BAB 04

46 4 3
                                    

"PINDAH depan, kita pergi bawa Anafi jalan sama-sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"PINDAH depan, kita pergi bawa Anafi jalan sama-sama." Tiada kompromi dalam suara Athalla. Jelas dan yakin tampangnya. Runa kemudian keluar dan menatap tajam kearah suaminya.

"Awak bukan sepatutnya tengah busy ke sekarang ni? Tak payah lah. Kan saya dah cakap nak bawa kereta sendiri." Runa menolak cadangan.

"I did. But it's okay. I'll take off for today. So please let me do this hmm?" Dan Athalla mempertahankan cadangan. Lebih kepada memujuk sebenarnya.

Saat mata saling berlawanan, kemunculan Zairi yang mendukung Anafi terus menjadi perhatian. Pantas Athalla menyambut tubuh kecil Anafi dan hanya digendong dengan satu tangan. Lalu sebelah tangan lagi dihulurkan kearah isterinya. Ingin mempelawa wanita itu masuk kedalam kereta.

"Mā rĕw Rāchinī." (mari permaisuri.)

Selamba Athalla mengujarkan kata. Lantas menyebabkan Runa spontan mengerutkan dahi. Bahasa alien mana lah yang dirembat oleh suaminya ini.

"Apa awak merepek ni?" Runa menyoal. Tangan Athalla masih belum disambutnya lagi.

"Nothing. Just a few words I've learnt in Thailand. It's meant let's go. That's it!" Terangnya bersahaja.

Runa membuat muka sinis. Ingat dia bodoh sangat kah tak boleh nak menangkap bahawa lelaki itu masih belum memberikan jawapan yang sepenuhnya.

"That's quite long to be just a 'let's go' Athalla. I'm sure you don't see me as an idiot here." Runa melemparkan fakta. Yakin mata dituju kearah suaminya. Mencabar Athalla. Tangan sudah menyilang ke dada.

Athalla senyum miring. Bangga. Wanita satu ini memang tidak bisa ditipu. Tingkah dan personalitinya memang bak permaisuri! Terlihat ayu tapi juga tangguh. Feminim tapi juga tegas. Ada masa dia lembut seperti bayu, ada masa dia garang seperti mak harimau. Tak hairanlah kenapa dia bisa berjaya sebagai seorang entrepreneur.

Athalla tak dapat menahannya lagi. Bibir akhirnya melepaskan satu senyuman. Cukup lebar. Sekaligus menonjolkan satu lesung pipit dibahagian kiri.

"There's no need for you to know what's the meaning
Runa, I mean look at you, you literally act like one."

Bukannya dijawab, sebaliknya dia berkias. Semakin meninggalkan Runa tertanya-tanya sendiri. Memang sengaja!

Runa mendegus kecil. "you act like one." Entah kenapa dia rasa seperti diejek oleh ayat itu. Macam bunyi perlian pun ada. Manalah tahu Athalla sebenarnya sedang menyumpahnya. Orang sekarang kan memang ada tabiat suka memaki orang lain dengan bahasa yang tidak difahami. Itu yang Runa fikirkan.

MELOMANIA AKASIA | OGWhere stories live. Discover now