KebangkitanPart 8

2 0 0
                                    

Lama Irfan merenung nama nama kedai yang terpampang di bangunan rumah kedai itu. Seram sejuk dia melihat keadaan di dalam kedai dari luar. Seumur hidupnya belum pernah lagi dia menjejakkan kaki ke sini. Meremang tengkuk melihat kaunter yang agak tinggi dan pengawal keselamatan yang bersenjata dan berkawal di pintu masuk kedai agensi nombor ramalan. Tangan meramas kuat beg lusuh yang tersandang di bahu. Keratan akhbar yang di baca awal pagi tadi dibelek. Sekadar memastikan dia berada di tempat yang betul.

"Ah! Masuk sajalah. Aku bukannya nak merompak."

Irfan cekalkan hati dan melangkah masuk ke dalam kedai nombor ramalan. Dia terus mendekati pengawal keselamatan yang memerhatikan dirinya sejak tadi.

"Baru first time masuk?"

Irfan mengangguk. "Anney. Boleh saya jumpa tauke kedai ni tak?"

"Pergi beli nombor dulu kat kaunter. Kalau dah menang baru boleh jumpa tauke." Sombong betul kata-kata pengawal keselamatan itu.

"Saya rasa memang sudah menang. Nombor-nombor kat sana tu sama dengan nombor tiket saya."

"Betul ke? Bagi saya tengok." pinta pengawal itu. Ifran menggeleng laju.

"Saya mahu jumpa tauke. Baru boleh tunjuk saya punya tiket."

"Aku tahulah kau nak jumpa tauke. Bagi aku tengok dulu tiket loteri kau." Terjegil mata pengawal keselamatan itu. Geram sangat dengan tingkah Ifran yang tak mahu mendengar arahan.

"Apa yang susah sangat nak faham ni? Tauke kau mana?" Irfan menempelak kuat. Sebelah tangan memegang beg lusuh kesayangan. Bersedia untuk sebarang kemungkinan. Tidak dihiraukan pelanggan-pelanggan yang sudah berkerumun di depan kedai. Dia bukan nak buat kacau. Irfan rasa lebih selamat kalau dia terus berjumpa dengan tauke kedai daripada menebus hadiah kemenangannya di kaunter. Tak kisahlah walaupun amaunnya sedikit.

"Kau ni dah gila agaknya. Berhambus sekarang! jangan buat kacau kat sini." Pengawal itu memegang kuat lengan Irfan.

"Aku tak gilalah bodoh! Takkanlah kedai ni tak ada tauke? Mana tauke kau? Aku bukan nak buat kacau. Aku nak tebus hadiah aje." Ifran makin berkeras. Ditolaknya pengawal keselamatan yang memegang tangannya dengan sekuat tenaga. Tak semena-mena beberapa orang pelanggan menyerbu masuk ke dalam kedai dan memegang Irfan. Cuba menghalang Irfan dari bertindak lebih jauh.

"Apa hal bising-bising ni?"

Seorang lelaki cina berkepala botak dan berkaca mata hitam bertanya tenang. Sebatang rokok yang masih berasap terkepit di bibir. Hanya jari telunjuk saja yang bergoyang kiri dan kanan. Lelaki-lelaki yang memegang Irfan tadi terus akur. Irfan dilepaskan tanpa sebarang kecederaan.

"You tauke ke?" Irfan menyoal.

Lelaki yang hanya berseluar pendek paras lutut dan bersinglet Pagoda menuding pada lesen kedai yang telah dipamerkan di dalam bingkai gambar.

"Aku nak tuntut hadiah." Irfan menarik zip dan menyeluk tangan ke dalam beg lusuh. Dia hulur tiket nombor ramalan kepada tauke kedai agensi nombor ramalan itu. Tak semena-mena buntang mata lelaki itu.

"Wah! You memang banyak ONG lah. Mari masuk saya punya office."

Riak garang dan bengis tauke kedai itu bertukar dalam sekelip mata. Ifran dibawa masuk ke pejabat yang berhawa dingin. Minuman dalam kotak turut dihidangkan buat Ifran.

"Apa nama you bos?"

"Irfan." Dia menjawab pendek. Tak ada hati nak berkenal-kenalan. Apa yang Irfan mahukan adalah duit. Cepat dia dapat duit cepat jugalah dia dapat membantu Bakhtiar. Hanya itu yang ada di dalam kepalanya sekarang.

KeBANGKITanWhere stories live. Discover now