah dalam dirinya.

Segala bentuk penghormatan yang ditunjukkan bukanlah semata untuk menjaga perasaan ataupun adabnya terhadap keluarga megah ini tapi sejujurnya dia lakukan untuk diri sendiri.

Dia mahu dikenal sebagai manusia yang kenal erti adab & akhlak sesama manusia lain walaupun sudah banyak kali dia dipertontonkan aksi ejekan-ejekan halus dari beberapa ahli keluarga suaminya ini. Tidak sedikit juga dengan anggota keluarga lain yang tampaknya tidak hadir malam ini.

Sepasang mata Runa sekilas memandang Tuan Yusuf, sang bapa mertua yang duduk sendiri dikepala meja, menunjukkan bahawa dia adalah ketua keluarga ini. Dan didepannya terletak kemas sebuah kek yang berukuran sederhana kecil bersama dekorasi yang simple tapi clasic.

Dalam kepala Runa sudah boleh mengagak harga kek itu yang menurutnya pasti tidak masuk akal. Harga seni tangan lah katakan.

Dan kek tersebut menjadi asbab mereka semua duduk terperangkap disini, untuk merayakan ulang tahun Tuan Yusuf yang sebentar lagi akan mencecah 56 tahun.

Dari ekor mata dia masih ralit memandang ahli keluarga yang lain, Puan Maisarah ibu mertuanya itu dilihat cantik dengan ikatan sanggul yang sedikit bergelombang.

Disebelahnya terdapat Puan Yusnira, adik perempuan kepada bapa mertuanya. Disisi yang bertentangan pula, ada Kairi dan Karina yang tekun melilit carbonara digarfu lalu disua kedalam mulut. Masing-masing senyap tidak bertingkah.

Umur mereka hanya membezakan jarak 2 tahun. Karina yang lebih tua itu 26 tahun manakala Kairi 24 tahun.

Kedua-duanya sering dianggap sebagai kembar tak seiras lantaran wajah mereka yang saling tak tumpah bezanya.

Dan mereka berdua merupakan adik ipar Runa Akasia sekaligus merangkap sebagai adik kepada Athalla Nazham. Suaminya. Yang kini sedang duduk tepat berhadapan dengannya.

MELOMANIA AKASIA | OGWhere stories live. Discover now