BAB 02

49 5 0
                                    

"WE both know that

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"WE both know that...we need a conversation." Sunyi. Beberapa saat, masih tiada tindak balas dari Runa. Dua-dua kekal menyepi. Dalam sekejap Runa menutup mata lalu bersama satu keluhan dia lepaskan. Agak berat.

"What conversation?"

Dengan nada yang penuh dingin dia menyoal. Kepala didongak menghadap Athalla yang kini sudah tegak berdiri didepannya, ketinggian lelaki itu lantas menenggelamkan tubuh pendek Runa yang hanya separas dadanya.

Manakala tangannya, masih dirasakan kemas dalam tahanan Athalla

"A deep conversation." Balasnya. Kerutan didahi jelas terukir sebaik saja telinga menerima jawapan tersebut.

"Pasal apa yang jadi dekat bawah tadi?" Runa meneka sebelum dia kembali menyambung

"No need sebab tak penting." Jelasnya. Dingin.

Setelah itu tangan dicabut dari genggaman Athalla dan kemudian bercadang mahu meninggalkan bilik tersebut. Hanya dalam beberapa langkah yang sempat diambil, tangannya kembali dipaut semula, kali ini lebih ketat, lebih erat.

"About us." Athalla bersuara, tidak kalah dingin.

"A deep conversation about us." Terangnya lagi.

Tubuh auto mengeras, suasana hening menyerbu diantara keduanya. Segala fungsi otak dan akal fikiran seakan hilang berterbangan. Athalla sendiri agak terkejut dengan apa yang dia tuturkan barusan.

Tapi dalam waktu yang sama, dia tidak menyesal.

Jeda.

Dalam beberapa saat, dua insan itu bersabung mata, jika dimeja makan tadi hanya sekadar kerlingan yang sempat terjadi, saat ini jelas bahawa sepasang mata suami isteri itu benar-benar saling menatap.

Bertikam tajam antara satu sama lain. kali ini

the real face to face, eye to eye & heart...to heart

Athalla ambil nafas, cukup dalam. Dilepas sebelum ruang bicara dia buka.

"First, I'm sorry for calling you with 'that' name."

Runa langsung faham. Nama Akasia yang sempat Athalla mahu gunakan untuk memanggilnya tadi memang sudah enggan untuk dia dengarkan meniti dibibir lelaki itu.

Akasia. Nama itu pernah menjadi sebutan yang Athalla gelarkan untuknya. Athalla lah yang menjadi satu-satunya menggunakan nama tersebut disaat yang lain memanggilnya Runa.

Tapi itu sudah menjadi peristiwa 11 tahun yang lalu. Biarlah nama itu hilang didalam dada milik Athalla seperti hilangnya kisah cinta mereka ditahun 2016 lalu.

Yang menjadikan dia sampai ke hari ini, masih belum bersedia mahu membuka hati untuk mendapatkan jawapan dari Athalla sendiri atas kenapa dia ditinggal pergi, pergi menghilangkan diri tanpa adanya secalit jejak untuk dicari.

MELOMANIA AKASIA | OGWhere stories live. Discover now