Bab 4

6 4 9
                                    

Mata aku melilau memandang ketempat lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata aku melilau memandang ketempat lain. Entah kenapa rasa dinding sebelah aku ni lebih menarik berbanding sebelum ni.

"Ariyana Humaira...," seru si dia yang berada di hadapan aku.

"Ahahaha. Siapa pula panggil nama aku time aku tengah berkerja ni? Takkan bos panggil pula," kata aku cuba sembunyikan rasa debaran di dada. Aduh, dalam banyak-banyak manusia, dia lebih rela pandang muka dua orang mamat gay tadi daripada pandang jejaka yang berada dihadapan aku ni.

"Ariyana, saya tak suka kena sidai lama-lama dekat sini. Don't waste my time. Bila saya panggil, pandang saya," kata si dia tegas.

"Eh! Abang Long buat apa dekat sini?" tanya si buaya darat playboy tak berjaya, Danish.

"Eh! Nish buat apa dekat sini? Mana Rifaie?" tanya si dia dengan nada terkejut.

Aku sudah mengerutkan dahi. Abang Long? Ah long ke? Tak tahu puka si dia dihadapan aku ni sebenarnya Ah Long. Ke..., bukan Ah Long tetapi sebenarnya Abang Long kawasan? Ah sudah, janganlah dia tuntut cukai pintu dekat sini sudah. Aku dah pokai ni.

"Tu Rifaie. Merajuk tak dapat makan dekat Nandos," kata Danish sambil menunjukan kearah Rifaie yang sedang bermain telefon tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya.

Si dia hanya mengangukan kepala sahaja. "Biarlah adik kau tu. Jangan melayan sangat perangai pelik dia tu. Dahlah tak betul, sewel pula tu."

"Abang Long, adik dengar tau," kata Rifaie yang entah muncul dari mana aku tak tahu.

Aku disini terasa seperti tunggul kayu yang tunggu masa untuk mereput sahaja. Pening otak aku ketika ini. Apa benda ni miska?

"Abang kenal ke cik adik cashier cantik molek ni?" tanya Danish sambil menunding jari kearah ku.

Entah kenapa aku tak suka mamat tu yang cakap aku cantik walhal aku selalu angkat bakul sendiri. Mungkin sebab aku dah cop dia awal-awal sebagai buaya darat terdampar di pinggir hutan kut.

"Kenal," jawab si dia sepatah.

"Siapa?" tanya Danish dan Rifaie serentak.

"Bakal kakak ipar korang," jawab dia selamba sambil melirik kearah ku.

Kedua-dua hamba Allah yang aku salah faham sudah terkejut mengalahkan nenek beruk manakala aku sudah melopong. Gila! Memang sah hari ni aku sudah disumpah menjadi katak ong kedek kedek toink toink.

"Hah? Abang seriuslah?" tanya Rifaie dengan nada terkejut tetapi terselit keterujaan.

"Selamat pengantin baru hoya hoya, semoga kekal abadi didididi. Bahagia ke anak cicit...," nyanyi Danish.

"Fuyooo. Makan nasi minyak kita tak lama lagi," kata Rifaie sambil tersenyum kambing. Difikiranya sudah terbayangkan Nasi Minyak dengan kambing golek. Pergh! Meleleh air liur.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hydrangea Where stories live. Discover now