BAB 07

35 2 0
                                    

SEKARANG ini,  Athalla sudah memandang Runa pelik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEKARANG ini,  Athalla sudah memandang Runa pelik. Hairan melihat dia yang masuk-masuk saja sudah mematung didepan pintu dengan kepala yang menunduk. Serupa anak kecil yang kena denda sebab buat salah pun ada dia rasa.

Bila  matanya terpandang kearah cermin meja solek, baru dia faham akan kemungkinan besar wanita itu menundukkan pandangan. Dengan aurat suami sendiri pun dah tak nak tengok? Itulah gamaknya yang ada dalam fikiran Athalla.

"The bathroom is ready. Pergilah mandi." Ringkasnya dan terus berlalu masuk kedalam bilik persalinan.

Setelah tubuh Athalla diyakini menghilang, barulah kepala ringan untuk diangkat. Sebut pasal mandi, sebetulnya Runa masih berkira-kira sama ada mahu mandi atau tidak. Terfikir dia nak pakai baju apa nanti? Takkan nak guna balik gaun yang dia tengah pakai sekarang. Sudah banyak sisa keringat yang melekat. Memang tidaklah nak dibawa tidur.

Kalau tak salah baju-bajunga disini pun tak banyak. Mungkin hanya dalam beberapa helai saja. Boleh hitung jari pun iya. Itupun bukan pakaian rumah atau pakaian tidur. Semuanya jenis formal yang memang khas digunakan untuk bertemu orang luar.

Nak pinjam baju ibu mertua, kena pergi ketuk pintu bilik dia pula. Tak beranilah dia nak berbuat demikian, hubungan dengan ibu mertuanya itu, tidaklah berapa rapat sangat untuk dia nak meminjam sepasang baju tidur miliknya.

Lagipun memang dia tak nak kacau, Puan Maisarah dan Tuan Yusuf rasanya sudah tidur waktu-waktu begini. Nak pinjam baju Karina, memang tidaklah. Segan! Puan Yusrnira tak payah tanya, memang dia tak nak. Tapi itulah takkan dia tak payah mandi langsung kan. Nak tak nak, kena mandi juga.

"Lantaklah, baju korporat sekalipun pakai aje lah." Bicaranya sekadar dalam hati.

Bila masuk saja dalam bilik mandi, dia perasan ruang bathtub sudah terisi air. Ada buih-buih yang menimbul disekitar permuakaan air. Lebih menarik lagi, ada talam kayu yang menampung beberapa keperluan asas mandi seperti sabun, shampo dan lain-lain. Haruman semerbak dari lilin aroma yang menyala itu benar-benar mencuri perhatiannya.

Runa kerut dahi.

"Did he seriously set up all of this? Untuk apa? Aku bukannya nak healing pun. Nak mandi je." Tak pasal-pasal dia merungut.

Nafas diambil dalam, sebelum akhirnya dia putuskan untuk meneruskan saja niat sebenar. Apa-apalah. Tak nak dipikirkan panjang sangat. Mandi, bersihkan diri, keluar. Settle, itu yang penting sekarang.

Ada sekitar 18 minit juga untuk dia menyelesaikan urusan dalam bilik mandi. Tapi ada masalah besar, dari tadi dia belum berniat mahu keluar. Entah sudah yang keberapa kali dia mengetuk kepala sendiri. Menempelak kecuaian diri sendiri.

Mana tidaknya kalau selesai mandi baru nak perasaan dia tak ada bawa masuk baju persalinan. Satu hal lagi yang dia geram, kenapalah tiada jubah mandi disini, sekurang-kurangnya tak adalah segan sangat nak keluar kalau pakai jubah mandi. Tertutup juga sikit. Sekarang, takkan dia nak keluar dengan berkembankan tuala sendat ni saja? Memang tidaklah.

MELOMANIA AKASIA | OGWhere stories live. Discover now