DIDALAM kereta mereka sunyi. Athalla fokus dengan memandu manakala Runa sudah tertidur bersama Anafi dalam pelukannya. Kedua ibu dan anak itu hangat terlena dengan berselimutkan blazer milik Athalla.
Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Kelajuan memandu semakin Athalla tingkatkan. Lebih laju dan pantas membelah jalan raya. Dari tadi sekujur tubuhnya dirasakan mengeras. Pembuluh darahnya berderau semacam. Pemegang stereng digenggam kuat, gigi dan rahang diketap rapat, kaki lebih keras menekan pedal. Stimulasi Adrenalin dalam badan juga bekerja lebih keras dirasakan.
Entah, dia rasa seperti diamuk satu perasaan sangkak dan amarah. Seakan mahu menghentak dan menghancurkan segala benda dengan sekeras-kerasnya.
Dia bengang.
Semuanya berpunca dari perbualan tadi. Perbualan dengan hamba Allah yang tidak pernah disangkanya akan terjadi. Bila kepala mula teringatkan tuduhan Sham. Salah, tuduhan semua pelajar-pelajar terhadap Runa dikampus itu pada 11 tahun yang lalu, lantas membuatkan dirinya kembali memberontak mahu memberikan penumbuk pada stereng kereta.
Tapi ditahan keinginan itu sekuat hati bila memikirkan ada jiwa yang sudah terlena disebelah. Hanya pandangan penuh murka lagi bengis yang dapat dilemparkan kearah jalan. Setitik air tiba-tiba dilihat jatuh menimpah dari luar cermin. Lama-lama turun setitik demi setitik. Langit kini hujan.
Sekitar 20 minit kemudian, barulah perkarangan rumah Tan Sri Yusuf dapat terlihat. Bila kereta sudah selamat diparkir, enjin dimatikan. Kemudian Athalla pandang sebelah. Anak isterinya itu dilihat masih tidur.
Dia keluar dari kereta dan berjalan ke sebelah untuk mengejutkan dua permata hatinya itu. Pintu dia buka dan mula menyentuh bahu Runa.
"Runa...bangun." Perlahan suara Athalla membangunkan. Kalau tiada Anafi, memang sudah dicempung saja tubuh isterinya itu. Beberapa minit masih tiada tanda bahawa wanita itu akan bangun. Tangan Athalla naik memicit-micit dagu runcing isterinya.
"Sayang...bangun." Bisiknya.
Athalla semakin mendekatkan wajahnya. Bila terasa ada nafas yang menampar halus kulit muka, Runa rasa terganggu dan spontan mencelikkan mata. Wajah kacak Athalla benda pertama yang dilihatnya. Membulat anak mata Runa. Tangannya laju menolak dada lelaki itu menjauh. Terlalu dekat!
Bingkas dia menjatuhkan kaki diluar kereta bila Athalla sudah terdorong sedikit jauh. Anafi dipegangnya berhati-hati, tidak mahu jika tidur anak kecil itu terganggu.
"Kenapa tak kejutkan saya?" Runa menyoal sebaik saja keluar dari perut kereta. Athalla hanya diam dan mengambil bag tangan Runa sebelum pintu kereta dikatup dan dikunci.
"Dah kejut dah tadi wahai cik sleeping beauty. Kau yang tunggu aku cium baru nak terbangun. Nasib baik kau bangun dulu sebelum aku sempat cium. Kalau tak memang jadi snow white la gamaknya."
YOU ARE READING
MELOMANIA AKASIA | OG
RomanceATHALLA NAZHAN dan RUNA AKASIA. Mereka adalah remaja yang pernah bercinta sewaktu dizaman kolej dulu. Tapi hubungan itu hanya sempat tersemai untuk setahun jagung. Tanpa ada penjelasan. Kata akhir dan kata putus, Athalla tiba-tiba pergi menghilangka...